Yours truly,

Me Academia

Thursday, April 23, 2020

MCO Day 37: Hari memantai, esok puaso weiii

Salam,

Hari Khamis nie, I woke up with a mission. Rasa macam tak adil pulak untuk miss y dan miss t kalau takde baju raya tahun nie. Lepas tu teringat She Qeen, haaa baru teringat yang kedai nie ada online jugak. Dah biasa beli kat kedai nie, dah tau size, dan selesa. Beli aje lah kat sini. OK baju raya Alhamdulillah settle. Akan dipos hari Isnin depan. Harap sempat lah sampai sebelum raye.

Kemudian, otak ligat pulak carik bahan baking. Masuk lazada balik, carik bahan-bahan. OK settle.

Lepas tu nampak pulak orang jual lemang dan rendang kat FB, order lah 2 batang lemang dan rendang. Biasa sehari sebelum Ramadan kito memantai, tapi tak dapek balik umah bonda, nak masak sorang-sorang maleh. Boli yo lah....Settle tadi makan lemang dan rendang.



Ado orang memantai, ok lah. Dah terbiaso kadang nak buek gak. Kalau kat kampung tu boleh lah masak ramai-ramai. Bukan kumpul ramai-ramai. Sapo yg ado kek umah tu masak samo-samo. Masak untuk juadah sahur sekali. Masa kan tak buek kalau boleh kan, orang kek berito harian pun faham haaa...  new norm ko tak, adat nie dah terbiaso, nak move on buek apo, tahun nie yo kono  mantai sendiri, esok-esok bilo semuo dah ok, kita mantai balik, macam kartunis Gayour koba nie.

Tadi tunggu dopan TV, nak donga announcement puaso, lepas tu tunggu PM berucap. Sekali PM bagitau PKP extend lai ko 12 Mei, adoiyaaaiiii masuk PKP fasa ompek dah nie.


Den nak simpan kat sini:

PKP Fasa 1: 18 Mac hingga 24 Mac
PKP Fasa 2: 25 Mac hingga 14 April
PKP Fasa 3: 15 April hingga 28 April
PKP Fasa 4: 29 April hingga 12 Mei

Ahlan wasahlan ya Ramadhan. Selamat menunaikan ibadah puasa.
Ramadhan kareem 1441H.


Spread the love

yours truly,

No comments:

Post a Comment

what say you?