Yours truly,

Me Academia

Showing posts with label rambling. Show all posts
Showing posts with label rambling. Show all posts

Thursday, February 4, 2021

Nak follow ke instagram saya....

hahahhaha....tapi takut menyesal nanti....

Salam.....


Sey dah ada instagram. Kisahnye sey secara tak sengaja ter create ter register ter ada instagram sendiri. Nie masa MCO 1.0. Sey nak tengok satu post nie, di instagram. Sebelum nie kalau tengok post insta orang ok je, tak perlu ada account sendiri, sey just guna acc fb je. Ntah macammana ntah, sey secara tak sengaja ter ada acc insta sendiri. Mula-mula sey buat dunno aje.... sekali tu, sorang-sorang kawan sey follow. Tak tau lah apa yang diorang nampak, tiba-tiba aje sey dah ada follower.

hahahahhaha... sey pun cakap ngan miss y, eh..camne nie... mama nak delete ke apa... nanti apo pulak kawan-kawan cakap, kot2 diorang ingat mama tak nak diorang follow mama pulak. Miss y memang ada insta, miss t pun ada... miss y selalu post drawing dia lah... so after fikir masak-masak, sey kata takpelah, kekalkan insta nie, tapi sey takkan post pasal diri sey, hanya pasal masak, makan, minum dan buku....hahahahahhaha

so bermulalah sey post di insta...

Nak follow ke? Nie link dia.

Takde apa-apa, pasal makanan je, takut uols tak tahan je....


Spread the love

yours truly,

Thursday, December 31, 2020

Selamat tinggal 2020, selamat datang 2021

Salam,

Malam nie, tutup buku 2020, esok pagi buka buku 2021. Tahun ini, terlalu banyak peristiwa yang berlaku. Tahun yang penuh kejutan, ketakutan dan debaran. Tahun yang banyak ujian. 



Catatan dalam buku hitam itu, 50% isinya lebih kepada kejutan, kerisauan, keraguan, kekecewaan; 20% kegembiraan; 10% aspirasi; 10% harapan dan 10% normal baharu (adaptasi). Tahun 2020, terasa perjalanannya agak perlahan dan panjang. Sehingga ada kala terasa seperti masa terhenti (nauzubillahiminzalik). Hari ini ialah hari terakhir untuk tahun 2020. Selamat tinggal tahun 2020, terima kasih atas semua kenangan. 

Semoga tahun 2021 menjanjikan perkara yang lebih baik, inshaAllah. 

Perancangan kita adalah usaha, namun perancangan Allah itu adalah takdir. 

" ..boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah 2:216)

Allah adalah sebaik-baik perancang.

SELAMAT TAHUN BAHARU 2021

Sehingga berjumpa lagi di tahun hadapan.

(copy paste from fb post)

Spread the love

-sign off for 2020-
yours truly,

Wednesday, September 23, 2020

Perempuan dan brooch

Salam,

Sey memang dari mula pakai tudung, diriku dan brooch berpisah tiada.

Minggu lepas sey sempat mengemas ala spring cleaning laci kecik simpanan brooch. Rasa dah bertahun tak buat spring clean. Nie pun sempena sey membeli 12 brooch kecik untuk tudung yang berharga RM10. Itupun sebab banyak yang dah tak boleh pakai. Batu tak cukup lah, karat lah, tumpul lah. Pendek kata banyak dah cacat. Jadi sey pun buanglah. Nak simpan buat apa, buat sempit kotak aje. 


Ada lagi dah bertahun umurnya, rasa lagi tua dari miss y pun ada yang elok lagi. Kebanyakannya yang besar, yang sey pakai kat dada. Tapi yang mana injured tu sey buang aje. Benda-benda duniya nie jangan disimpan. 



Spread the love

yours truly,

Friday, August 28, 2020

Alhamdulillah suda 19 tahun

Salam,


"Alhamdulillah suda 19 tahun usia perkahwinan kami. Terima kasih semua atas sokongan, dorongan. Semoga Allah swt kekalkn hingga Jannah, aminnn.."
(Azri Dean, 2020)

Baru-baru ini my other half and me sambut ulang tahun perkahwinan kami yang ke 19. Alhamdulillah. Dah 19 tahun usia perkahwinan kami, dah 19 tahun juga kami berkongsi hidup, susah senang bersama, gembira menangis bersama. Syukur sudah sejauh ini kami berjalan. 

Sey salin sebutan daripada facebook post my other half. Memang bab tarikh perkahwinan nie my other half ingat, sey yang selalu lupa, selalu keliru dengan tarikh sebenar. Memang pelikkan. Kalau bab birthday, sey boleh ingat. Mungkin sebab terlalu happy kot dengan pernikahan itu hahahahha....kalau orang tanya, sey akan respon "hmmmmm" dan jawab dengan ragu-ragu. Selalu kena tengok kad nikah untuk pengesahan. Hahahahaha... korang nak kata eh teruknye dia nie, ye memang I am lousy. Tapi my other half yang sentiasa ingat, in fact dia tak kisah pun kalau sey lupa, sebab he has the privilege to remember and to remind me. Tengok lah tu, jarang sangat dia nak post benda-benda yang berkaitan dengan sambutan dan ucapan. Ini pun rasa kali pertama dia post berkenaan ulang tahun perkahwinan kami. Biasa dia wish je kat sey. 

OK untuk anak-anak sey esok, ye lah kot lah esok sey share pengalaman, bukan tips, bukan nasihat, tapi sebagai pasangan apa yang sebaiknya lah, boleh baca kat sini. Sey bukan sempurna, rumah tangga sey pun tak sempurna, seperti orang lain juga. Seperti kata orang, perkahwinan ini umpama berlayar di lautan. Ombak, hujan dan panas tidak dapat diduga. Sekejap tenang, sekejap bergelora. Lumrah orang berkahwin ada pasang surutnya, ada turun naiknya, ada manis pahitnya. Yang penting hadapi dengan tenang. Sentiasa ingat yang kita tak sempurna, pasangan kita pun tak sempurna, tapi kekuatan antara kite itu yang melengkapi. Jadi sentiasa hormat pasangan, recognise kekurangan diri, recognise kekuatan diri pasangan. Perlu ingat, pada awalnye kite nie dua individu yang berbeza, kenapa sey cakap macam tu?

Pada awal tahun perkahwinan, masa belum ada anak dan anak kecil (kurang 5 tahun perkahwinan), diperingkat ini kita dalam proses memahami. Ye dulu kami campus couple, orang kata, kan dah kenal dulu? Tapi yang kite kenal apa yang diluar sahaja. Maksud sey kite kenal identitinya, tingkah lakunya, tutur katanya, tapi ini semua masih terhad. Kalau pasangan kita tak jujur, kita hanya tahu yang baik-baik sahaja, yang indah-indah sahaja, pendek kata orang kata yang wangi-wangi sahaja, hehehehehe. Tapi bila dah nikah, kita kenal pasangan kita luar dan dalam. Apa yang kita tak nampak sebelum ini baru kita nampak. Contoh, sebelum nie my other half tak tau pun sey nie berdengkur (sey pun tak tau sangat sebenarnye, kadang-kadang aje sey berdengkur, itupun kalau tido dengan bonda hahahahha), tapi bila dah nikah, haaa, baru dia tau teman sebiliknya ini berdengkur....begitu juga tabiat yang lain, yang mungkin bagi kita sebagai pasangan agak janggal dan pelik. Maka, diperingkat ini, kita kena banyak bersabar, kena banyak toleransi. Pada peringkat ini juga kena pandai jaga emosi, pandai jaga hati kedua-dua pihak. Sebab memang akan ada peristiwa yang kita akan terasa, cepat merajuk, cepat melenting, cepat putus asa. Masa nie juga syaitan ambil kesempatan untuk menanam perasaan yang negatif, cepat marah, cepat benci. Jadi dua-dua kena banyak bersabar. Ego kena kurangkan. Prinsip diri, bila dah kahwin, kau kena lupakan prinsip diri kau yang keterlaluan itu. Jangan ikut sangat hati, habis hati pasangan tak perlu jaga ke? Kena pandai asimilasi. Kena pandai kawal perasaan. Kena ingat yang kita dan pasangan kita itu dari latar belakang yang berbeza. Cara dibesarkan berbeza, pemahaman pun berbeza. Jadi pada peringkat ini, kunci dia adalah bersabar dan bertoleransi. Oh lagi satu komunikasi itu penting.

