Yours truly,

Me Academia

Showing posts with label Raya. Show all posts
Showing posts with label Raya. Show all posts

Monday, May 25, 2020

MCO Day 69: 2 Syawal Refleksi diri

Salam,

Bangun pagi tadi macam rasa pelik aje. Terkebil-kebil mata, tak percaya eh nie baru raya kedua.

Sungguh, raya tahun ini terasa kelainnannya.

Selepas solat subuh, baring sebentar sambil baca novel. Lepas tu mata pun makin berat, lalu terlelap. Sedar-sedar dah pukul 8.30. Tengok cahaya dari luar dah terang, eh matahari dah naik tinggi, nampak panas harinie, sesuai untuk basuh baju. Lalu sey bangun dan mula membasuh baju.

Terfikir lagi....

Raya kedua sebelum ini sibuk bersiap untuk balik kampung sebelah sey pula. Kecoh-kecoh di dapur menyiapkan sarapan. Anak-anak riuh bersiap, gelak ketawa. Masing-masing dengan pakaian raya hari kedua. 

Kali ini, tiada lagi riuh rendah di pagi raya kedua. Tiada busana untuk raya kedua juga. Itu pun mujur sey nak carik juga baju untuk raya pertama. Kalau tidak pakai sahaja yang lama. Tapi tidak adil untuk miss t, kerana baju tahun lepas tak muat dah, dah makin meninggi miss t. Tahun ini satu pasang sahaja baju raya, kecuali miss y. My other half, tiada baju raya. Sejarah baharu tercipta.

Selepas selesai membasuh pakaian, sey masuk dapur, kemas-kemas. Kejut anak-anak, bagi chance lah bangun lambat sebab sudah 2 3 hari bekerja keras. Harinie tak masak sebab semalam miss t request for McDs. Elok bona lah tu, sey pun nak makan Samurai burger dia, sementara promo masih ada. Nanti melepas pulak. McD nie pun bukan tiap-tiap tahun keluarkan Samurai burger nie. Bila dah siap keje kat dapur, sey masuk ofis pulak. Ye masuk ofis, sebab ada submission. Waduh...yang ini memang terasa macam dulu semasa belajar kat BNE. Kau raya 1 hari je, takde istilah raya kedua, ketiga dan seterusnya. Pada raya kedua kawan-kawan kat Malaysia masih sibuk beraya, ziarah sana sini, kau duduk kat depan laptop siapkan tesis, sambil makan biskut raya buatan sendiri, itupun kalau ada. 

Tapi bila tiba hujung minggu, Jumaat malam, dah mula rumah terbuka. Sebenarnya sambutan raya kat luar negara lagi meriah dari kat Malaysia. Kat sana berebut-rebut orang nak buat rumah terbuka. Ada tu memang tiap-tiap tahun buat rumah terbuka. Biasanya 3 4 keluarga share buat rumah terbuka. Dalam 1 hari tu boleh ada 4 5 buah rumah terbuka. Mana yang bujang tu mungkin dapat pergi lebih. Kami yang 3 4 buah nie pun tak larat dah. Rumah terbuka dibuat sampai habis Syawal, ada yang tak sempat tu lanjut ke selepas Syawal juga. MashaAllah, kalau diingat balik, seronok betul masa tu. Sey pun sempat buat rumah terbuka 2 kali sepanjang di sana. Sekali pada tahun pertama kat sana. Masa tu tengah pregnant kan miss t, asal buat tu nak ikram kawan-kawan yang menyambut kami masa kami mula-mula sampai ke BNE. Kali kedua buat semasa tahun akhir kami kat sana. Masa nie share dengan sahabat baik buat rumah terbuka. Rasa berkongsi 5 keluarga juga tu, semua nie nak balik Malaysia dah. Kiranya last kami menjamu kawan-kawan di BNE lah pada tahun tu.

Those were the days....

Tahun nie tiada rumah terbuka.

Sey membuat refleksi. Kalau kite pandang yang tak baik pada musim Covid19 dan PKP nie, kita akan dapat yang tak baik aje. Sebenarnya banyak benda yang baik berlaku ketika ini. Tengok pada bulan Ramadhan sahaja. Kalau sebelum ini kelam kabut balik kerja menyediakan juadah berbuka, sama ada beli ada masak sendiri, sekarang nie dengan tenang aje boleh siapkan, dengan bantuan anak-anak. Boleh minta anak-anak prep bahan, lepas asar boleh mula masak. Kalau dulu anak-anak pun sibuk dengan sekolah dan kerja sekolah, kita pun tak nak suruh buat macam-macam.

