Yours truly,

Me Academia

Tuesday, April 7, 2020

MCO Day 21: Sakit kepala

Salam,

Harinie agak busy menyiapkan skeleton buku dan juga menyusun bab. Bangun pagi sakit kepala pulak, lepas subuh dan mengaji telan panadol 2 biji, pastu sambung tido. Sedar-sedar dah jam 9.30 pagi. Allahu Akbar. Tu pun rasa ting tong lagi. Tak boleh jadi, projek buku nak kena siapkan. Mujur harinie my other half nak beli Nasi Kandar Kak Dah. Suka betul dia bila dia tahu kedai nasi kandar favourite dia nie bukak. Alhamdulillah, dapat lah sey rehat sikit harinie.


Konon berangan lah jadi macam gambar bawah nie. Non ado haaaa... tegak ateh kusi mengadap laptop sambil tahan denyut kat kepala. Rasa akibat banyak tengok skrin nie, handphone terutamanya. Blue skrin kat handphone tu lagi dasyat akibatnya daripada skrin komputer tau. Tapi keje kena buat...takpe pelan-pelan naaa.. janji gerak.




Weekend nie berangan nak buat oatmeal cookies lah. Quaker oat kat umah nie dah lame tak bergerak. Sebelum rosak baiklah sey jadikan biskut. Moga cepat habisnya nanti.

Tengok lah jadi ke tak projek cookies nie.

OK, nak tahu sey nie avid searcher on pinterest. Tiap-tiap hari mesti nak cari satu atau dua gambar kat situ. Lately, I came across pins of words. Banyak juga perkataan-perkataan baru, perkataan-perkataan yang sey tak pernah dengar dan baca. Macam harinie, borborygmi...



How to put this word in a sentence ya? Let me google, and these are what I found.

“His borborygmus was so distracting I had to ask him to get something to eat.”

“Suffering from extreme borborygmus she went to her doctor only to discover she was suffering from an intestinal blockage."

Borborygmus is the plural for borborygmi. I found the word is used many in medical sentences.

Dah 21 hari PKP, bermaksud sudah 3 minggu work from home. 10hb nie PM akan announce sama ada tamat ataupun tidak PKP nie. Huh risaunya. Semoga Allah mudahkan urusan kami. Semoga kami dilindungi daripada wabak nie. Aamiin.



Spread the love

yours truly,

Monday, April 6, 2020

MCO Day 20: Work from home vs Home Schooling

Salam,

Today is Monday. Pagi-pagi dapat email dari ofis bagi reminder untuk kerja. Huhuhu... sey baru nak minum kupi. Lepas tu message masuk berderet-deret, ting ting ting, nie sape pulak kacau nie? Rupenya cikgu-cikgu kelas adik hantar pesanan kerja sekolah, share link itu ini, share bahan-bahan untuk latihan di rumah, bagi arahan kerja-kerja yang perlu disiapkan, latih tubi, video untuk ditonton, dan ujian yang perlu dibuat. Sey pun catatlah apa yang cikgu suruh, dan print mana yang patut.

Perrghhh jadi SU pulak sekarang nie. Cikgu-cikgu nie pun tak kasi chance sey nak monday blues dulu lah.... Uols....pesanan daripada cikgu-cikgu nie lagi seram daripada email dari ofis 👻. Sambil WFH sambil pantau budak busuk nie, tahun nie tahun exam, don't play play.

OK dapur sey bukak harinie, so tengahari masak gulai daging salai dan daging shimeji. Daging shimeji tu untuk yang not brave enough.



Nie lah poster yang Unit Integriti UKM hantar kepada semua staf. Mengingatkan akan tanggungjawab untuk bekerja walaupun di rumah.



Ada orang share gambar atas nie di facebook. Clear and present danger....kikikiki.....siap cakap bini abang yang cantik lagi. Bukan sey punyalah, tak berani minta my other half beli ikan, takut frust nanti...kikikiki....

Spread the love

yours truly,

Sunday, April 5, 2020

MCO Day 19: Today is my birthday

Salam,

Harinie hari istimewa buat sey, sebab harinie hari jadi sey, yang ke 44 tahun. Dah 44 tahun umur sey. Nie nak terbalik2 kan nombor tak beri apa-apa makna, tengok kot ateh, bawah, tepi, depan, belakang, meniarap, tertinggung, memang nampak 44 jugak. Hahahahaha.... apa kisah, it is just a number.