Bila dah move ke peringkat anak dah dua tiga (5 ke 10 tahun perkahwinan), masa nie kita dah kenal pasangan kita, luar dalam. So pada peringkat ini yang penting adalah sustain. Jaga batas, jaga air muka, hormat pasangan kita. Ye walaupun dah nampak macam OK semua cool aje, tapi jangan ambil kesempatan atas ketenangan itu. Kunci pada peringkat ini adalah trust. Kena percaya pasangan anda, tapi nak dapat kepercayaan itu bukan mudah, kena jujur dulu. Dah jujur baru datang percaya. Jujur tu macam-macam, contoh, nak beli barang yang amaun dia besar/mahal, tak beritahu pasangan, atau nak beli secara kredit tak beritahu pasangan. Mungkin sebab kita fikir, alah, duit kita kan, kenapa nak beritahu. Ye memang pakai duit sendiri, tapi dalam perkahwinan, semua belanja kena transparent, walau pun kita rasa itu duit sendiri. Macam kami pun, kami tak kumpul gaji satu tempat kemudian kawal belanja. My other half and me control duit sendiri. Tapi setiap kali nak belanja amaun yang besar, kami akan bincang dulu. Kadang-kadang just to acknowledge, kadang-kadang to seek opinion. Macam sey, banyak duit habis kat buku aje, walaupun my other half kadang-kadang tegur, tapi tegur2 manja aje, dan sey masih lagi beli......hahahhahaha..... Dia tegur bukan ape, sebab dah menyemak kat lemari buku berhabuk tak baca. So dia ingatkan aja. Dia tak kisah pun sey nak beli apa, tapi kami sentiasa share dan beritahu bila nak beli tu. Lagi satu, ujian yang mencabar untuk kami lah, selalunya financial. Dulu-dulu masa awal-awal, yelah gaji masing-masing pun masih kecil lagi, selalu juga we were challenged financially. Masa nie kena kawal nafsu lah, fikir panjang sikit kalau nak beli barang tu, keperluan ke atau kemahuan? Cuma kadang-kadang it is OK untuk beli barang-barang ikut kemahuan sekiranya ada bajet lebih. Jangan stress sangat, sometimes we need to loosen up.

Dan peringkat seterusnya adalah peringat fokus kepada future (>10 tahun perkahwinan). Dah boleh cakap tentang perkara-perkara nak pencen esok. Dah boleh bayangkan esok dah tua macammana. Jangan takut untuk bermimpi, kerana mimpi itu percuma....hehehehehe...tapi elakkan bercakap tentang, "kalau lah dulu", "kalau dulu macam nie"... sebab apa yang dah lepas kita tak boleh patah balik, kita tak boleh kawal apa yang dah berlaku. Anggap apa yang dah berlaku itu ujian. Kalau dulu susah, itu semua proses untuk mematangkan kita. Kalau dulu senang, itu semua ujian pada rezeki yang Allah dah berikan. Berserah segalanya pada Allah. Susah dan senang Allah yang tentukan. Doa selalu kepada Allah supaya rezeki dimurahkan. Kita usaha dan berdoa, biar Allah yang tentukan. Jangan bersangka buruk dengan Allah. Peringkat ini kita kena banyak submit. 

Tipulah kalau sey kata sey tak pernah berselisih pendapat dengan my other half. Tipulah kalau sey kata sey tak pernah tak sakit hati dengan my other half. Kalau kita normal, kita akan ada perasaan itu. Atypical human being. Apa yang kita kena buat adalah sentiasa beringat, kalau kita tak suka apa yg dia buat, ingat kita juga tak sempurna. Kalau kita kecewa dengan dia, ingat dia mungkin tak tau apa yang kita nak. Jadi, komunikasi dalam rumah tangga itu penting. Tak puashati, duduk sama bincang. Masa awal perkahwinan, kami ada juga bertengkar. Yelah, prinsip masing-masing tak sama kan, belum asimilasi lagi. Pendapat kami berbeza. Masing-masing ada ego, masing-masing akan rasa diri kita yang betul. Tapi makin lama kita akan sedar apa yang kita balahkan itu benda remeh je, benda yang tak payah bising-bising pun. Dulu sey selalu terperangkap dalam situasi ini, nak marah over unnecessary things.....hahahahhaha...ialah dulu kita fikir isu tu umpama isu negara, nak menang juga. Tapi sekarang bila fikir balik, selalu sey tersengih sendiri. Syukur sey diberi suami yang bersabar dan berdiam diri setiap kali sey naik angin tak tentu pasal. Sey nie memang jenis cepat naik angin. My other half orang yang kewl aje. Sebab tu sey panggil dia my other half. Bila sey panas, dia akan sejukkan. And vice versa. Pendek kata, bila pasangan tengah marah macam orang giler tu, kau senyap aje dulu, sebab bila orang tengah marah, pantang dia adalah orang yang berbalah dengan dia, yang tak sokong dia, yang goes against dia. So kau kena kewl aje (dalam kes ini my other half). Bila keadaan dah reda, bincang balik. Biasanya bukan ape, kita nie nak meluahkan aje. Dah habis semua keluar, basically kau lupa pun apa yang kau dah cakap. Haa itu yg lagi bahaya. Kalau dah biasa maki tu, kau tahan aje. Sebab takut terkeluar perkataan yang kasar dan tak baik. Lepas tu sebagai isteri kau kena hormat suami. Ingat, redha suami itu penting.

Alhamdulillah, Allah dah beri keindahan itu. Sekarang nie tipu lah sey kalau takde gaduh-gaduh. Kadang-kadang tu ada, tapi kami cepat beralah, dan selalunya tak lama pun. Sey masih lagi lemah dalam hal ini. Dan syukur, my other still bersabar dengan karenah sey.

So the moral of the story is, kau layarilah bahtera ikut cara kau sendiri. There is no one right way. There is no one right method. Jangan ikut orang, perhatikan orang boleh. Tapi bukan semua benda yang works kat orang tu will works on you. Jangan banding-banding kehidupun you dengan orang lain. Kita memang selalu nampak indah kat luar, tapi adakah kita nampak ke semuanya? Just be yourself, takpe kalau kita kurang, kita pincang, pokoknya kita mahu ke depan. Jangan pandang belakang.

OK lah, cukuplah perkongsian sey kali ini.


