Yours truly,

Me Academia

Friday, July 25, 2014

The passing of our beloved Mokmok

It is with deep sadness that we announce the death of our beloved cat Tamtam aka Mokmok who passed away this afternoon at 1.35pm, 27 Ramadhan, 25th July. He will be missed.


Wednesday, July 9, 2014

Hari kesebelas Ramadhan: Koleksi gambar lauk untuk iftar setakat ini.

OK, nak kumpulkan gambar lauk yang dimasak untuk iftar tahun ini. Kat rumah lauk-lauk yang kering, berlada, rebus aje yang laku. Kalau bersantan tu, selowww aje orang kat rumah makan. Haritu buat ayam padprik pun tak laku juga. Hmmm...bila orang kat rumah makan pun kurang, kita pun rasa frust. So, tak payah susah2 nak fikir resepi apa, asalkan berlada, kering, confirm licin.
Ikan bawal berlada dan sawi air

Daging goreng kicap

Roti sardin in the making

Roti sardin

Ayam goreng kunyit dan tomyam




Spread the love

yours truly,

Throwback hari kesembilan Ramadhan: Lost her first tooth

Just for the record, adik lost her first tooth on Monday, 7 July.



Gigi tu dah lebih sebulan goyang, tapi nak cabut dia tak bagi. Me suruh dia goyang selalu. Mula nak bawak jumpe doc, tapi sebab dah goyang, selalu doc suruh cabut sendiri. Gigi baru pun dah tumbuh belakang gigi susu tu. Both miss y and miss t gigi baru tumbuh belakang, yang gigi susu pulak liat nak cabut. Tu yang gigi miss y berlapis-lapis. Adehhh... nie miss t pun nampak ada ke arah itu juga. Hai, ikut genetik sapelah diorang nie, en. e kot (biasalah ikut resmi bangau hahaha), sebab me bila gigi baru tumbuh, gigi baru tolak gigi susu. Kecuali satu gigi taring nie, tumbuh berlapis, bertingkeh kata orang. So my mom bawak jumpe doc n cabut. Perghhhh sakit giler. Mak cakap, orang pompuan tak cantik gigi bertingkeh, me abang tingkeh juga, tapi sebab dia lelaki, my mom biarkan aje.

Happy miss t bila gigi dia finally cabut. Boleh makan dengan selesa lepas nie.


Spread the love

yours truly,


Tuesday, July 8, 2014

Hari kesepuluh Ramadhan: 3 tahun sudah berlalu

Assalamualaikum,

Selepas post terakhir, tak sempat nak update blog setiap hari. Have to meet many deadlines. Hari ini baru berkesempatan untuk menulis. Jadi, nak curi masa sikit untuk menulis momento dalam blog ini.

Hari ini juga baru perasan, eh dah 10 Ramadhan, tak sempat nak tulis apa-apa berkenaan berkenaan pemergian arwah Abah, kerana, pada 9 Ramadhan 1435, genap 3 tahun arwah abah meninggalkan kami.


Thursday, July 3, 2014

Hari keempat Ramadhan: Berlima Ramadan

Kejap je dah masuk hari ke lima puasa, kejap juga dah masuk bulan 7, maknenye sudah separuh tahun 2014 berlalu. Kenapa sekarang terasa hari makin cepat berlalu.

Hmmm... cerita puasa semalam. Kejayaan untuk berpuasa yang miss t capai nampaknye tak kekal lama. Tengahari semalam masuk msg melalui WA daripada en. e.

"ada org suda buka pose"

Tuesday, July 1, 2014

Hari ketiga Ramadhan~a success

Alhamdulillah, miss t berjaya puasa penuh hari ini.

Balik daripada kerja, adik sambut kat pintu.

"Adik, puasa lagi ke?"
"Haah"
"Tak lapa, penat?"
"Tak"
"OK, good job"

Tapi sekali sekala perasan dia gosok2 perut. Memang nampak dia melepek aje kat atas sofa.
Untuk berbuka, hajat nak gi pasar Ramadhan dekat rumah. Jadi,

"OK, Mama nak gi pasar, kakak nak makan apa? Adik?"

Miss y macam biasa, kalau dengar pasar malam aje nak order sosej besar tu. But I reminded her that I don't cook today, and she may get hungry later, so I advised her something heavy. So she opted for nasi ayam (predictable just like en. e). Then adik said,

"Adik nak meatballs boleh mama"
Adeh, mane pulak nak carik meatballs kat pasar malam nie.
"Meatballs yang bakso makan dengan mee boleh tak dik"
"OK"
Kena layan orang baru nak belajar puasa nih.

"OK kuih"
"kopok lekor" kata miss y
"kuih apa ada ma?" tanya miss t
"mama beli kuih seri muka untuk adik OK"
"OK"

Alhamdulillah, walaupun panjang langkah kat pasar ramadhan sebab nak memenuhi kehendak anak-anak nie, tapi semua dapat apa yang dihajat.

3 down, 27 days to go.

Spread the love

yours truly,

Hari ketiga Ramadhan: Iftar hari kedua ~ Daging goreng kicap versi kering

So, semalam mencari resepi untuk masak lauk daging di internet, dan ternampak imej yang sangat mengiurkan... ok..sangat teruja untuk mencuba resepi daging kicap ittew.

Dan hasilnya....