Yours truly,

Me Academia

Showing posts with label pasar. Show all posts
Showing posts with label pasar. Show all posts

Wednesday, May 13, 2020

MCO Day 57: 20 Ramadhan, tagging leftovers

Salam,

So harinie sey tak masak. Siapkan bahan pengajaran dan petang ada meeting fakulti. Sey order je kat The Lorong. Sonang belakang rumah sey yo. Best Ramadhan kali nie PaRam comes to you, ye lah order2 kemudian ada delivery. Cuma tak best tu kena bayar delivery lah. Tapi bukan selalu pun order.

Harinie pun kali pertama meeting fakulti buat online. Ramai yang excited sampai lupa tutup mic. Ada yang dengar bini marah anak, "dah tido tido, orang suruh tido". Ada yang dengar suara cucu. Adoi lawak.

Tadi buka nasi lemak, mee kolok dan murtabak daging roti jala (macam tu ke nama nye, lebih kurang lah). Miss t seperti biasa tak habis punya, sekali my other half pun tak habis gak. Bulan puasa nie orang kurang makan sikit. Sey makan mee kolok je.



Tagging leftovers. Sape punye sebelah kanan tu? 😁



Spread the love

yours truly,

Wednesday, April 29, 2020

MCO Day 43: 6 Ramadhan Bazaar Ramadhan Online

Salam,

Sekejap je dah 6 Ramadhan. Minggu nie agak sibuk menyiapkan bahan-bahan pengajaran online. Lebih sibuk mengatur atau coordinate pelajar-pelajar. Nak pastikan pelajar-pelajar tersedia untuk menghadiri kuliah online nie. Bukan perkara mudah, in terms of bahan OK. Mujur ini semester kedua kursus ini ditawarkan. Jadi bahan-bahan mengajar dah siap. Cuma perlu menyediakan lebih bahan supaya pelajar boleh access bahan tambahan.

Harinie masak simple je, kari ayam dan sayur campur. Untuk buka, beli je murtabak ayam dan roti john Wak Lan. Mujur ada bazaar online. Esok boleh order lain pulak, ada kuliah busy sikit nak masak-masak nie. Alhamdulillah.


Nampaknye PKP 4 ada kelonggaran. Dah ramai orang mula bekerja. Termasuklah staff LHDN. Pasal kes bayaran balik LHDN tu, dah tau dah jawapan nye. Mereka kira sekali tuntutan yang dalam kes rayuan. Oleh sebab mereka belum sempat lagi menyemak dokumen yang diberi, jadi tunggu lah gamak nye. Takpe, janji ada reply daripada mereka




Spread the love

yours truly,

Monday, April 27, 2020

MCO Day 41: 4 Ramadhan dalam kenangan

Salam,

Cakap pasal new normal, walaupun tiada PaRam tahun nie, tapi ada yang menjual makanan PaRam dalam talian. Jualan dalam talian, bukan benda baharu, jadi apa yang new normal nya?

New normal nye bila pelanggan mencari penjual. Sebagai contoh, saya mencari penjual tepung pelita; seller popia basah sila munculkan diri; sy teringin nak makan tauhu bergedil agak2 ada yang menjual tak? Haaaaa lain style PaRam tahun nie. Itu lah new normal (tapi harap tak jadi norm lah).

Menu berbuka harinie, tamar smoothies dengan jemput-jemput atau nama hipsternya welcome welcome pakcik adabi. Untuk sahur nanti telur sambal dengan sambal goreng jawa.







Spread the love

yours truly,

Sunday, August 23, 2015

Pasar Tani di sini dan di sana


Dari kecil me suka ikut bonda ke pasar tani. Kalau diberi pilihan untuk memilih, di antara pasar malam, pasar basah dan pasar tani, me akan pilih pasar tani. Antara sebab me pilih pasar tani adalah pertama, kerana pasar tani tak sebecak pasar basah, kedua pasar tani diadakan di kawasan lapang, parking pun senang dan ketiga, pasar tani macam pasar malam, macam-macam ada, tapi dibuat di sebelah pagi. Lagi satu kenapa me suka pasar tani, sebab barang-barangnya segar dan murah. Kat pasar tani ni kita masih boleh beli barang-barang secara longgok; ikan, sayur, telur, sama ada seringgit atau dua ringgit selonggok, kecuali barang-barang authentic macam cendawan kukur, satu pot tin sardin yang kecik tu lima ringgit you.


Tuesday, July 1, 2014

Hari ketiga Ramadhan~a success

Alhamdulillah, miss t berjaya puasa penuh hari ini.

Balik daripada kerja, adik sambut kat pintu.

"Adik, puasa lagi ke?"
"Haah"
"Tak lapa, penat?"
"Tak"
"OK, good job"

Tapi sekali sekala perasan dia gosok2 perut. Memang nampak dia melepek aje kat atas sofa.
Untuk berbuka, hajat nak gi pasar Ramadhan dekat rumah. Jadi,

"OK, Mama nak gi pasar, kakak nak makan apa? Adik?"

Miss y macam biasa, kalau dengar pasar malam aje nak order sosej besar tu. But I reminded her that I don't cook today, and she may get hungry later, so I advised her something heavy. So she opted for nasi ayam (predictable just like en. e). Then adik said,

"Adik nak meatballs boleh mama"
Adeh, mane pulak nak carik meatballs kat pasar malam nie.
"Meatballs yang bakso makan dengan mee boleh tak dik"
"OK"
Kena layan orang baru nak belajar puasa nih.

"OK kuih"
"kopok lekor" kata miss y
"kuih apa ada ma?" tanya miss t
"mama beli kuih seri muka untuk adik OK"
"OK"

Alhamdulillah, walaupun panjang langkah kat pasar ramadhan sebab nak memenuhi kehendak anak-anak nie, tapi semua dapat apa yang dihajat.

3 down, 27 days to go.

Spread the love

yours truly,