Spread the love

yours truly,

Friday, June 26, 2020

The new norm: Online class

Salam,

This week is the last lecture for this semester. Similar to the previous semester, the last week is project presentation week. Because of Covid19 I have to change the assignment given to the students. Initial plan was a field work and company visitation, however, because of this circumstances, I have to change to something that is feasible for my students to do. Thus, for this semester they have to study a few companies' websites, benchmark them and proposed a better design.

I have 10 groups of students. In total I have 3 assignments to mark so all together 30 assignments to evaluate.  For the last assignment, each group has to present their work. 

I never thought that online presentation can be both funny and difficult. Seeing my students presenting their works makes me wonder how did the students react when I was lecturing online and something unplanned happened, not that there were much, only trouble with the line. But today and yesterday, many things happened. Someone's line was not OK, so we heard distortion which can be funny at a time. Someone forgot to switch off his mic and we heard his mom asking, "dah makan ke belum?". Someone just woke up and forgot to comb his hair. Someone was on the way to the campus from his hometown to pick up his things at the hostel, and he was in a moving car and we can see him bounced when the road was bumpy. The girls, however, were more prepared and presentable. 












Yup, speaking of the new norm, things can be easily adjusted. I found it more flexible to teach and evaluate the students. As a momento, I screenshot and saved each group screen.



A day before, I had a lunch date with a friend. She has resigned from work and now is doing a small business. She started with sugarcane juice, and now expanded to selling fresh duck eggs and salted eggs. So I bought the sugarcane juice and some eggs. 




Another new norm. You know ladies wearing hijab have to wear an extender face mask. I have asked miss t to make mine from the rainbow loom bands that she had left. And today, someone gave me the above face mask extender. 


Spread the love

yours truly,

Tuesday, June 2, 2020

MCO Day 77: Craving fixed

Salam,

Harinie, semua orang dalam rumah berpuasa sunat atau ganti. Sey cuti, makanya sey tak masak lah. Buka nanti kite order aje untuk buka. Dah lama teringin nak makan lamb kebab dengan garlic sauce yg ohsem nie kat Al Jamal, restoran nasi arab kat Nilai nie. Bukan nasi arab aje, basically makanan middle-east, dari nasi ke grill ke pizza ke homus. Memang sedap. Portion dia pun banyak. Favourite sey lamb kebab nie lah, kalau perut kosong betul sey order mix-grill. Mix-grill nie ada daging lembu dan ayam sekali. Yang membuatkan kebabnya sedap adalah garlic sauce dia. Makan macam tu aje pun best. Nak kena cari resepi garlic sauce nie.




I wonder juga, garlic sauce nie pakai mayo ke? Sebab dia putih macam mayo. Tapi rasa tak macam mayo. Agaknye ada letak mayo sikit kot. So tadi, sey pun google lah resepi garlic sauce ni. Laaa baru tau, takde mayo langsung. Cuma 4 bahan; bawang putih, minyak sayuran, lemon dan garam sikit. Wahhhhh nampak senang nie, boleh lah nak cuba buat nanti. Makan dengan ayam bakar, daging bakar, as sandwich spread pun ok. Katanya shelf life 1 bulan, simpan dalam air tight container dalam fridge.

Minggu depan, 9hb sepatutnya PKP tamat. Sey doa sangat supaya takde lanjutan lagi. Dah terlalu selesa sangat kat rumah nie, dah jumpe rhythm work-from-home. Sudah bertemu irama dan lagu, tidak pincang lagi. hahahhaahha.... sebelum berlagu-lagu karya dihasilkan, baik tamatkan segera PKP nie. Walaupun kes positif naik dan turun, nampaknye KKM tau macammana nak kawal dengan segera. Dan kes positif pun nampak makin berkurangan, banyak kawasan sudah zon hijau. 

Dah lame tak bincang berkenaan isu semasa, current news. Beberapa harinie, makin kerap pula baca berita tentang pemandu mabuk melanggar innocent driver/rider. Apa musim PKP nie, semenjak PKPB ada kes driver mabuk nie? Yang terkesan bila ada mangsa yang meninggal. Speaking of being at the wrong place and at the wrong time, or at the right place but at the wrong time. Tapi bunyi macam blaming mangsa pulak ayat tu. I would put 100% blame on the drunkard driver. First of all, kau mana boleh memandu dalam keadaan mabuk. Please lah authority, please put severe fine or charge on this spiteful driver for being so selfish. We do not need stupid people behind the wheel. Kau kalau nak mabuk-mabuk, kau mabuk-mabuk kat rumah. Nie mesti ada kedai arak yang buka nie! Geram betullah...

Why Malaysia?! Aku nak tanya, kenapa orang Malaysia nie ada sikap selfish. Speaking on just drunk driving, how can you put yourself behind the wheel when you are not fit to drive? How can you put yourself, if you are so self-centred do not care about others, put yourself at risk? Are you plain stupid? Yes I think you are. Bodoh lah pemandu mabuk nie. Takkan nak harapkan orang halang kau kan. Sampai bila nak harapkan authority untuk kawal tingkah laku kau. I mean, yeah the rules and regulations are there, but why take them for granted. 

Come on Malaysia! When I was at BNE, I hardly hear news on accident caused by drunk driving. Hardly, wait... I never. I did watch the news, tapi memang tak dengar lah. Sebab apa tau; 1. Pub diorang boleh beroperasi sehingga jam 2 pagi sahaja; 2. Tak boleh bawa kereta bila di bawah pengaruh alkohol; 3. Orang dia memang ikut peraturan, bila kata tak boleh, memang mereka tak bawa kereta, so mereka naik cab balik rumah; 4. Denda dia tinggi, dan 5. Polis dia merata-rata. 

So Malaysia, dah tahun 2020 nie, bila kite nak ubah? Ubah lah sikit perangai tu, jangan fikir tekak sendiri aje, fikir orang lain. Kalau kena kat adik atau anak kau macammana?



Spread the love 

yours truly,

Monday, May 25, 2020

MCO Day 69: 2 Syawal Refleksi diri

Salam,

Bangun pagi tadi macam rasa pelik aje. Terkebil-kebil mata, tak percaya eh nie baru raya kedua.

Sungguh, raya tahun ini terasa kelainnannya.

Selepas solat subuh, baring sebentar sambil baca novel. Lepas tu mata pun makin berat, lalu terlelap. Sedar-sedar dah pukul 8.30. Tengok cahaya dari luar dah terang, eh matahari dah naik tinggi, nampak panas harinie, sesuai untuk basuh baju. Lalu sey bangun dan mula membasuh baju.

Terfikir lagi....

Raya kedua sebelum ini sibuk bersiap untuk balik kampung sebelah sey pula. Kecoh-kecoh di dapur menyiapkan sarapan. Anak-anak riuh bersiap, gelak ketawa. Masing-masing dengan pakaian raya hari kedua. 

Kali ini, tiada lagi riuh rendah di pagi raya kedua. Tiada busana untuk raya kedua juga. Itu pun mujur sey nak carik juga baju untuk raya pertama. Kalau tidak pakai sahaja yang lama. Tapi tidak adil untuk miss t, kerana baju tahun lepas tak muat dah, dah makin meninggi miss t. Tahun ini satu pasang sahaja baju raya, kecuali miss y. My other half, tiada baju raya. Sejarah baharu tercipta.

