Yours truly,

Me Academia

Showing posts with label kuih. Show all posts
Showing posts with label kuih. Show all posts

Sunday, May 10, 2020

MCO Day 54: 17 Ramadhan

Salam,

Tadi PM announce PKP dilanjutkan sehingga 9 June. Alahai lomah pulak sey donga haaa... tapi boleh gerak dalam negeri. Rentas negeri no no. So ghayo kami kek sini yo lah. Kakak sey suh naik KL, fikirkan cagho supayo boleh naik KL. Alahai...sey maleh lah... habis PKP nanti boleh ziarah lagi. Ghayo kan sebulan...huhuhu..

Kelmarin beli pisang, asal nak buat cekodok, tapi lambat pulak dia nak masak sesuai utk cekodok, sey buat pengat dulu. Buatkan juga daging belado. Setengah kilo dapat banyak tu je, patut banyak resepi letak sekilo daging.



Esok sey nak merayaplah... lamo sangat kena perap nie....stress rasa.


Spread the love

yours truly,

Saturday, May 9, 2020

MCO Day 53: 16 Ramadhan Tema "buat sendiri lagi puas hati"

Salam,

Bertemu lagi hari Sabtu, hari minggu. Bila hari minggu aje liat nak bangun, hahahhahaha... Rutin pagi dimulai dengan jemur baju, kemudian berkebun sikit. Ala kecik aje flower bed dan pasu-pasu yg ada kat rumah nie. Kita sabar menunggu hasil.

Oleh kerana hujung minggu, jadi kepala ligat nak masak macam-macam. Sey buatkan popia sayur dan air soda herba untuk berbuka. Sey dengan anak-anak. Alhamdulillah miss y dan miss t ada membantu kat dapur, tak lah kalut sangat. Esok-esok miss y dah masuk kampus, tinggal miss t. Kot-kot miss t dapat tawaran asrama penuh, tinggallah sey dengan my other half, buka kat mesjid aje lah....hahahhaha...Rindu pula nak berbuka di masjid dan solat terawih jemaah. Itulah orang cakap, bila ada depan mata, kadang ngelat je, bila hilang, haaa kalut lah, rindu sana rindu sini.






Untuk makan malam, buatkan nasi ayam hainan. Nie favourite semua orang. 

Apa citer MCO/PKP kite nie? Bersambung atau tidak? Kita tunggu perutusan PM petang nie.


Spread the love

yours truly,

Friday, May 8, 2020

MCO Day 52: 15 Ramadhan apam balik ku teringat brissie

Salam,  

OK ringkas je harinie. Apam balik nie selalu sey buat semasa Ramadhan di ozzie. Resepi ambil kat sini.


Buat dua jenis, peanut butter dan nutella.


Perghhh leleh.....


Lauk makan malam harinie.


Apam balik dan teh bunga.


Spread the love

yours truly,

Saturday, May 2, 2020

MCO Day 46: 9 Ramadhan Tepung Pelita

Salam,

Harinie sey cuba buat kuih yang tak sangka rupanya mudah nak buat. Biasa beli je. Lepas nie boleh selalu buat lah. Kuih apo yang sey masukkan? Nie haaa kuih tepung pelita. Sey bayangkan sebelum nie kuih nie rumit nak buat. Memang sey nie kalau benda yang berlapis terus otak compute jadi rumit....hahahaha... sey juga bayangkan kuih ini perlu dikukus. Sey takdo steamer yang besar kat rumah nie, dulu kat rumah lamo ado, tapi bila pindah sey tinggalkan yo, sobab takdo tompek nak lotak. Steamer kecik yg tenggek ateh periuk biasa ado lah, cukuplah nak steam kan bondo kocik macam pau ka, sosej ka, dimsum ka. Sebab tu tak ponah sey masak ikan masak steam. Oleh itu, takdo la sey nak study caro buek tepung polito nie...sebab memikirkan iyo polu di steam.

