Yours truly,

Me Academia

Sunday, December 29, 2019

Masak hari ini: Ginger beef kuay teow

Salam,

Harinie kita masak ginger beef kuay teow. Ini kali kedua masak masakan ini. Ginger beef kuay teow nie kegemaran my other half. Kalau ke Papparich, ini yang dia selalu order. So, mana yang jadi favourite orang dalam rumah nie kita cubalah masak. Mana tau lagi sedap ke...kikikiki.... tapi ada yg jadi lebih sedap macam Pad kra pao, skrang nie kalau pergi makan kat Black Canyon rasa macam kurang kick pulak.

Oklah, resepi kuay teow nie kita ambil dari sini, ada video kat situ boleh tengok. Senang aje nak buatnya. Takde penderhakaan resepi sangat, cuma tambah sawi (kena ada hijau dalam masakan) dan fish cake je. First time buat kelmarin letak tauge, macam tak kena je. So kali ini no tauge.

Senang aje, sila lah buat ye.







Harinie masak sambil melatih yaya. Dah nak dekat sebulan habis SPM, belum buat apa-apa lagi. Tahun baru nantilah kita rancang untuk dia.



Spread the love

yours truly,

Terima kasih atas pengalaman itu


Salam,

Jumaat lepas, 27 Disember 2019, secara tidak rasminya tamatlah tugas saya sebagai ketua program. Rasminya akan tamat pada 31 Disember 2019. Oleh kerana 30 dan 31hb bercuti maka saya sign-off pada 27 Disember. Ofis dah habis kemas, tunggu akak cleaner bersihkan untuk successor saya nanti. Kepada successor saya, selamat bertugas dan menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Terimalah tanggungjawab ini dengan hati yang terbuka. InshaAllah, Allah akan mudahkan urusan.

Tuesday, December 24, 2019

Pra Tahun Baharu 2020 - Post Keazaman

Hari ini aku menanam hasrat untuk mula menulis blog semula mulai tahun 2020.

Salam,

haaa... kita mulakan dengan tanam hasrat dulu. Hajat besar nie, semoga terlaksana lah hajat ini, inshaAllah. Sementelah aku tidak lagi memang post, dok terbayang eh silap, dok merancang untuk mengisi masa yang kononnya akan lapang nanti. Aku rasa, aku foresee lah, my sifu juga ada bagitau, mula-mula you akan rasa macam tak tau nak buat ape. Yelah, dekat 5 tahun jadual telah diatur secara langsung atau tidak langsung dengan tugas-tugas pentadbiran. Setiap hari, ada aje benda nak buat. Bukan lah maksud aku bila tak pegang post nie tak de benda nak buat, eh giler, KPI nak kena capai setiap tahu jugak (bila sebut KPI automatic bulu roma tegak). Maksud aku commitment setiap hari sebagai ketua program tu telah diatur seminggu lebih awal, ada tu dari awal tahun dah atur...hahahaha... so bila bangun pagi, bukak kalendar dah tau apa nak kena buat harinie. In a way ia memudah kau melalui hari-hari yang mendatang.

OK harinie aku tak nak citer lagi pasal pengalaman kerja-kerja pentadbiran nie. Ada berhajat untuk merekodkan sebahagiannya di sini. Manalah tau coretan aku nie dapat membantu sesiapa yang sedang berada di position yang aku pernah berada dulu (perasan). Paling tidak untuk aku bila dah tua nanti baca apa yang aku melalut sekarang nie (kenapa aku rasa ayat nie baca back to the future).

OK lah... da dulu... kena simpan sikit idea untuk esok dan esok nya...hahahaha



Spread the love

yours truly,