Selepas selesai membasuh pakaian, sey masuk dapur, kemas-kemas. Kejut anak-anak, bagi chance lah bangun lambat sebab sudah 2 3 hari bekerja keras. Harinie tak masak sebab semalam miss t request for McDs. Elok bona lah tu, sey pun nak makan Samurai burger dia, sementara promo masih ada. Nanti melepas pulak. McD nie pun bukan tiap-tiap tahun keluarkan Samurai burger nie. Bila dah siap keje kat dapur, sey masuk ofis pulak. Ye masuk ofis, sebab ada submission. Waduh...yang ini memang terasa macam dulu semasa belajar kat BNE. Kau raya 1 hari je, takde istilah raya kedua, ketiga dan seterusnya. Pada raya kedua kawan-kawan kat Malaysia masih sibuk beraya, ziarah sana sini, kau duduk kat depan laptop siapkan tesis, sambil makan biskut raya buatan sendiri, itupun kalau ada. 

Tapi bila tiba hujung minggu, Jumaat malam, dah mula rumah terbuka. Sebenarnya sambutan raya kat luar negara lagi meriah dari kat Malaysia. Kat sana berebut-rebut orang nak buat rumah terbuka. Ada tu memang tiap-tiap tahun buat rumah terbuka. Biasanya 3 4 keluarga share buat rumah terbuka. Dalam 1 hari tu boleh ada 4 5 buah rumah terbuka. Mana yang bujang tu mungkin dapat pergi lebih. Kami yang 3 4 buah nie pun tak larat dah. Rumah terbuka dibuat sampai habis Syawal, ada yang tak sempat tu lanjut ke selepas Syawal juga. MashaAllah, kalau diingat balik, seronok betul masa tu. Sey pun sempat buat rumah terbuka 2 kali sepanjang di sana. Sekali pada tahun pertama kat sana. Masa tu tengah pregnant kan miss t, asal buat tu nak ikram kawan-kawan yang menyambut kami masa kami mula-mula sampai ke BNE. Kali kedua buat semasa tahun akhir kami kat sana. Masa nie share dengan sahabat baik buat rumah terbuka. Rasa berkongsi 5 keluarga juga tu, semua nie nak balik Malaysia dah. Kiranya last kami menjamu kawan-kawan di BNE lah pada tahun tu.

Those were the days....

Tahun nie tiada rumah terbuka.

Sey membuat refleksi. Kalau kite pandang yang tak baik pada musim Covid19 dan PKP nie, kita akan dapat yang tak baik aje. Sebenarnya banyak benda yang baik berlaku ketika ini. Tengok pada bulan Ramadhan sahaja. Kalau sebelum ini kelam kabut balik kerja menyediakan juadah berbuka, sama ada beli ada masak sendiri, sekarang nie dengan tenang aje boleh siapkan, dengan bantuan anak-anak. Boleh minta anak-anak prep bahan, lepas asar boleh mula masak. Kalau dulu anak-anak pun sibuk dengan sekolah dan kerja sekolah, kita pun tak nak suruh buat macam-macam.

Tiada buffer Ramadhan. Kalau sebelum nie sey memang sangat terkesan dengan pembaziran daripada buffet Ramadhan. Setiap hari bertan-tan. Google aje "pembaziran buffet Ramadhan" akan jumpa lah berpuluh-puluh bahan tentang pembaziran tersebut. Katanya 50% pembaziran makanan adalah daripada buffet Ramadhan. Kedua penyumbang pembaziran adalah bazaar Ramadhan sendiri. Pada tahun ini, tiada lagi report tentang pembaziran makanan. Mungkin ada, tapi amaun yang sedikit. 

Satu lagi sejarah tercipta.

Tahun ini juga, dapat berjemaah solat tarawih berimamkan my other half. Bukan solat tarawih aje, solat fardhu pun dapat. Kalau difikir-fikir balik, sebelum nie kadang-kadang solat pun dilengahkan, atau tergesa-gesa solat, sebab kadang-kadang meeting berderet, terkejar-kejar solat. Musim PKP nie, boleh solat dengan tenang, awal waktu, dan berjemaah lagi. Dapat mengaji setiap kali selepas subuh. Sebelum nie kadang ter miss ngaji sebab ada urusan pagi, dan perlu ke pejabat awal. Pendek kata kalau dulu alasan kerja diguna untuk culas beribadah, kali ini kalau tak ambil peluang yang Allah berikan tak tau lah. Kalau masih culas maksudnya bukan sebab awak tu sibuk, tapi sahaja tak nak buat. Nie sey reflect pada diri sendiri.

Kalau kita duduk dan fikirkan, dalam keadaan tenang, banyak kebaikan yang kita dapat semasa PKP ini. Selain dari penjimatan duit, yelah sebab tidak bergerak ke tempat kerja, masak sendiri dari banyak makan di luar sebelum ini, kurang berpeleseran, kurang entertainment di luar, kurang masa buat benda-benda lagho nie, kita akan rasa rugi kalau kita biarkan masa berlalu begitu sahaja. Jadi, setiap kali ada ujian, kita fikirkan yang baik-baik. Ye memang adakalanya kita rasa tak puashati, geram, marah, tapi lets not let the negative thing influence your mind more. Setiap musibah atau ujian itu dari Allah, Allah tidak datangkan ujian kepada kamu jika Dia rasa kamu tidak boleh menghadapinya. Allah maha pengasih, Allah maha penyayang. 

OK sudah habis dengan cerita 2 Syawal. Bab kata my other half, tahun ini kita betul-betul ikut sunnah. Sebab Nabi sambut raya Aidil Fitri pun 1 hari aje. Raya Qurban sahaja sambut 3 hari. 

Yang pasti sey rasa, Ramadhan kali ini sangat singkat. Sungguh apa orang kata, bila kita betul-betul menghayati sesuatu perkara, kita tidak sedar akan kehadirannya, tapi bila ia hilang kita akan rasa akan kehilangannya. Semoga bertemu lagi Ramadhan pada tahun hadapan.


Spread the love

yours truly,

Tuesday, May 19, 2020

MCO Day 63: 26 Ramadhan Kurier ke kura-kura

Salam,

Bercinta sey menunggu barang tak sampai-sampai lagi.

Haa... tu lah akibat beli barang time bulan puasa plus musim PKP nie, barang yg biasa 2 3 hari sampai, dah seminggu lebih tak sampai-sampainya lagi. Yang aku geram tu, ada satu kurier nie langsung tak update status. Last kata ship to nilai. Ship jalan darat je, dari KL ke nilai berapa hari, eh jam je. Nie dah masuk 8 hari tak sampai2 lagi nilai. Nie betul2 naik ship ke apa? Bila call susah nak dapat line, bila dapat kata nanti akan update. Sampai ke sudah tak call bagi status update. Check online manjang error je website. Kurier nie pun satu lah, korang tak gheti congak ke? Kalau tak boleh commit, over time pun tak boleh, tak usah lah ambil barang lagi. Kau settle aje mana yg boleh dulu. Nie tak selagi boleh kau terima consignment, tak tamak ke tu?!

Dah aku malas nak cakap banyak. Kuciwa ada, marah ada, sedih ada, bercampur baur perasaan nie.



Spread the love

yours truly,

Monday, May 18, 2020

MCO Day 62: 25 Ramadhan The leaves that makes you healthy and happy and so they said.