Skali ado kawan share dio buek kuih nie, dan dio cito lah caro buek. Lahai, kacau ateh dapur yo haaaa.... So bila dah ado daun pandan nie, sey pun apo lai....buek lah.... Sey guna resepi yang ado kek FB orang nie. Mokasih lah pado yg share resepi. Sey tempek sini yo lah, kot2 esok nak rujuk sonang.

Bahan hijau:
- 1 cawan gula
- 1 cawan tepung beras cap apa sahaja selain 5 gajah (katonyo cap 5 gajah tu untuk buat mee laksa)
- 4 cawan air
- 1 sb pewarna hijau epal (sey pakai daun pandan)

Caranya: satukan semua dalam periuk, kacau dulu bagi sebati, masak dengan api sederhana sampai pekat. Terus masukkan panas2 dalam acuan kecil2 untuk makan.

Bahan putih:
- 4/5 sb tepung beras (sey pakai 4 sudu, cair, pas nie letak 5 sudu lah)
- 200-250 ml santan kotak (sey pakai 200ml santan kara)
- 3 cawan air
- 1 sk garam

Caranya: sama seperti di atas. Bila dah pekat/ada buih besar meletup, blh tuang atas lapisan hijau. Tuang panas2. Dah siap.

Nie tips yang tuan tanah bagi:
Blendkan 2 sudu gula pasir sampai jadi gula hancur. Tabur rata di setiap bekas sebelum letak bahan hijau. Jadi sedap bila gula tu cair bila acuan hijau yg panas diletak.


Jadi pun tepung pelita




Mujur ado bokeh kocik2 nie, dulu rajin buat puding, miss t suka makan. Semalam dapat 16 bokeh kocik, 1 bokeh bosa (bokeh taufu fa). Kalau sukat betul-betul sey raso boleh dapek 20 bokeh kocik2 tu.

Harinie juga statistik covid naik baik ko 3 angko. Raso dah seminggu 2 angko yo. Adoiyaaaiii... dah la haritu PM announce PKPB, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, maksudnya dah longgar sikit PKP nie. Isnin banyak ofis dah bukak, dah boleh keluar 2 satu kenderaan. Plus kodai pun dah banyak dibolehkan operasi macam biaso, iaitu sampai 10 malam. Jakel pun dah iklan baju rayo. Adoi....takut sey raso haaaaa.... kan main oghang kito nie kalau diberi longgar sikit, takut tolucut yo. Kang muncul pulak kluster baharu: kluster shopping baju raya, kluster masuk keje, kluster lepak kedai sampai malam. Kang sio-sio yo 46 hari sey berkurung.


Spread the love

yours truly,

Friday, May 1, 2020

MCO Day 45: 8 Ramadhan daun pandan sepokok kau: Gardening part I

Salam,

Selamat hari pekerja semua. Walaupun public holiday sey tetap buat tutorial. Tanya student semalam, diorg ok je. Ada lah 28/49 student je yg hadir, oklah tu. Diorg serius nak belajar. Lagipun bila WFH nie, public holiday ka rasa sama je, sebab semua kat rumah kan. Tak perlu ke mana-mana, on je laptop buat keje. Teruja OL nie bila student bagi komitmen dan feedback.


Lepas kelas ada project meeting. Yang nie libatkan colleague daripada bidang kesihatan.


Since cuti harinie, lepas meeting tadi sey pun masuk dapur. Harinie nak buat kuih bakar. Haritu cari-cari resepi kat blog lama. Dulu pernah buat kuih bakar nie kat sana. Ada beberapa kali juga buat sebab semua suka. Jumpe post kat blog lama tu. Nak buat kuih nie tapi kena tunggu pandan paste sampai dulu. Kat sini jumpa pandan flavour je. Sekali sey gi online carik pandan paste, 2 3 botol sey beli, ada paste, ada esen. Bukan tu aje, beli daun pandan online gak. Sekali datang, 1 pokok pandan tu dia bagi. Ambik ko. Ko nak berniaga ke atau buat bunga rampai nie 🤣. Ini pun dah kerat-kerat daun, ada yang simpan dalam freezer. Ada yang dah pakai harinie. Esok boleh buat tepung pelita pulak.




Ta daaa... baru keluar oven.



