Yours truly,

Me Academia

Thursday, March 24, 2011

tamat la sudah riwayatnye...

baru sahaja kelmarin aku ternampak kelibatnya melangkah dengan teratur dan tenang di tepi parkir sewaktu aku dalam perjalanan ke pasar malam. melihat keadaannya yang agak lesu dan perutnya sedikit memboyot yang aku pasti isinya bukan disebabkan makanan yang lumayan, tetapi kerana diisi bakal warisnya, terdetik dalam hatiku, ke mana tujunya dan sudahkah perutnya diisi. tetapi pertanyaan itu berlalu begitu sahaja, lantaran mobil ku meninggalkan kawasan parkir tersebut.



pulangnya aku dari kerja hari ini, selepas radio dan penghawa dingin dimatikan, pantas jariku menekan nombor handset sang suami untuk bertanyakan keadaan anak-anak. ketika berbual, ku pandang ke hadapan, lantas perbualan ku terganggu. satu pandangan yang menimbulkan keraguan berlaku dihadapanku. segera ku end call dan matikan enjin kereta. ku kemudian membuka pintu mobil, mencapai knapsack dan beg tanganku, segera keluar dari mobil, dan terenjit-enjit mendekati dia yang telah menggugat perbualan ku sebentar tadi.

ya Allah... betul ke apa yang ku sangka nie. tapi nampaknya seakan dia sedang tidur. tapi kenapa matanya tidak tertutup rapat, dan kenapa ku lihat seperti kaku. mata ku pantas menjelajahi seluruh tubuhnya mengamati pergerakan naik dan turun badannya. ternyata apa yang ku ragui ternyata benar. ku cuba memanggilnya, tapi tiada sahutan balas keluar dari mulutnya. untuk cuba mendekati tubuh yang ku pasti kaku itu aku tidak berani. kerna aku ada sedikit perasaan fobia mendekati tubuh yang tidak lagi bernyawa, kesan dari pengalamanku menjadi saksi saat kematian mendatangi 'teman' baik ku suatu ketika dulu.

dari jauh, ku cuba mencari alasan kenapa dia tidak bernafas lagi. tiada kesan darah kelihatan pada mulut atau hidungnya, pastinya bukan keracunan makanan. aku perasan kedudukan kaki belakangnya agak pelik sedikit. mungkin kakinya digilis dengan tidak sengaja. atau mungkin dah memang ajalnya, lantas ku teringat muka lesunya dua hari yang lalu.

dengan perasaan sedih dan hampa, aku melangkah meninggalkan sekujur tubuh yang kini terdampar kaku di parkir di kawasan rumah ku. harapan ku semoga dia dikebumikan dengan sempurna oleh yang berkenaan. kerana walaupun dia seekor kucing, dia juga makhluk Allah.


Until next time, think positive and stay positive, inshaAllah everything will be OK

yours truly,

3 comments:

Mira said...

awat tak tolong letak kat tepi .... last few days, masa kat lampu trafik, ada sorang kakak tu tetiba berentikan kereta dia and meluru keluar ... macam pelik jugak sebab dalam banyak kenderaan tu dia bleh selamba keluar ... rupanya dia ambil surat khabar ... and depan kereta dia ada kucing mati ... mungkin digilis kereta jugak ... dengan surat khabar, dia ambil kucing tu ... tatau apa jadi seterusnya sebab lampu merah dah bertukar hijau ... kang berenti lelama orang marah plak ... :)

fazid said...

wa tak berani .... ada fobia...nanti tak boleh tido malam berhari2

Atashi In Hiroshima said...

huhuhu....

Post a Comment

what say you?