Yours truly,

Me Academia

Tuesday, November 14, 2017

Sembang petang hari ini: Left group

Petang tadi menghadiri mesyuarat JPPA fakulti. Tidak banyak isu yang dibincangkan yang memerlukan keputusan segera, perbincangan lebih tertumpu kepada laporan audit MQA yang telah diadakan minggu lepas.

Terasa mesyuarat petang tadi agak perlahan (kurang menyumbang sangat). Tiba-tiba rasa nak ke kamar kecil melepas hajat. Aku pun keluar dari bilik mesyuarat yang sangat dingin, sambil buat senaman ringkas untuk panaskan badan. Seminggu dua ini memang keadaan cuaca agak dingin disebabkan hujan yang kerap. Kata pengkaji cuaca kita kena tempias fasa La Nina yang sedang berlaku di hemisfera selatan. Wallahulam, tapi tahun 2017 nie memang hujan kerap sangat berlaku. 

Ok sambung cerita aku di pejabat. Apabila keluar sahaja daripada bilik mesyuarat, lalu ruang pejabat nampak hanya seorang staff sahaja di meja. Aku pun perlahan-lahan pergi ke arah dia dan berdiri di belakang kerusi dia.  Dia tak sedar apa-apa pun sebab telinga disumbat dengan headphone. Mata dia memandang skrin yang memaparkan sistem tempahan. OK mesti dia tengah dengar lagu ini.

Aku pun bersuara.

Aku, "Mana yang lain?" 
Staff, "Ha tulah... tak tau lah mana yg lain pergi, senyap-senyap aje takde."
Aku, "Haaa nie mesti diorg left group dan create group baru tapi tak ajak awak.....hahahahaha."
Staff, "Itulah.....hehehehe.....nak pindah ofis lah mcm nie....hehehe."
Aku, "Jomlah, pindah ofis kita."


Aku gelak, dia pun gelak. Lepas tu aku pun maju ke kamar kecil, nature is calling.



Spread the love

yours truly,