Tiada buffer Ramadhan. Kalau sebelum nie sey memang sangat terkesan dengan pembaziran daripada buffet Ramadhan. Setiap hari bertan-tan. Google aje "pembaziran buffet Ramadhan" akan jumpa lah berpuluh-puluh bahan tentang pembaziran tersebut. Katanya 50% pembaziran makanan adalah daripada buffet Ramadhan. Kedua penyumbang pembaziran adalah bazaar Ramadhan sendiri. Pada tahun ini, tiada lagi report tentang pembaziran makanan. Mungkin ada, tapi amaun yang sedikit. 

Satu lagi sejarah tercipta.

Tahun ini juga, dapat berjemaah solat tarawih berimamkan my other half. Bukan solat tarawih aje, solat fardhu pun dapat. Kalau difikir-fikir balik, sebelum nie kadang-kadang solat pun dilengahkan, atau tergesa-gesa solat, sebab kadang-kadang meeting berderet, terkejar-kejar solat. Musim PKP nie, boleh solat dengan tenang, awal waktu, dan berjemaah lagi. Dapat mengaji setiap kali selepas subuh. Sebelum nie kadang ter miss ngaji sebab ada urusan pagi, dan perlu ke pejabat awal. Pendek kata kalau dulu alasan kerja diguna untuk culas beribadah, kali ini kalau tak ambil peluang yang Allah berikan tak tau lah. Kalau masih culas maksudnya bukan sebab awak tu sibuk, tapi sahaja tak nak buat. Nie sey reflect pada diri sendiri.

Kalau kita duduk dan fikirkan, dalam keadaan tenang, banyak kebaikan yang kita dapat semasa PKP ini. Selain dari penjimatan duit, yelah sebab tidak bergerak ke tempat kerja, masak sendiri dari banyak makan di luar sebelum ini, kurang berpeleseran, kurang entertainment di luar, kurang masa buat benda-benda lagho nie, kita akan rasa rugi kalau kita biarkan masa berlalu begitu sahaja. Jadi, setiap kali ada ujian, kita fikirkan yang baik-baik. Ye memang adakalanya kita rasa tak puashati, geram, marah, tapi lets not let the negative thing influence your mind more. Setiap musibah atau ujian itu dari Allah, Allah tidak datangkan ujian kepada kamu jika Dia rasa kamu tidak boleh menghadapinya. Allah maha pengasih, Allah maha penyayang. 

OK sudah habis dengan cerita 2 Syawal. Bab kata my other half, tahun ini kita betul-betul ikut sunnah. Sebab Nabi sambut raya Aidil Fitri pun 1 hari aje. Raya Qurban sahaja sambut 3 hari. 

Yang pasti sey rasa, Ramadhan kali ini sangat singkat. Sungguh apa orang kata, bila kita betul-betul menghayati sesuatu perkara, kita tidak sedar akan kehadirannya, tapi bila ia hilang kita akan rasa akan kehilangannya. Semoga bertemu lagi Ramadhan pada tahun hadapan.


Spread the love

yours truly,

MCO Day 68: 1 Syawal Sambutan Hari Raya Lain dari Yang Lain

Salam,

Harinie 1 Syawal 1441H. Sambutan Hari Raya Aidil Fitri yang sangat berbeza, tidak sama, lain dari yang lain pada tahun ini. Harinie beberapa sejarah tercipta.

Pagi Syawal selepas Subuh, sey turun ke dapur nak siapkan juadah tambahan raya iaitu kuah lodeh. Ketupat instant dah rebus malam tadi. Rendang dan lemang yang ditempah dah dapat semalam juga. Sebelum tido malam tadi, dah prep bahan-bahan untuk masak kuah lodeh nie. Jadi selepas subuh perlu dimasak sahaja. Teringat sebelum ini, selepas subuh turun ke dapur di rumah bonda untuk menyiapkan sarapan pagi sebelum ke surau menunaikan solat sunat. My sis pula akan menyiapkan tambahan juadah raya; kadang-kadang soto, kadang-kadang lontong, kadang-kadang laksa. Biasanya memang lauk berkuah. Semenjak my sis berkahwin, ada tambahan juadah raya selain pulut kuning dan rendang yang bonda buat. Sebab my BIL orang Johor, kenalah ada juadah style Johor nie.