Takde apa-apa plan sangat, nak keluar jalan-jalan pun tak boleh, duduk rumah ontok-ontok yo. Pagi sempat lah treadmill, tak dapat 30 minit pun, asyik dok jawab telefon adik delivery nie carik rumah sey nak deliver roti canai. Dekat 1 jam lah budak tu dok carik rumah, padahal dah share location bagai, hai lah adik nie.... blur kot pagi-pagi dah kena buat delivery...hahahaha... apa-apa pun acib roti canainya sedap. So breakfast harinie roti canai. Sey order juga roti telur untuk miss t dan my other half. Sey order je, my other half yang bayar....kikikiki...

Rot-can for breakfast
Pagi-pagi dah dengar kelantang kelentung kat dapur. Tengok jam kat dinding baru kul 8. Apo mimpi budak-budak nie kemas dapur pagi-pagi nie. Kalau tak kul 9 baru nak bangun masing-masing. Musim cuti PKP nie, bangun pun liat. Selagi omak eh tak turun bawah gerakkan, selagi tu lah masing-masing berkelubung atas katil. Sey pun jerit dari ateh, "Dik, what are  you doing?" "Baca buku", hai lai baca buku kelantang kelentung dapur sey... aaahhh biarkan lah, sey nak panjat treadmill jap.

Bila turun bawah nak breakfast....laaaa diorang buat cake, surprise untuk omak ehhh.... alolololo sweetnya masing-masing......


Peanut butter cake in a mug 

Oleh kerana kenyang makan rot-can, tengahari my other half kata kite makan aje lah apa yang ada dlm fridge, nak order kenyang lagi nanti tak habis. So sey masak nasi dan keluarkan left-over. Senang keje.....

French toast miss y n t way

Malam, miss y n t buat french toast their way. Kenyang.....


Malam semalam pulak, my brother share link nie, yang boleh tengok lagu number 1 masa kite lahir.... So lagu no. 1 nye Disco Lady. Ye lah, 70an kan zaman disco. Tapi Johnnie Taylor nie tak kenal pun sey, lagupun semalam lah first time dengar. Lepas tu link tu boleh pulak suh tengok the no. 1 song on the day my parents conceived...hahahahha...jahat tul orang yang buat nie.... nak tau lagu apa?



..... haaa ini lagunya, Love will keep us together. Familiar lagu nie. Tidak lah ku tahu betul ke tidak, ingat nak tanya bonda tadi. Tapi bila bonda call den terlupa pulak nak tanya....hahahahhaha....
Apa-apa pun kelakar lah jugak, kena pulak love love nie.... patutlah sey anak yang happy ....kuikuikuikui


Walau tak dapat gi mana-mana nak celebrate birthday sey tahun nie, tapi sey bertuah sebab dapat merasa umur 44 tahun, dan my loved ones are with me to celebrate it.

Terima kasih juga kepada my sistah, brother, my in-laws, relatives, friends, my x-students, my current students, yang wish di socmed. I feel warmed and touch.

OK lah....  I have a few more hours to enjoy my birth-day.... Take care, Stay safe, Stay home.


Spread the love

yours truly,

Saturday, April 4, 2020

MCO Day 18: Feeling wonky

Salam,

I woke up today, and went back to sleep immediately after. I have been up late for a few days now, slept at almost 2 am, reading Along came a spider. I wanted to finish it before the weekend ends. And as a result I feel wonky today.

I prepared lunch early today. Sotong goreng kunyit and ikan masak taucu. Ikan masak taucu the least fav dish in my family, but I love it. I love it during my childhood days. Bonda often cooked it. This type of dish susah nak jumpa kat kedai. This time I used Knife's tauchu. Sedap. You only neef to add water. Dah cukup asam garamnye.



OK... I want to go back to the book.

Spread the love

yours truly,

MCO Day 17: Mana pergi duit aku weiii....