Salam,

Isnin, monday blues untuk aku, ahaks. Dah masuk 62 hari MCO. Harinie ada sambutan perpisahan dengan sorang senior lecturer kerana berpencen. Pencen pada umur 56 tahun. Sey lagi 16 tahun nak pencen, sebab ambil umur pencen 60 tahun. Kalau 56 tahun lagi 14 tahun lagi nak pencen. Pergghhhh...tak tau lah nak cakap, lame lagi ke, atau kejap aje lagi ke. Lama lagi kalau kita dah tak tau apa nak buat lagi, kalau kejap lagi bila ada benda yang kita nak buat tapi belum buat lagi. So sey tengah-tengah, kadang-kadang rasa lameeeenye lagi nak pencen, kadang rasa kejappppp je lagi nak pencen. Tepuk dada tanyalah selera masing-masing.

Berbuka harinie biasa lah, kuih sikit, air sikit. Untuk makan malam sey masak gulai itik yo haaa... Tadi delivery Chatto aje. Tukar-tukar selera.



Sey sebenarnye dah lemau dengan MCO nie. Tadi semasa makan, sey kerling stok barang dapur, ada tepung cucur, sardin. Teringat masa awal-awal MCO, barang-barang nie laku keras, tepung cucur adabi habis, tepung gandum habis, sardin ayam brand yang besar habis, cap lain adalah, tapi dah juga cuba cap lain, tak sesedap ayam brand, kadang-kadang hanyir. Apa lagi dah habis, haaa roti....Tu masa sebelum dan seminggu 2 minggu lepas MCO mula. Tapi sekarang stok semua ada. Alhamdulillah. Itu lah dunia, tak semuanya kekal. 


Spread the love

yours truly,

Wednesday, May 13, 2020

MCO Day 57: 20 Ramadhan, tagging leftovers

Salam,

So harinie sey tak masak. Siapkan bahan pengajaran dan petang ada meeting fakulti. Sey order je kat The Lorong. Sonang belakang rumah sey yo. Best Ramadhan kali nie PaRam comes to you, ye lah order2 kemudian ada delivery. Cuma tak best tu kena bayar delivery lah. Tapi bukan selalu pun order.

Harinie pun kali pertama meeting fakulti buat online. Ramai yang excited sampai lupa tutup mic. Ada yang dengar bini marah anak, "dah tido tido, orang suruh tido". Ada yang dengar suara cucu. Adoi lawak.

Tadi buka nasi lemak, mee kolok dan murtabak daging roti jala (macam tu ke nama nye, lebih kurang lah). Miss t seperti biasa tak habis punya, sekali my other half pun tak habis gak. Bulan puasa nie orang kurang makan sikit. Sey makan mee kolok je.



Tagging leftovers. Sape punye sebelah kanan tu? 😁



Spread the love

yours truly,

Tuesday, May 12, 2020

MCO Day 56: 19 Ramadhan, malam ke 20.

Salam,

Malam nie dah masuk 20 Ramadhan. Tahun lepas dan tahun tahun sebelumnya dah mula sibuk membuat persiapan hari raya. Dah mula ke bank tukar duit ghaye. Tahun nie tak de duit ghaye lah. Lagu anuar dan elina, suasana hari raya, kena tukar lirik, "asyik berwhatsapp pakcik dan makcik hai duit raye silalah bank-in".


Harinie kite buat jus tembikai dan cekodok pisang untuk berbuka.

Untuk makan malam, sey masak udang cili api campur nenes, orang kato gulai nenas udang. Samo lah kan. Dan sweet sour fish chips. Goreng yo fish chips brand Pacific West tu, kemudian buat kuah sweet sour. Noneh tu tak manis, sey gaul sikit ngan gulo.





Brand Pacific West nie memang otai lah, maso kek Brisbane pun ado brand nie. Sey kenal brand nie maso kek Brisbane lah. Punyalah happy jumpa local brand kat sana. Setiap kali jumpo barang jenamo tempatan memang ada satu perasaan kembang hinggap di hati. Banggo satu, terubat rindu satu. Cuma masa sey dulu, kicap kipas udang tak masuk lai. Kek Sydney katonya ado, kek Brisbane takdo. Kicap ABC banyak.

Sey dapat tau pengasas kicap kipas udang kembali ke rahmatullah hari ini. Innalillahi wainna ilaihirojiuun. Harap legacy berterusan.


Spread the love

yours truly,

Monday, May 11, 2020

MCO Day 55: 18 Ramadhan New norm ka, kulit hampir kering

Salam,

Dah lamo tak poi cafe hipster. Acib harinie my other half belanje mochaccino. Nie baru nak masuk ofis harinie.



Harinie cuti, panjang kaki sikit sey poi Aeon mall. Jenuh gak nak beli barang, setiap entrance scan suhu, pump sanitizer, keluar kedai pump lagi sanitizer. Masuk 5 kedai repeat 5 kali. Keluar Aeon tangan dah mula gatal-gatal sebab kulit mengering. New norm ka? Harap tak kekal lah. Staff dalam Aeon yang keje frontline (direct customer) pakai face shield lagi. New norm ka?

Pagi tadi baca 2 berita terkini:
1. Kemalangan di Kulai Johor, yang mengorbankan 2 pasangan suami isteri, yg survive 2 anak berumur 4 dan 6 tahun. Kejadian berlaku jam 11 lebih malam. Mereka dijumpai hampir 12 jam selepasnya.... haaa kau, terkujat sey baca,especially mengenangkan kedua-dua anak arwah.

2. Kes positif Covid19 dua beradik yang tidak bergejala. Mereka daripada Setiawan, pulang ke Johor kerana mula bekerja Isnin lepas. Dapat kesan Covid19 pun sebab majikan buat ujian saringan. Yang menariknya berita ini, dua beradik tu tidak bergejala, tidak pernah ke luar negara, dan tiada contact rapat yang positif sebelum ini. Kata warisnya dua beradik tu sepanjang PKP ada kat rumah je. Aaaa sudah, jangan ada kluster baru sudah.

Semoga Allah melindungi kita. Aamiin.

Cepat lah habis PKP, sey dah mula tak keruan nie.



Spread the love

yours truly,

Thursday, May 7, 2020

MCO Day 51: 14 Ramadhan Bandung la Luna

Salam,

Sekarang ketua keluarga boleh tersenyum senang kerna ditemani suri membeli barang dapur (read kurang tekanan). Harinie keluar beli barang dapur. Kalau datang awal, tak perlu beratur dah, ambil temperature kalau ok boleh terus masuk. Tak perlu nak cepat-cepat dah beli barang, take ur time, janji jaga jarak. Yang paling best, boleh pergi berdua dah sekarang, lega my other half. 


Untuk berbuka harinie, sey buatkan Bandung Soda la Luna, nama kuberi. Pekena dengan roti gulung sardin. Perghhh.... Lauk harinie dimasak di dapur orang...hahahahah

Al kisah nak membuat bandung nie tadi, gigih tawaf rak air kat giant tadi mencari sebotol ais krim soda. Nan ado. Yang ado tin je, itupun ngam-ngam untuk kite. Ramai betul org buat soda musim Ramadhan nie. Yolah, memang sodap minum air macam nie di bulan puasa.




