Yours truly,

Me Academia

Tuesday, March 16, 2021

Apple Cinnamon rolls

Salam,

Another baking weekend, and another cinnamon rolls episode for tea. This time I made apple cinnamon rolls. The apple filling is like the filling for apple pie.



ohhh sedap betul yang ini, bau harum apple with cinnamon satu rumah. Itu pasal sey suke baking, terutama kalau baking anything with chocolate and cinnamon. Love the cinnamon smell. So refreshing. Love the cocoa smell, so enticing.

Granny smith apple kecik pulak.... but ok, masam.


Kita buat filling dulu. I used 5 apple (diced), 1 cup of brown sugar, 5 tbs (50gm) of butter and 1 tbs of cinnamon. And a pinch of salt. Salt kena ada, baru rasa.


Tips; make sure your filling is sticky and not runny. Kalau tak nanti dough soggy and lembik. Like my first time nie, jadi messy and crooked pulak.


Messy yes, tapi masih ada that rose shape. Ok lah.... 




Tadaaaa...... anak-anak suka. I glazed with just plain vanilla frosting. No cream cheese this time sebab ini pun dah manis dan heavy.


Spread the love

yours truly,

Sunday, February 28, 2021

When I craved for Hainanese Chicken Chop

Salam,

Bila agaknye dapat berjalan-jalan cuti-cuti Malaysia nie? On recent news, tak tau lah sahih ke tidak, katanya state border akan kekal tutup, sehinggalah 80% penduduk telah terima vaksin. Macam lamo lai yo nie.

My other half bercita-cita untuk ke Penang nie, bila PKP tamat. hahahahah...bilo lah gamak nye?

Harinie sey buat chicken chop, sebab dah biasa sangat dengan chicken chop biasa, kalinie sey buat Hainanese chicken chop. Teringat dulu, arwah selalu bawa makan chicken chop kat kedai chinese food. Memang stylo lah style chicken chop dia, dengan kuah sos tomato yang masam manis pekat. Sedap oiiii... Sementelah haritu sey beli chicken chop 10 keping dari Sehat Store, sebahagian dah masak dengan mee kicap, nie masak pulak chicken chop. Seperti biasa, sey buat kajian dulu.



                                        

Ayam nie kena perap, at least 30 minit. Bahan-bahannya:

Ayam dh siap potong utk chicken chop.
1 sb tepung goreng ayam (sey pki tepung bestari)
1 sb tepung gandum.
1 sb tepung beras.
1 biji telur.
Bancuh tepung, dan pecahkan telur. Batter agak2 utk salut ayam. Perap 30 minit ke 1 jam.
Tambahan: Lada hitam, all season salt, cajun powder.


Nak goreng ayam nanti, golek dlm tepung goreng ayam dan goreng dlm minyak yg banyak.



Goreng lah wedges sendiri, senang je, beli russet potato, jangan buang kulit, basuh bersih. Kemudian potong wedges. Perap dengan OO, lada hitam, all seasoned salt, cajun powder dan garam secukup rasa. Goreng deep fry.



Utk sos hainan:
1 biji bwg besar hiris.
2 ke 3 ulas bwg putih minced.
Cendawan butang hiris.
2 biji tomato potong kecil.
1 tin kacang peas.
3 sb tomato puree.
3 sb sos tomato.
3 sb sos cili.
Garam dan gula secukup rasa.
Sedikit cuka apple (dlm 1 sk) untuk ganti worchestershire sauce.
Masak: tumis bwg besar dn bwg putih hingga layu (naik bau). Masukkan sos dan sedikit air. Kemudian masukkan cendawan tomato. Garam dan gula ikut rasa, kemudian cuka apple. Last masukkan kacang peas.

Licin.....

Rujukan:
1. https://cookpad.com/.../12527273-hainanese-chicken-chop
2. https://cookpad.com/my/recipes/11020620-chicken-chop-mudah
3. https://www.youtube.com/watch?v=2PlWcgIHLZs&t=182s


Spread the love

yours truly,

Saturday, February 27, 2021

Popis - Popia pisang

Salam,

Apa dia popis popis popis nie?

Rupenya popia pisang.

Miss T minta buatkan popis. So minggu nie takde projek baking lah, projek buat popia aje.

