Salam,
Biasa lah sey bila balik rumah bonda, kalau tak "mengemas" tak sah. Mencari barang-barang lama, barang-barang nostalgia, barang-barang yang menyimpan memori indah. Kali nie misi mencari komik dilukis my other half, tapi misi tidak berjaya, kat mana sey simpan lah hai.
Orang dulu-dulu simpan barang bawah katil. Orang sekarang simpan kat mana? Hahahaha...papan katil dah cecah lantai, nak kena angkat tilam dan papan alas pulak kalau nak simpan barang bawah katil.
Sey selongkar dua kotak surat nie. Satu disimpan di bawah katil, fuhh habuk tebal. Tapi sey dari dulu dah simpan surat-surat nie dalam plastik. Nie surat-surat dari kawan-kawan sey. Sey simpan dari sekolah rendah sampailah masuk universiti. Kawan-kawan, siapa-siapa yang pernah tulis surat kat saya, surat korang ada lagi saya simpan. Siapa-siapa yang hantar kad kahwin, ada lagi saya simpan 🤗.
Satu lagi kotak, dijaga dengan baik, sebab ini yang paling istimewa. Saat indah, kisah cinta kita ❤ chewah. Isinya dah berumur lebih 20 tahun. Tapi masih boleh dibaca. Agak-agak sampai bila sey nak simpan nie? 😍
Sey nie nampak je rock, tapi dalam hati ada taman 🙃. Surat-surat ini sangat bermakna buat sey. Ada juga surat-surat daripada my sistah. Abang sey? Dia mana suke tulis surat, adalah 1, 2 poskad ...kot...hahaha...
Apa saje perantara yang sey tak pernah guna. Daripada surat, ke poskad, ke aerogramme. Daripada kertas biasa ke kertas wangi. Daripada sampul standard ke sampul buat sendiri (dulu boleh sebab abam posto baca alamat utk isih, sekarang abam mesin yg baca). Daripada surat, tukar ke email yang dihantar melalui dumb terminal, ke zaman servis rocketmail, hotmail, yahoomail. Lepas tu sekarang socmed aje menjadi perantara.
Kenangan terindah. Terima kasih kawan-kawan atas kenangan ini. Korang simpan lagi tak surat saya? Takpe, saya tak ambil hati. No hard feelings 😊.
Kisah cinta kita ❤. Macam-macam cerita macam-macam benda. Boleh buat filem ke? 🤣 |
Surat-surat daripada kawan-kawan dalam dan luar negara, dari sekolah rendah ke universiti. Ada kawan-kawan yang rajin menulis, berpuluh suratnya. |
[Repost from FB page]
yours truly,
No comments:
Post a Comment
what say you?