Yours truly,

Me Academia

Showing posts with label facebook. Show all posts
Showing posts with label facebook. Show all posts

Saturday, March 28, 2020

MCO Day 11: Memasak itu satu terapi

Salam,

Harinie den copy paste apa yang den tulis kat wall FB.

Menu MCO Day 11: Harinie tema lauk nogori. Masa masak kuning tadi teringat arwah uwan sey, maso kocik-kocik maghin masak kuning ayam kampung ateh dapur kayu. Penyediaannya bermula malam sebelumnya, tangkap ayam masukkan dalam serkap ayam. Esok paginya sembelih, cabut bulu dan proses seterusnya. Kelapa pun guna kelapa yang baru parut pagi harinya. Masak memang lama. Arwah uwan kalau masak gulai nie dia takkan buat kerja lain, dia akan sentiasa kacau sebab taknak bagi santan pecah. Sebab tu gulai dia sedap. Eh gulai bonda sey pun sodap, sobab tu gulai sey pun sodap. Hahahahaha...masuk bakul angkat sendiri loorrr...


Kawan-kawan mana yang tak selesa dengan post makanan saya nie, saya minta maaf lah ye. Ini satu terapi untuk saya. Dari dulu saya memang suka masak dan post, sebelum zaman facebook lagi. Di blog saya banyak resepi dan petua masakan saya. Masa saya buat PhD dulu nielah cara saya melepaskan tekanan. Kadang sambil masak sambil leleh air mata...hahahaha... nie citer dululah. Jadi kenapa saya nak stop benda yang buat saya tenang. Bukan saya tak sensitif dengan isu semasa, bukan saya tak cakna pada orang lain, tapi ada cara lain saya buat untuk komuniti. Takkan semua benda yang saya buat nak tunjuk sini.

Di sini saya post hal saya, wall saya. Saje share idea masakkan kot2 boleh bantu kawan-kawan yang buntu nak masak apa. Plan nak masak apa tu bukan benda senang, siapa yang hari-hari masak tau lah apa maksud saya. Yang jarang-jarang masak pun mungkin dapat kebaikan kot dari post saya. Hehehehe... saya suka bila ada kawan pm tepi atau comment directly tanya resepi.

Kita buat apa yang kita suka. Be yourself. Tak perlu pura-puralah. Masalah kite nie sebab ramai yang suka menilai orang, tapi lupa nak menilai diri sendiri.

OKlah hujung minggu nie kite happy happy je. Think positive, live happy 😊❤



Spread the love

yours truly,

Tuesday, May 14, 2019

9 Ramadan 1440H: Genap 8 tahun pulangnya arwah abah ke rahmatullah


Salam Ramadan,

Tiap kali tiba tarikh 9 Ramadan dan 3 tarikh sebelumnya, ingatan ku akan kembali ke tahun 2011. Ya pada Ramadan tahun itu, 1432H, abah telah kembali kepada pencipta, Allah swt. Peristiwa itu tidak akan aku lupakan. Aku bersyukur kerana diberi peluang untuk menjaga arwah abah ketika dia sakit dan ketika dia sakit tenat sebelum pergi. Abah, he was a survivor, diagnosed 2009, doktor jangka 6 bulan sahaja, but he survived for 2 years.

Di sini, aku ingin merakam post yang berkaitan.








Ya Allah, Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. Kau ampunilah dosa-dosa abahku, dan Kau tempatkanlah dia di syurga firdaus. Aamiin, ya rabbal alamin.


Spread the love

yours truly,

Saturday, April 27, 2019

Phone scam: "Dr....maaf saya tak dapat ke kuliah harinie"

Kawan-kawan, Phone Scam tu benar-benar berlaku. Maka hati-hatilah. Nak dijadikan cerita, pagi tadi, seorang student saya call dan maklum yang dia tidak dapat hadir kuliah harinie. Bila saya tanya kenapa, dengar suara dia menangis dihujung talian. Saya dah mula cuak, dah bayang bukan-bukan dah. Kemudian, dia beritahu dia perlu ke balai polis B untuk buat laporan. Balai polis B di luar daerah pulak tu, saya jadi pelik. Saya beritahu dia, jangan pergi mana-mana dahulu, tunggu saya kat ofis, kita pergi balai polis berhampiran.

Wednesday, January 29, 2014

Facebook cover photo

Changed my facebook cover today.


I did some touch up to the photo. Nice!

Until next time, think positive and stay positive, inshaAllah everything will be OK

yours truly,