Pagi tadi briskwalk kat area sini, lalu bukit melati, sekali my other half ajak panjat pulak. Waduh...sey tak bawak tongkat, tak bersedia nak panjat pun. So sey suh aje dia panjat sorang-sorang. Dia first time pulak tu...hahahahah... semangat brother tu. Dah capai target km, sey pun tunggu bawah. Nak dekat setengah jam tunggu, tak muncul2 pulak. Tinggal message, tak berjawab. Call rumah tanya anak-anak, rupenya handphone tinggal. Seperti biasa lah my other half nie, tawakkal tinggi, suke tinggal phone kat rumah. 

Hari dah mula panas, sey pun ada baju nak basuh, so sey pun nekad. Beli pisang kat situ, dan nasi lemak, kemudian jalan kaki balik. Elok sampai kat security guard tu, nampak kelibat my other half on the way...hahahahaha...

Ok citer pasal popis nie kan....sonang bangat nie. Tapi kena pakai pisang berangan, baru sedap. 





Sey perasakan dengan oreo dan cheese sahaja. Kat rumah pun ada sirap chocolate dan caramel. Sonang keje.


Spread the love

yours truly,

Sunday, February 21, 2021

Hari ini dalam sejarah: Vaksin covid'19 sampai di Malaysia.

Salam,

Sey nak simpan sini, catatan sejarah di Malaysia. Berita-berita mengenai tibanya vaksin untuk Covid'19 di Malaysia pada jam 10 pagi tadi di KLIA. 

Vaksin Pfizer-BioNTech itu diterbangkan menggunakan pesawat Airbus 330-300 dikendalikan MABkargo Sdn Bhd (MASKargo) dari kilang Pfizer di Belgium, dengan penerbangan membawa vaksin itu berlepas dari Puurs dan transit di Lapangan Terbang Leipzig Halle, Jerman.

Sementara itu, sejumlah 73,710 dos vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech selamat tiba di Johor dari Singapura melalui jalan darat, jam 2 petang tadi. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba menyambut ketibaan vaksin berkenaan di tambak Johor bersama Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad.


Semoga kita semua dilindungi Allah, aamiin.


Spread the love

yours truly,

Sunday, February 14, 2021

Chocolate Cinnamon Rolls

Salam,

Making cinnamon rolls again. This time I tried a chocolate flavour. 




                                               






Still use the blue jeans recipe. Here what I have added:

1. 50gm or 1/2 cup of cocoa powder in the flour mixture before kneading.
2. 1 cup (175gm) of choc chips into the filling.
3. 25gm or 1/4 cup of cocoa powder in the frosting mixture.


Ooolalalala..

So now I have made 3 flavours:

1. The original with cream cheese glaze.
2. Chocolate oreo cinnamon rolls.
3. Chocolate cinnamon rolls.

Spread the love

yours truly,


Thursday, February 4, 2021

Nak follow ke instagram saya....

hahahhaha....tapi takut menyesal nanti....

Salam.....


Sey dah ada instagram. Kisahnye sey secara tak sengaja ter create ter register ter ada instagram sendiri. Nie masa MCO 1.0. Sey nak tengok satu post nie, di instagram. Sebelum nie kalau tengok post insta orang ok je, tak perlu ada account sendiri, sey just guna acc fb je. Ntah macammana ntah, sey secara tak sengaja ter ada acc insta sendiri. Mula-mula sey buat dunno aje.... sekali tu, sorang-sorang kawan sey follow. Tak tau lah apa yang diorang nampak, tiba-tiba aje sey dah ada follower.

hahahahhaha... sey pun cakap ngan miss y, eh..camne nie... mama nak delete ke apa... nanti apo pulak kawan-kawan cakap, kot2 diorang ingat mama tak nak diorang follow mama pulak. Miss y memang ada insta, miss t pun ada... miss y selalu post drawing dia lah... so after fikir masak-masak, sey kata takpelah, kekalkan insta nie, tapi sey takkan post pasal diri sey, hanya pasal masak, makan, minum dan buku....hahahahahhaha

so bermulalah sey post di insta...

Nak follow ke? Nie link dia.

Takde apa-apa, pasal makanan je, takut uols tak tahan je....