Tapi pagi tadi sey siapkan kuah lodeh, kemudian kejut anak-anak untuk mandi dan siapkan sarapan. Dah selesai sey pun siap untuk solat sunat Aidil Fitri. Satu lagi sejarah tercipta, di mana solat sunat dibuat di rumah, diimamkan oleh my other half. Kemudian khutbah dibaca. Masa tu terasa sangat kelainannya, rasa macam kerdil aje diri ini. Terasa kerdil diri ini di sisi Allah. Ya Allah kau beri ujian dengan menghantar virus sahaja, satu dunia turned upside down, yang rutin bukan rutin lagi, yang normal bukan normal lagi. 

Selepas bersalam raya, kami bersarapan pagi. Tiada kecoh-kecoh dimeja makan, sebab kami berempat sahaja. Masing-masing telah bersiap berpakaian raya. Kemudian kami pose untuk bergambar. Rancang untuk imitate gambar raya kami di Brisbane pada tahun 2010. Raya terakhir kami sebagai perantau. Rupanya bukan yang terakhir. Pada tahun 2020, kami beraya di rumah sendiri, bukan di rumah bonda, mahupun ditempat lain. Jadi dah rancang dengan anak-anak, sebagai kenangan, kite tiru gambar raya last di BNE. Banyak kali take untuk dapatkan gambar yang baik. Set phone camera on timer 10 saat. Dah tangkap check OK ke tak, tak OK ambil semula. Ntah berapa kali ntah ambil semula tu, bayangkan kalau pakai kamera lama, pakai filem, dah nak habis 1 kotak filem agaknye.  


Dan akhirnya, ini lah gambar terbaik yang kami berjaya ambil. Tak sama dengan yang atas, sebab anak-anak dah besar, dah tinggi-tinggi, jadi kena atur berderet seperti gambar di bawah nie. Kalau berkumpul di rumah bonda, boleh lah harapkan anak buah untuk ambil gambar kami. Jadi satu lagi sejarah tercipta, walaupun dulu pernah berlaku, tapi dulu pakai tripod, jadi senang nak setting. Ini sendal aje telefon dengan mangkuk atau tupperware...hahahahaha... OK lah... satu kenangan manis.


Pose signature kami berwefie kena ada juga.


Selepas dah puas berposing, kami bertolak ke Seremban. Beraya di rumah peninggalan ibubapa my other half, yang kini diwarisi oleh anak-anaknya. Yang tinggal di situ adalah dua adik bongsu my other half. Seorang sudah berkahwin seorang lagi bakal berkahwin tak lama lagi. Tu tengah serabut memikirkan majlis, tak lama aje lagi, bulan 8 nie. Harap episod Covid19 nie dah berakhirlah masa tu.

Kemudian, kami bertolak ke kampung my other half, tak jauh, bersempadan Nilai aje. Akhirnya, semua ke rumah sey untuk beraya. Alhamdulillah, dapatlah ziarah menziarahi walau 2 rumah sahaja. Satu lagi sejarah tercipta. Kali ini tak dapat menziarah pakcik dan makcik my other half yang ada di sekitar KL dan Shah Alam. Biasanya memang raya pertama kami pusing beraya sebelah my other half. Raya kedua baharu pusing saudara mara sebelah sey.

Sambutan raya kali ini pun singkat. Jam 6 petang semua dah selesai. Lauk pauk mana yang masih bersisa sedikit disimpan ke dalam fridge. Jam 9 malam dapur dah tutup, sey pun rasa penat semacam. Jam 11 malam sey dah tido. Satu lagi sejarah tercipta, selalunya jam 1 pagi baru tido, sebab malam tunggu giliran menggosok baju untuk raya ke 2 pulak. 

Sejarah baharu tercipta.

Spread the love 

yours truly,

Sunday, May 24, 2020

MCO Day 67: 30 Ramadhan

Salam,

Malam 1 Syawal 1441H. Sayu je rasa bila dengar my other half takbir tadi. Teringat kenangan lalu di perantauan. Touching touching sey. Lain rasa kali nie. Tahun nie takde rutin ke pasar selepas subuh. Takde riuh rendah kat dapur dengan my sis dan bonda membuat persiapan raya. Membuat persiapan ala kadar sahaja di rumah bersama anak-anak kali ini. Takpelah tahun ini sahaja. Apa ada hal, dulu kan pernah macam nie.

So tak mau sedih-sedih. Esok dah raya, moh lah bersiap .

Selamat Hari Raya kami ucapkan kepada semua. Mohon maaf zahir dan batin. Raya musim covid19, kita jaga kita.




Spread the love

yours truly,