Yours truly,

Me Academia

Monday, April 13, 2020

MCO Day 27: Getting the hang of it

Salam,

Harinie update via mobile lagi. Laptop sey kena hijack pulak malam nie. Guru tuisyen miss t tengah test handle tuisyen via skype. Time nak test lah nak update skype. Lame dah sey tak guna skype nie. Last guna dengan my supervisor. Perrghhh dah 9 tahun tu. Mujur lah cepat update dan install. Kalau OK cikgu dia akan teruskan tuisyen via skype nie. Dah sebulan kot budak-budak nie cuti. Dah lah tahun periksa.

So harinie macam biasa 1st day of the week kite atur kerja untuk minggu nie. Rasa minggu nie akan banyak membaca. Esok hari ke 28 MCO, maka nak masuk 4 minggu MCO, hampir sebulan. I am getting the hang of it. Dah boleh atur rutin dengan baik. The best thing is dapat buat yoga sebelum mula kerja. Kalau recall balik the first 2 weeks tu agak kelam kabut juga; mana nak digest concept MCO, nak atur work routine home routine, risau dengan Covid19 itself, risau dengan supply barang dapur, meals etc. Masuk minggu 3 dah nampak pattern, dah boleh adjust, dah boleh delegate tasks with family members. Pretty much I adjusted to the MCO pretty well. Nie extend lagi 2 minggu, takut dah selesa sangat WFH dah malas nak pergi kerja. Or worst nak kena adjust balik dengan rutin pergi kerja.... hahahaha...

Anyway, harinie masak simple je. Kuah lodeh semalam ada sikit lagi, sey tambah kobis sikit kemudian goreng ikan masak belado. Pisang overripe pulak ada 4 biji. Miss t nie kalau pisang dah mula brusing sikit, naik freckles dia cakap, dia tak nak dah makan. Asyik buat cekodok pisang je, meh sey jadikan kek. Nie sey minta miss y buatkan, sey supervise je.


Resepi kek pisang nie sey dapat masa kat brisbane dulu. Selalu juga buat sebab sana pisang sesikat tu bny, dan cepat bruising juga. So selalulah buat kek pisang, jadi snack box miss y.

Sey jumpa gambar nie kat FB page orang. Ce tengok betul-betul. Kreatif kan. Cuma title tu mungkin ada yg mock-up.

OK lah... daaa...

Spread the love

yours truly,

No comments:

Post a Comment

what say you?