Aku tak faham betul dengan manusia yang suka menyeksa haiwan, mahupun manusia. Ko rasa hidup kau besar agaknye. Mana pergi nilai insan kau weii...empati kau.... hati kau takde kot. Selalu orang macam nie tak payah tanyalah ada otak ke tak, sure kepala tu kosong seperti tin kosong. Bila otak dah takde, hati pun takde, tak payah jadi manusia lah. Kau lagi teruk daripada haiwan. Eiiii geram betul aku.


Spread the love

yours truly,

Tuesday, May 5, 2020

MCO Day 49: 12 Ramadhan cabaran 2020

Salam,

Harinie genap 7 minggu PKP. Tak sangka PKP dah lebih sebulan. Kalau fikir pre n post keje, bulan April lenyap, kena telan dek tahun 2020. Tahun 2020 nie macam-macam cabaran dan dugaan buat sey, mula dengan bilik banjir, dinding berkulat, trip Jepun yang batal, PKP, UPSR batal, ujian mak dengan bibiknya, Allahuakbar macam-macam dah berlaku, baru 1/3 tahun. Allah sebaik-baik perancang.

Harinie masak sup tulang je, yang lain beli. Minggu nie agak sibuk sikit. Nak mengatur semula kerja.

Asyik menunggu barang yang tak sampai, courier pun jam musim PKP nie.


Spread the love

yours truly,

Saturday, May 2, 2020

MCO Day 46: 9 Ramadhan Tepung Pelita

Salam,

Harinie sey cuba buat kuih yang tak sangka rupanya mudah nak buat. Biasa beli je. Lepas nie boleh selalu buat lah. Kuih apo yang sey masukkan? Nie haaa kuih tepung pelita. Sey bayangkan sebelum nie kuih nie rumit nak buat. Memang sey nie kalau benda yang berlapis terus otak compute jadi rumit....hahahaha... sey juga bayangkan kuih ini perlu dikukus. Sey takdo steamer yang besar kat rumah nie, dulu kat rumah lamo ado, tapi bila pindah sey tinggalkan yo, sobab takdo tompek nak lotak. Steamer kecik yg tenggek ateh periuk biasa ado lah, cukuplah nak steam kan bondo kocik macam pau ka, sosej ka, dimsum ka. Sebab tu tak ponah sey masak ikan masak steam. Oleh itu, takdo la sey nak study caro buek tepung polito nie...sebab memikirkan iyo polu di steam.

Skali ado kawan share dio buek kuih nie, dan dio cito lah caro buek. Lahai, kacau ateh dapur yo haaaa.... So bila dah ado daun pandan nie, sey pun apo lai....buek lah.... Sey guna resepi yang ado kek FB orang nie. Mokasih lah pado yg share resepi. Sey tempek sini yo lah, kot2 esok nak rujuk sonang.

Bahan hijau:
- 1 cawan gula
- 1 cawan tepung beras cap apa sahaja selain 5 gajah (katonyo cap 5 gajah tu untuk buat mee laksa)
- 4 cawan air
- 1 sb pewarna hijau epal (sey pakai daun pandan)

Caranya: satukan semua dalam periuk, kacau dulu bagi sebati, masak dengan api sederhana sampai pekat. Terus masukkan panas2 dalam acuan kecil2 untuk makan.

Bahan putih:
- 4/5 sb tepung beras (sey pakai 4 sudu, cair, pas nie letak 5 sudu lah)
- 200-250 ml santan kotak (sey pakai 200ml santan kara)
- 3 cawan air
- 1 sk garam

Caranya: sama seperti di atas. Bila dah pekat/ada buih besar meletup, blh tuang atas lapisan hijau. Tuang panas2. Dah siap.

Nie tips yang tuan tanah bagi:
Blendkan 2 sudu gula pasir sampai jadi gula hancur. Tabur rata di setiap bekas sebelum letak bahan hijau. Jadi sedap bila gula tu cair bila acuan hijau yg panas diletak.


Jadi pun tepung pelita




Mujur ado bokeh kocik2 nie, dulu rajin buat puding, miss t suka makan. Semalam dapat 16 bokeh kocik, 1 bokeh bosa (bokeh taufu fa). Kalau sukat betul-betul sey raso boleh dapek 20 bokeh kocik2 tu.

Harinie juga statistik covid naik baik ko 3 angko. Raso dah seminggu 2 angko yo. Adoiyaaaiii... dah la haritu PM announce PKPB, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, maksudnya dah longgar sikit PKP nie. Isnin banyak ofis dah bukak, dah boleh keluar 2 satu kenderaan. Plus kodai pun dah banyak dibolehkan operasi macam biaso, iaitu sampai 10 malam. Jakel pun dah iklan baju rayo. Adoi....takut sey raso haaaaa.... kan main oghang kito nie kalau diberi longgar sikit, takut tolucut yo. Kang muncul pulak kluster baharu: kluster shopping baju raya, kluster masuk keje, kluster lepak kedai sampai malam. Kang sio-sio yo 46 hari sey berkurung.


Spread the love

yours truly,

Tuesday, April 21, 2020

MCO Day 35: Go with the flow

Salam,

Harinie sey keluar beli barang. Sasaran adalah bahan-bahan nak buat kuih dan juga some baking stuff. Tak lupa juga barang keperluan bulanan seperti sanitary pads. Yang ini my other half tak boleh beli, macam2 jenis kang dia pening. Rumah nie ada 3 orang memerlukan sanitary pad. Salah beli kang tak boleh pakar pulak so baik sey yang beli.

Balik rumah kemas barang, kemudian siap-siap nak masuk keje. Harinie tak masaklah, kite order je nanti. Petang kang ada meeting pulak.



Dah masuk 5 minggu PKP nie, nampak kesan memberansangkan. Minggu depan tamat ke? Tapi masih ada kes positif lagi...aduiyaai.... kesian pada miss t, dapat ke tidak dia ke sekolah lagi tahun nie, dah lah UPSR batal, tahun nie last dia sekolah, mesti nak jumpa kawan-kawan, cikgu-cikgu sebelum sekolah berakhir. Bila tanya dia, dia memang cakap dia OK, tapi miss t nie suka sorok perasaan dia. Dia tanya, kalau adik face time ngan kawan-kawan, kawan-kawan nak ke? Sey encourage lah dia untuk face time tu.

Benarlah apa yang ada kat dunia nie sementara, apa yang kita rancang tak semestinya berjaya, apa yang kita kejar tak semestinya kita dapat. Jadi apa nak pening-pening, go with the flow aje lah.

Semoga ada keindahan kelak....aamiin...


Spread the love

yours truly,

Wednesday, April 8, 2020

MCO Day 22: Suku Sakat prit prit

Salam,



Apa khabar harinie?

Harinie my other half keluar beli barang. Seperti sebelumnya, bila perlu keluar tu macam satu mission yang besar. Tido pun tak lena. Pagi-pagi dah bangun, pastu standby kat telefon sebab my other half nie suka confirm barang. OK, so setengah jam kena standby, tak boleh buat apa-apa. Bila dia dah settle beli barang, barulah sey boleh mandi ke yoga ke. Harinie tak sempat nak yoga sebab mengejarkan meeting jam 10 pagi. Siapkan bahan-bahan nak masak, bagi arahan pada miss y prep bahan nak masak, sambil simpan barang-barang dapur my other half beli. 

