Yours truly,

Me Academia

Thursday, May 19, 2011

Dengan tertumpahnya serbuk kopi itu...

Dalam sehari, berapa kali anda minum kopi? Kalau saya, satu hari tak pekena secawan kopi pasti terasa hari tidak lengkap. Sudah menjadi kebiasaan, satu uncang kopi O segera jenama Aik Cheong akan aku rendam di dalam mug untuk minum petang. Kadang-kadang aku bancuh nescafe O sahaja. Sudah ada kopi, ada pula nescafe ya. Ini sudah pasti, kerana atang tak minum kopi lain selain nescafe, kira peminat tegar nescafe la mamat tu.

OK, cerita kali ini bukan pasal air kopi, mahupun resepi berasaskan kopi. Asal usul kopi pun jauh sekali (google aje kalau nak tahu info pasal kopi kan). Cerita ini ada kaitan dengan penggunaan kopi untuk perubatan. Wah, macam ahli saintis atau doktor pulak aku nie.....

Saturday, May 7, 2011

sakit penghapus dosa kecil

Bertapa Allah sangat sayangkan kita, sakit sikit aje inshaAllah dosa kecil kita akan diampunkan. Cuba korang bayangkan kalau kita bergaduh kecil dengan kawan, haaa...tak bertegur sapa berhari-hari. Sedangkan yang mencipta kita, yang menjadikan alam dan isinya, yang mencipta langit, matahari, bulan, bintang dan cakerawala dan benda-benda yang tidak dapat kita imaginasi di luar sana, Dia juga maha penyayang dan mengasihani, maha pengampun. Sakit penghapus dosa kecil, inshaAllah. Selagi tidak melakukan dosa yang besar, yang mana taubat sahaja yang mungkin boleh menghapuskannya. InshaAllah. Hanya Allah sahaja yang tahu.

Friday, May 6, 2011

It's mom day everyone

Happy Mother's Day to all mothers out there.

Pagi tadi dalam perjalanan ke ofis, seperti biasa radio IKIM diputarkan. Memang semenjak pulang dari negara kangaroo nie siaran radio itulah yang selalu aku dengarkan. Dulu radio seperti hitz dan era sering aku dengar, sekarang nie agak jarang aku mendengarkannya. Bukan, this is not a sign of aging, cuma lebih suka mendengar tazkirah dan kata-kata motivasi terutama di awal pagi. Kadang-kadang sangat menyentuh perasaan, lalu senang aje mata ini mengalirkan air mata. Sampai aje ofis, cepat-cepat aku kesat airmata, malu kalau ada yang nampak...hahahhahah... sebab tu pagi-pagi buta aku memakai sunnies (dan sunnies itu pun telah menghembuskan nafas yang terakhir semalam). Matahari baru nak naik seperempat pun aku dah pakai sunnies, ye, sebab ada rahsia di sebaliknya. OK sekarang bukan rahsia lagi kan.

Wednesday, May 4, 2011

setiap yang berlaku, walau sebesar zarah pun, adalah satu nikmat

Seringkali kita mensyukuri perkara yang besar, seperti kenaikan pangkat, peningkatan gaji, harta dan aset bertambah, keuntungan besar, berjaya dalam peperiksaan dan sebagainya. Apabila sesuatu perkara itu berlaku seperti yang kita kehendaki, timbul perasaan kesyukuran itu. Tapi bagaimana pula dengan perkara yang timbul membawa kesukaran, seperti sakit, gagal dalam peperiksaan, tugasan yang tertangguh, perkara berlaku diluar kawalan. Sudah pasti perasaan negatif yang akan tiba; sedih, tidak bersemangat lagi, dan macam-macam perasaan yang merendahkan self-esteem seseorang. Seharusnya kita pandang setiap perkara yang negatif itu dari pandangan yang positif. Eh macammana tu? Bagaimana sesuatu yang negatif itu ada positifnya? Pasti ada....