Spread the love

yours truly,

Saturday, January 30, 2021

Chocolate Oreo Cinnamon Roll

Salam,

Dah jadi macam rutin pulak buat cinnamon roll nie. Pulak tu anak-anak suke, my other half suka, dan buatnye pun Alhamdulillah mudah. Kawan-kawan ada yang order pulak tu....hahahah... tak tau la camne sey nak meniaga nie. Tapi kalau ada makan-makan esok boleh je sey buat, makan ramai-ramai, gemuk ramai-ramai.

Kalinie sey cuba perisa lain pulak, sey buat Chocolate Oreo Cinnamon Roll. Sey cakap dengan miss y tadi, kalau mama jumpe oreo crush then kite boleh cuba resepi baharu. Kalau dah rezeki budak-budak nie tak ke mana kan, bertemu jodoh juga dengan oreo crush. Makanya, terjadi lah Chocolate Oreo Cinnamon Roll untuk minum petang tadi.










Sey guna resepi yang sama, baca sini, cuma tambah:

1. 50gm atau 1/2 cawan crush oreo, masukkan dalam adunan doh yang telah bentuk dalam standing mixer. Kiranya bahan yang lastlah masa proses nguli.
2. 50gm atau 1/2 cawan crush oreo dalam filling + 2 tbsp dark cocoa poweder. 
3. Taburkan atas glaze (sey guna cream cheese frosting) sebelum hidang.

Walaaaaaa....

Lepas nie nak cuba chocolate cinnamon roll pulak.




Spread the love

yours truly,

Sunday, January 24, 2021

Masak daging ala daging nasi kandar

Salam,

Sey kan ngikut instagram DRI. Sey suke dengar dia pung pang pung pang, teringat makcik-makcik sey kat Tepeng nun...hahahaha... So haritu dia adalah masak daging ala nasi kandar nie. Daging rimau melalak dia kata. Masa tu tengah trend pasal ada orang claim daging rimau menangis tu dia punya IP. hahahahaha... so ramai jugak lah selebriti-selebriti men troll kan isu itu. 

Nampak menarik dan mudah jugak. Sey pun masakkah, kawankan dengan acar tumis atau acar rempah. Sey sebenarnya dah lame cari resepi acar rempah nie. Acar yang selalu dapat makan kat kenduri kawin je. Dapat pulak lah resepi, menjadi pulak. Alhamdulillah.....








Nie resepi daging melalak DRI:

Daging hitam (daging nasi kandar Dato Rizalman)
Bawang merah 
Bawang putih
Daun kari
Rempah kari
Cili kisar
Kicap pekat
Air asam jawa
Santan
Daging
Air sikit
Garam gula
Cara dia tengok aje lah video masak dia kat insta dia.

Untuk resepi acar, sey ikut tt nie:

Acar Timun Ala Peranakan
(http://mamawandiha.blogspot.com/2013/06/acar-timun-ala-peranakan.html)
Resepi asal: Mat Gebu
Sumber : MaDiHaA aka Ratna

Bahan-Bahan:

2 biji timun saiz besar, kerat 3 atau 4, buang empulur dan hiris jejari*
Sedikit garam*
1 camca teh serbuk kunyit*(*digaul rata dan perap sekejap)
1 batang lobak merah, kerat 3 dan hiris jejari 
1 batang cili merah, kerat 3, buang biji dan hiris jejari
1 batang cili hijau, kerat 3, buang biji dan hiris jejari
10 biji bawang merah, belah 2 setiap 1 (MaDiHaA letak 7 ulas je)
5 ulas bawang putih, belah 2 setiap 1
1 inci halia, mayang halus
1 camca besar cili kisar
1 camca besar penuh rempah kari ikan
3 - 4 camca besar gula
2 - 3 camca besar cuka makan (cm guna cuka Jalen)
1 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
3 biji buah keras, hiris*(*dikisar halus)
Garam secukup rasa

Bahan Tumis
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 camca teh penuh biji sawi

Cara:
1. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis sekejap. Tambah bahan kisar halus dan rempah kari, masak hingga terbit minyak. Masukkan bawang putih, halia dan bawang merah. Tambah gula dan cuka makan. Kacau rata dan biar mendidih.

2. Masukkan lobak merah, gaul rata dan masak hingga lobak lembut. Tambah cili merah dan cili hijau. Toskan timun, perah sedikit dan masukkan ke dalam kuali. Gaul rata dan tambah garam secukup rasa. Masak hingga pekat, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi tomato.