Tiba jam 10 tunggu meeting mula. 10 minit berlalu, 20 minit, 30 minit.....ting masuk message. Kawan tanya, 
"eh...dapat tak message kata ada meeting harinie,"
lepas tu ramai-ramai nyahut, 
"ya"
"haah"
"sey dah tunggu dari jam 10 lai"

Ghupenya esok, Khamis, bukan Rabu. Yang hantar message tu pun alahai.....Acib sambil tunggu sambil buat keje lain.... OK lah..esok, tapi esok sey nak keluar carik bahan pulak....aaahhh sempat kang join aje lah.....

Harinie masak lauk ala Nasi Kak Wok, my friend Gee share resepinya. OK lah boleh tahan, rupanya senang juga buat kuahnya, ingatkan kena pakai rempah khas. Pakai rempah kari je....




Nie resepinya:

1. Ayam potong kecik, sey pakai dalam 6 ketul ayam dari potong 14.
2. Tumbuk dalam 4 ulas besar bawang putih dan 1 inci halia. Kemudian gaul bersama ayam, tambah serbuk kunyit dan garam. Sey menderhaka sikit part nie sey tambah serbuk kari. Perap dalam 2 3 jam.
3. Racik 3 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih, sedikit halia.
4. Tumbuk dalam 5 ulas bawang merah, 3 ulas bawang putih, seinci halia pulak.
5. Tumis '3', dah naik bau masukkan '4', kacau-kacau. Kemudian masukkan 3 sudu besar rempah kari daging. Kacau-kacau, bila dah garing masukkan air sikit.

OK langkah seterusnya sey ubah sikit resepi, ikut cara sey. Minta ampun yang share resepi nie (Gee dan kawan kepada Gee) 😃.

6. Masukkan ayam, dalam gulai nie sey pakai kaki ayam dan tengkuk ayam. Kita nak air dia je sebenarnya. Bila dah agak mesra tu tambah lah air ikut banyak mana air gulainya. Alah agak-agaklah.
7. Masukkan 1 sudu kecil paste asam jawa.
8. Kacau-kacau gulai, bila dah menggelegak tu masukkan ubi kentang dan carrot.
9. Bila agak2 kentang dah lembut sikit, masukkan kacang panjang dan santan. Sikit je santan dalam 1 senduk gulai tu je. Kuah dia tak pekat. Kemudian masukkan garam, gula (resepi asal letak gula melaka, sey letak brown sugar je) dan asam keping. Oh ye sey tambah tomato. Boleh letak terung juga.
10. Rasa lah cukup masam masin manis. Gulai nie kena manis sikit, sesuai dengan gulai orang Kelantan. Sikit aje, agak2 rasa manja2 kat lidah. Jangan banyak gula tau. Adjustlah kalau tak kena kat lidah korang.
11. Api jangan besar, nak masak nie kena sabar, baru cantik tak pecah minyak.
12. Eh lupa nak cakap pasal ayam. Ayam yang dah perap tu, korang goreng. Sey tambah daun kari masa goreng, kasi bangkit selera.
13. Jangan lupa buat sambal belacan. Timun kalau ada. Sey memang dah buat banyak sambal belacan, senang nak makan je keluarkan.
14. Makan lah apa lagi...enjoy the food.


Tadi tengok ada satu video nie, orang share. Pasal seorang ibu tua yang menangis cerita pasal anak dia buat tak baik lah kat dia, suh dia keluar rumah cari keje. Masa tu ibu tua tu tengah makan. Mungkin yang rakam tu belanja makcik tu. Sambil makan dia bercerita, sampai kuar air mato. Alahai anak. Kot ye pun geram ngan mak jangan buek camtu. Omak nie kalau dia sedih, dia kocik ati sebab anak, dia nangis sobab kocik ati, orang tuo-tuo cakap tak cium syurga nanti. Sabarlah dengan karenah omak, ye kadang omak nie dah tuo, dia mungkin buat degil dia. Yelah tak boleh salah kan dia, sebelum nie apo dia nak buek mano ado anak larang, dia betul ko salah ko, ado anak-anak ambil tau. Nie bila dio dah tuo, menumpang ko, ko nak dio ikut cagho ko, memang lah payah kek omak tu wahai anak. Bertuah ko dapek jago omak, dapat berbakti pado mak, ganjaran dia, mashaAllah bosa tau tak. Sabar lah... gogham tu simpan-simpan yo. Maghin maso ko kocik, ko pun dogey, buek peghangai gak, ado omak ko halau ko? Ha, fikir balik, buat refleksi.

Yolah sey bukan tau cito sobona pun, sey ambil on surface yo. Mungkin acik tu salah, tapi kalau dah kuar air mato, renung-renung kan lah. Kadang kito kono berkorban sikit, tolan yo lah...sebab tu ada peribahasa, ditolan mati omak, diluah mati bapak. Memang payah, kito kono sabar banyak-banyak. Fikir amanah dan tanggungjawan udah. Ganjaran Allah bagi nanti besar.

Dah lah sey  membebel pulak.... nie for the note, tadi baru sembang ngan kakak dan abang sey, cakap pasal suku. Sey nak catat sini tentang suku. Menurut abang sey, dio pun tau dari pakcik dan makcik, kigho sumber dipercayailah nie.

Atok sey = suku tigo batu (bapak atuk sey cino, kawin ngan moyang pompuan sey oghang melayu suku tigo batu)
Uwan sey = tigo nenek atau sri lemak. Yang nie abang sey tak boleh confirm, sebab ado cakap tigo nenek, ado cakap sri lemak.

Kebetulan memang sey ado tigo nenek, sebab atok sey sebelah abah (kigho tok wan sey lah) kawin duo kali, ada duo binilah.

So kalau oghang tanya sey suku apo, sey cakap aje lah tigo nenek, esok2 sey cakap sri lemak ....kikikiki.....

ok daaa......


Spread the love

yours truly,

Saturday, April 4, 2020

MCO Day 17: Mana pergi duit aku weiii....

Salam,

Apa khabar semua di hari Jumaat penghulu minggu, PKP hari ke 17 nie. Pagi nie awal-awal dah rasa geram dengan LHDN. Terima email berkenaan bayaran balik cukai yang telah dipotong dengan banyaknya, apa sebab diorang potong tu yang menjadi tanda tanya. LHDN nie memang tau, kes haritu pun belum selesai lagi. Dah buat rayuan, tunjuk bukti yang cukai tertunggak pada tahun 2012 sey dah bayar (tahun 2012 tu...habis file lama diorang bukak sebab fail pindah cawangan). Tapi sampai ke harinie tak tau apa citer. Bagitau je nanti akan hantar notis, nie dah masuk sebulan, apa citer! Tetiba dapat email bayaran balik yang cut habis 70% tanpa bukti. Tunjuk lah adjustment korang barulah nak bagitau banyak nie nak kena potong. Memang LHDN nie, dah lah tiap2 bulan tolak PCB. Negara maju macam Australia takde pun buat camtu, hujung tahun kau declare lah income kau, baru tolak cukai. Nie tiap2 bulan dah potong, pastu potong lagi. Dah lah musim PKP nie ofis kau tutup. Tunggu lah habis PKP nie aku datang serang. Geram weiii....bukan sikit dia tolak....huh...berasap-asap jugalah pagi tadi.

Habis mood den harinie. Nak buat keje pun takde selera. Pantang betul den kalau ada masalah tak boleh settle juga harinie. Menduga betul.

