Yours truly,

Me Academia

Saturday, May 7, 2011

sakit penghapus dosa kecil

Bertapa Allah sangat sayangkan kita, sakit sikit aje inshaAllah dosa kecil kita akan diampunkan. Cuba korang bayangkan kalau kita bergaduh kecil dengan kawan, haaa...tak bertegur sapa berhari-hari. Sedangkan yang mencipta kita, yang menjadikan alam dan isinya, yang mencipta langit, matahari, bulan, bintang dan cakerawala dan benda-benda yang tidak dapat kita imaginasi di luar sana, Dia juga maha penyayang dan mengasihani, maha pengampun. Sakit penghapus dosa kecil, inshaAllah. Selagi tidak melakukan dosa yang besar, yang mana taubat sahaja yang mungkin boleh menghapuskannya. InshaAllah. Hanya Allah sahaja yang tahu.

Dah...apa pula yang nak aku ceritakan yang ada kaitan dengan sakit dan dosa ini. Bunyi macam berat dan berilmiah aje kan.Takda laa. Cuma hari Khamis yang lalu, suatu kemalangan kecil berlaku ke atas diri aku nie. Masih jelas dalam ingatan aku kejadian itu, walaupun impak dari kejadian itu buatkan aku hilang ingatan sebentar, tapi ingatan aku terhadap peristiwa itu masih jelas kerana sakitnya masih terasa hingga hari ini, nak-nak kejadian itu meninggalkan parut di muka.

Perghhh bunyi macam kemalangan besar aje kan. hahahhahah...aku nak cerita kat sini pun segan. mana taknya, anak sendiri pun ketawa bila melihat kejadian itu, satu-satunya saksi ketika itu (fuh nasib baik). Nak dijadikan cerita, dah memang tersurat untuk aku haritu, aku bertemu dinding aka tembok haritu. Tula jalan tak tengok depan, alih-alih bila nak pusing kepala, perkara pertama yang aku ingat, aku dengar bunyi perlanggaran yang amat dasyat sekali, diikuti bunyi plastik yang pecah, kemudian aku seakan-akan nampak bintang (tanda mata aku berpinar-pinar), telinga aku berdengung, hidung aku seperti dimasukki air, dan aku seperti orang dikejutkan dari tidur. Saat itu juga aku menangkap bunyi orang sedang ketawa tapi pendek (yaya la tu). Tapi bila aku tanya pada yaya, "Eh...kenapa nie kak". Yaya terdiam, mungkin dia terkejut kenapa aku mengeluarkan soalan macam tu. Mungkin juga dia terkejut melihat aku bungkam selepas itu. Serius, aku pun berada di bawah sedar ketika itu. Tak lama lepas tu aku pun meraba muka aku, dan baru aku sedar yang sunnies kesayangan aku telah selamat, gone, total wreak, kalau accident kereta tu kira total lost la. Beberapa saat lepas tu baru aku rasa kesakitan di bahagian tepi mata kiri dan tepi hidung, hasil hentakan sunnies itu ke bahagian-bahagian tersebut.

Aku percaya, kalau lah aku melihat kejadian itu, pasti aku melihat aku seperti sorang yang buntu, terpinga-pinga apa yang telah berlaku. Bila ingatan aku semakin pulih, aku terus cuba mengingat kembali, kesilapan yang telah aku buat pagi itu (kejadian berlaku waktu tengahari selepas aku menjemput yaya dari sekolah). Ya Allah, apa yang telah aku buat harinie sehingga aku menerima peringatan dariMu sebegini. Kadang-kadang kita tak perasan kita telah membuat dosa kecil. Tak balas senyum orang ke, marah anak tak tentu pasal ke, meninggi suara pada suami ke, cut q orang ke, mengumpat ke, lengah-lengahkan waktu solat.  Nauzubillah min zalik. Lama juga la aku berdiri mengadap tiang yang telah menyedarkan aku itu, head collision baik punya. Sunnies kesayangku berderai, walaupun sedikit terkilan juga sebab dah lebih 4 tahun menemani aku, tapi tak boleh lawan rasa keliru aku dengan kejadian itu. Allah maha mengetahui.

Aku cuma memohon, sakit yang datang bersamanya dapat menghapuskan dosa-dosa kecil, yang kadang-kadang kita tak sedar.

Nak aje aku meninggalkan tanda ingatan ditiang itu "was here and caused me injury", tapi bila mengenangkan itu adalah vandalisme, ku batalkan hasrat ku ini.

Until next time, think positive and stay positive, inshaAllah everything will be OK

yours truly,

No comments:

Post a Comment

what say you?