Spread the love

yours truly,

Sunday, January 17, 2021

PKP 2.0

Salam,

Lama menyepi. Dihujung semester, agak sibuk dengan habiskan kuliah, tanda assignment student, kira markah student. Dengan student final year nak present projek lagi, student master nak submit tesis untuk defense lagi, student Phd nak prepare progress seminar lagi....dengan grant opening, webinar...paper nak finalised, projek buku nak finalised.....Allah, bertimpa-timpa kerja. Tu lah orang kata, kerja nie pernah habis. Bila dah selesai satu, datang lagi yang baru. Kemudian ada masanya relax je...ada masanya bertimpa-timpa. Tapi semua nak kena selesai juga.

Semenjak sey tak pegang admin post nie, sey cakap dengan diri sey, Sabtu dan Ahad rehat. Paling awal mula kerja pun, Ahad malam. Paling lewat habis kerja pun Jumaat malam. Yang lain-lain, nasib lah....urgent kalu, tunggu hari Isnin. Kita kena buat camtu, kalau tak nanti bila dah biasa, nanti ada je yang akan ambil kesempatan. Dengan student pun sey cakap camtu, I don't work on weekends, please respect my decision.

Dulu masa pegang admin post, memang tak cukup masa, Sabtu dan Ahad lah sey nak buat preparation mengajar, Jumaat, supervision. Kadang tu sampai lewat malam. Takde rehat. Terpaksa buat camtu, kalau tak, tak siaplah keje...menangis tak berlaku....

Eh sey sebenarnye nak citer, Malaysia lockdown kali kedua, PKP 2.0. Tapi kalini bukan 1 Malaysia. Ada negeri yang PKP, ada yang PKPB, ada yang PKPP, bermula 13hb Januari sehingga 26hb Januari.

Negeri-negeri yang terlibat:



Jumaat, 15 Januari, kerajaan announce, Kelantan pulak masuk PKP.


Semalam, Sabtu, 16 Januari, mencatatkan jumlah positif yang paling tinggi.


Semoga Allah lindungi kami sekeluarga, bonda, dan adik beradik dari musibah ini.

Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami.



Spread the love

yours truly,

Sunday, January 3, 2021

Today I cooked Thai Chicken Rice or Khao Mun Gai

Salam,

Harinie mencuba resepi baharu, masak nasi ayam cara thai. Cara dia sama je dengan nasi ayam hainan, yang beza pada sos cili dia. Kemudian, ini kali pertama saya rebus ayam tambah pangkal daun bawang. Biasa letak halia sahaja. Bila ada pangkal daun bawang nie, bertambah sedap dan wangi jadinya.



Sey ikut resepi Marion.

Untuk buat sos thai tu, kena ada akar daun ketumbar, seulas bawang putih, sedikit halia, 1 sb taucu, cili padi dalam 4 biji, kicap pekat, kicap biasa, cuka dan gula. Memang sedap.



Spread the love

yours truly,

Saturday, January 2, 2021

Gardening Part X

Salam,

Lepas lunch tadi, sey berkebun kejap kasi keluar peluh. Isnin dah mula keje, kite selesaikan keje2 di rumah dahulu. Pokok2 nie sey baja setiap minggu. Banyak pokok dah kena diganti, maka sey semai benih baharu. A new addition, pokok selasih ungu (purple basil) nie sey dah tanam sebulan lebih, asal beli anak pokok, dipecah tiga pasu. Tapi yang jadi 1 pasu je.


Selasih ungu, belum ungu sepenuhnya.

Bayam nie rasa batch terakhir nie. Dah takde anak pokok baharu.

Sawi pun dah taknak keluar daun baharu. Ada 3 pokok je yang jadi, sey gunting2 daunnya ambil utk masak mee.

Daun sup dalam proses pemulihan. Lama dia nak keluar pucuk baharu. Baru2 nie je nampak pucuk baharu yang galak.


Daun kunyit sey besar2. Dah jarang masak sekarang nie. Masa awal PKP tahun lepas, sebab susah dapat daun kunyitlah menyebabkan sey jadi petani kota chewah. Dapat pulak ubi kunyit yang bagus. Serai belakang tu sey belum guna lagi.

Pokok halia nie memang cepat membiak.


Ubi halia yang banyak.

Semaian baharu.


Halia muda.



Spread the love

yours truly,