Acib den ada cara untuk tenteramkan diri sendiri. Istighfar banyak-banyak. Hantar email tanya LHDN. Kurang-kurangnya ada bukti yang den ada buat pertanyaan. Dah email pun cakap, sebarang pertanyaan ajukan kepada cawangan LHDN berdekatan. Makanya.....

Acib mood den tidak merosakkan plan memasak harinie. Syukur Allah bagi ketenteraman. Sabar fazid, kite settle satu-satu. Ujian nie...sabar-sabar...

Harinie cuba rempah kurma cap O. Sedap lah weii....semua makan menjilat2 jari. Alhamdulillah. Masing-masing mulalah teringat kenangan kat Brisbane, yelah dulu kari dan kurma nie antara menu wajib. Dah paling senang masak kan. Siap bawak rempah Adabi pek besar berbungkus-bungkus. Pastu abah pos lagi rempah ke sana. Siap boleh bagi kawan-kawan lain lagi. Yelah banyak-banyak simpan pun buat apa. Kat Brisbane hanya ada rempah kari Babas aje, Adabi tak bawa masuk pulak.  Rempah kurma langsung takde.




Kalau buat kurma ayam wajib ada telur rebus tu. Kegemaran si adik. Dah takkan nak rebus sebiji je, rebus lah untuk sorang satu. Kang tak perlu berebut. Yelah...kot-kot ada yang teringin pulak bila tengok adik makan telur tu.....hahahah....sekali licin...

Esok Sabtu dan Ahad, den nak rehat, bermalas-malasan aje...tapi kena masak juga....

p.s. Tadi check sama ada layak tak dapat Bantuan Prihatin Nasional tu, kalau ikut syarat dia memang den layaklah untuk M40 tu, tapi bila semak dia cakap "Tak Lulus". Memang hangin aku tadi, LHDN nie dah lah potong cukai terlebih bayar tanpa sebab lepas tu cakap den tak layak BPN pulak. Ko dah kenapa LHDN?! Issshhhh hangin betullah.....


Spread the love

yours truly,

Saturday, March 28, 2020

MCO Day 11: Memasak itu satu terapi

Salam,

Harinie den copy paste apa yang den tulis kat wall FB.

Menu MCO Day 11: Harinie tema lauk nogori. Masa masak kuning tadi teringat arwah uwan sey, maso kocik-kocik maghin masak kuning ayam kampung ateh dapur kayu. Penyediaannya bermula malam sebelumnya, tangkap ayam masukkan dalam serkap ayam. Esok paginya sembelih, cabut bulu dan proses seterusnya. Kelapa pun guna kelapa yang baru parut pagi harinya. Masak memang lama. Arwah uwan kalau masak gulai nie dia takkan buat kerja lain, dia akan sentiasa kacau sebab taknak bagi santan pecah. Sebab tu gulai dia sedap. Eh gulai bonda sey pun sodap, sobab tu gulai sey pun sodap. Hahahahaha...masuk bakul angkat sendiri loorrr...


Kawan-kawan mana yang tak selesa dengan post makanan saya nie, saya minta maaf lah ye. Ini satu terapi untuk saya. Dari dulu saya memang suka masak dan post, sebelum zaman facebook lagi. Di blog saya banyak resepi dan petua masakan saya. Masa saya buat PhD dulu nielah cara saya melepaskan tekanan. Kadang sambil masak sambil leleh air mata...hahahaha... nie citer dululah. Jadi kenapa saya nak stop benda yang buat saya tenang. Bukan saya tak sensitif dengan isu semasa, bukan saya tak cakna pada orang lain, tapi ada cara lain saya buat untuk komuniti. Takkan semua benda yang saya buat nak tunjuk sini.

Di sini saya post hal saya, wall saya. Saje share idea masakkan kot2 boleh bantu kawan-kawan yang buntu nak masak apa. Plan nak masak apa tu bukan benda senang, siapa yang hari-hari masak tau lah apa maksud saya. Yang jarang-jarang masak pun mungkin dapat kebaikan kot dari post saya. Hehehehe... saya suka bila ada kawan pm tepi atau comment directly tanya resepi.

Kita buat apa yang kita suka. Be yourself. Tak perlu pura-puralah. Masalah kite nie sebab ramai yang suka menilai orang, tapi lupa nak menilai diri sendiri.

OKlah hujung minggu nie kite happy happy je. Think positive, live happy 😊❤



Spread the love

yours truly,

Sunday, March 22, 2020

MCO Day 5: Bersangka baik pada manusia

Salam,

Harinie masuk hari ke 5 perintah kawalan pergerakan atau movement control order di Malaysia. Berbaki 9 hari lagi. Ada ura-ura akan dipanjangkan kerana kes positif masih tinggi. Nauzubillah min zalik. Harinie sahaja ada 2 kematian, menjadikan jumlah keseluruhan yang meninggal 10 orang. Terdapat juga peningkatan jangkitan dalam kalangan frontliner KKM. Ya Allah lindungi kami, ampunni dosa kami. Tahun 2020 ini tahun penuh ujian.

Kisah lain pula, ada yang post tentang Dalgona coffee. Sejenis minuman berasaskan kopi dan krim. Dengan penggunaan susu yang banyak, tak nak le aku mencubanya, dah la tengah berjimat cermat. Susu freshmilk pulak susah nak dapat sekarang. Lagipun pakai instant coffee, memang tak adalah dalam rumah nie. Ok I will pass.

Ada pulak yang post macam tak puas hati pada netizen yang post pasal makanan, pasal masakan (eh aku pun post lah), pasal kopi viral si dalgona  coffee di musim MCO ini. Kononya membazir, tak beringat, tak fikir orang susah yadayadayada. Pada pendapat sey lah, biarlah orang nak post, dah itu kesukaan dia. Kita sangka baik aje lah. Orang kite bab2 post nie memang sensitif sangat. Takkan lah bila kita berduka, kita nak semua orang berduka. Lain orang lain ujiannya, mungkin dengan cara dia post tu boleh mengurangkan stress dia. Kita tak tau kan. I really getting tired with this one-sided-minded people. Ntah-ntah orang yg banyak post tu banyak keluar zakat, sedekah sana sini, bantu orang lain, kita tak tau kan. Dia happy cara dia, kita kena terima. Jangan judge orang. Yes, you are in a trying period now, I understand that. Kau pun secara tak langsung menarik perhatian orang dengan menceritakan kesusahan kau. Jangan lah rasa stress bila tengok orang happy. Lepas tu tau pulak cakap rezeki Allah tentukan. So makcik, jangan melatah, jangan mengeluh. La tahzan. Hidup kat dunia nie kena bersangka baik, kalau tak hati kau sendiri yang sakit. Kecuali lah bila nampak depan mata kemungkaran berlaku, ha itu patut kena tegur. Pasaipa hang tak tegur?! Aku tanya je....

Dah, pasal post2 masakan ini buat aku happy, jadi harinie menu dia simple je, Nasi Ayam. Aku pun tak nak berduka tak tentu pasai. Sendiri beringat cukup, jangan sangkut pautkan duka kau dengan kegembiraan orang. Salah tu, maksudnya hati kau tak tenteram. Pasal kau aku bebel pulak malam nie.


OK dah, baik aku layan kegembiraan aku yang lain iaitu baca buku....daaaaa....

Tak paham betul dengan setengah orang nie...

Dah fazid dah....hati mau jaga, hidup mau happy....

Semoga wabak ini akan berakhir tidak lama lagi, aamiin.....


Spread the love

yours truly,