Inilah juadah berbuka kami untuk harinie.


Malam, it's match night. We played Uno and Jenga.


Spread the love

yours truly,

Thursday, April 30, 2020

MCO Day 44: 7 Ramadhan, bubur pulut hitam

Salam,

Genap seminggu dah kita berpuasa. Rasa cepat pula masa berlalu. Harinie merupakan kuliah dalam talian pertama sey semenjak MCO bermula dan student dicutikan. Alhamdulillah all went well. The students attended the lecture until the end. I went online for an hour, the rest we discussed off meeting. We used chat box and other medium. Forgot to mention I used Microsoft Teams. It is easy to work around, I have used skype before this, so I have the advantage to adapt to it quickly. Alhamdulillah too for UKM has online teaching and e-learning systems available, for sharing the materials, assignment minder, a medium for the students to discuss on a topic and also taking attendance. With all these apps and systems, I managed to teach my classes online and virtually. Am I getting hang of it. Don't let me get comfortable. I may not want to conduct my classes the old fashion way after this.


As I have class today and tomorrow, the same practice before MCO applies which is no cooking. Luckily we have many option available to breakfast. So we ordered nasi briyani ayam, air soda herb and katira for breakfast today. Sedap pulak tu. Alhamdulillah. The seller even gave bubur pulut hitam, for free. Since nobody like the bubur except me, olalalala pucuk dicita ulam mendatang. Kena pula dengan kopi paneh.


Maka nikmat Tuhanmu yang manakah engkau dustakan.

Spread the love

yours truly,

Tuesday, April 28, 2020

MCO Day 42: 5 Ramadhan, Ikan keli di kuali

Salam,

Orang nismilan dan salai memang susah dipisahkan. Masa order itik salai marin, order sekali ikan keli salai. Masa nak bersihkan ikan tu, wanginya bau salainya. Sambil menaip nie, bau salai masih lekat kat tangan sey...hahahahaha.... Tak nak bagi keli pecah, kita masak ikan keli salai dalam kuali.




Genap 6 minggu dah MCO. Tak sangka dah begitu lama kena perap dan kerja dari rumah. Minggu nie juga semester 2 bersambung. Fasa baharu pun bermula, cuba utk adapt dengan new normal.
Dah buat 3 meeting online dengan student. So far ok lah guna Teams, cuma from the student side, kadang tak dengar sangat (mic issue), ada tu meeting 1 jam, habis 1 gig data, rasa elok voice call dari video call.

Barang baking sey dah sampai, order dari Lazada. Puas mencari tepung beras, tepung pulut kat JG dan Giant, tak ketemu juga jodohnya. Berjodoh di Lazada. Macam-macam projek kuih lah weekend nie.




Kacang tanah, marjerin, minyak daisy, kacang hijau, sweet corn pun dah beli nie. Jangan tak buat sudah.


Spread the love

yours truly,

Saturday, April 25, 2020

MCO Day 39: 2 Ramadhan Pau Sambal

Salam,

Harinie sey buat pau sambal aka burger Malaysia. Buat sendiri boleh letak ikan bilis banyak-banyak. Kalau beli pun slalu pau dah sejuk atau keras sikit. Buat sendiri sampai ke moreh lembut lagi. Rupa kurang kacak, dah nama skali skala buat kannn. Kirim cendol BMI kat acik panda skali.



Nak buat pau nie pastikan yis aktif, takut terbeli yg expired kan. So bancuh dulu yis, bila tengok yis naik baru proceed. Sey ikut resepi kat sini. Dough dia melekit dan lembik sikit, jangan tambah tepung pulak. Nak bentuk tu dust jari dengan tepung dulu. Rehatkan dough dua kali. Kali pertama masa bancuhan, kali kedua bila bentukkan bulat-bulat. Tak de lah dapat bulat-bulat pun, herot berot jadinya, tangan amatur kan....kikiki.

Sambal tu sey buat macam sambal nasi lemak je. Dapat dalam 18, boleh dapat 20 biji kalau bulatkan betul-betul. Macam sey ni ada yg terbesar pulak.


Spread the love

yours truly,