Salam,

Apa khabar semua di hari Jumaat penghulu minggu, PKP hari ke 17 nie. Pagi nie awal-awal dah rasa geram dengan LHDN. Terima email berkenaan bayaran balik cukai yang telah dipotong dengan banyaknya, apa sebab diorang potong tu yang menjadi tanda tanya. LHDN nie memang tau, kes haritu pun belum selesai lagi. Dah buat rayuan, tunjuk bukti yang cukai tertunggak pada tahun 2012 sey dah bayar (tahun 2012 tu...habis file lama diorang bukak sebab fail pindah cawangan). Tapi sampai ke harinie tak tau apa citer. Bagitau je nanti akan hantar notis, nie dah masuk sebulan, apa citer! Tetiba dapat email bayaran balik yang cut habis 70% tanpa bukti. Tunjuk lah adjustment korang barulah nak bagitau banyak nie nak kena potong. Memang LHDN nie, dah lah tiap2 bulan tolak PCB. Negara maju macam Australia takde pun buat camtu, hujung tahun kau declare lah income kau, baru tolak cukai. Nie tiap2 bulan dah potong, pastu potong lagi. Dah lah musim PKP nie ofis kau tutup. Tunggu lah habis PKP nie aku datang serang. Geram weiii....bukan sikit dia tolak....huh...berasap-asap jugalah pagi tadi.

Habis mood den harinie. Nak buat keje pun takde selera. Pantang betul den kalau ada masalah tak boleh settle juga harinie. Menduga betul.

Acib den ada cara untuk tenteramkan diri sendiri. Istighfar banyak-banyak. Hantar email tanya LHDN. Kurang-kurangnya ada bukti yang den ada buat pertanyaan. Dah email pun cakap, sebarang pertanyaan ajukan kepada cawangan LHDN berdekatan. Makanya.....

Acib mood den tidak merosakkan plan memasak harinie. Syukur Allah bagi ketenteraman. Sabar fazid, kite settle satu-satu. Ujian nie...sabar-sabar...

Harinie cuba rempah kurma cap O. Sedap lah weii....semua makan menjilat2 jari. Alhamdulillah. Masing-masing mulalah teringat kenangan kat Brisbane, yelah dulu kari dan kurma nie antara menu wajib. Dah paling senang masak kan. Siap bawak rempah Adabi pek besar berbungkus-bungkus. Pastu abah pos lagi rempah ke sana. Siap boleh bagi kawan-kawan lain lagi. Yelah banyak-banyak simpan pun buat apa. Kat Brisbane hanya ada rempah kari Babas aje, Adabi tak bawa masuk pulak.  Rempah kurma langsung takde.




Kalau buat kurma ayam wajib ada telur rebus tu. Kegemaran si adik. Dah takkan nak rebus sebiji je, rebus lah untuk sorang satu. Kang tak perlu berebut. Yelah...kot-kot ada yang teringin pulak bila tengok adik makan telur tu.....hahahah....sekali licin...

Esok Sabtu dan Ahad, den nak rehat, bermalas-malasan aje...tapi kena masak juga....

p.s. Tadi check sama ada layak tak dapat Bantuan Prihatin Nasional tu, kalau ikut syarat dia memang den layaklah untuk M40 tu, tapi bila semak dia cakap "Tak Lulus". Memang hangin aku tadi, LHDN nie dah lah potong cukai terlebih bayar tanpa sebab lepas tu cakap den tak layak BPN pulak. Ko dah kenapa LHDN?! Issshhhh hangin betullah.....


Spread the love

yours truly,

Thursday, April 2, 2020

MCO Day 16: Magnum saved my day

Salam,

Harinie belajar benda baharu, microsoft teams. Ada online class cum discussion, kena pakai microsoft teams. Mudah je nak install dan guna, cuma kena ada network yang ok lah. Dan bila ramai participant pun tak bagus juga, yang lambat join meeting kadang tak lepas masuk. Anyway, banyak benda nak kena belajar untuk persediaan online class nie. Chaiyok chaiyok....

Harinie, tengahari kite order Nandos je. My other half teringat first day jejak kaki di Brisbane, ada sahabat lama ikram kami dengan beli Nandos. The first question we asked him, eh Nandos halal kat sini? Yes. Dia jawab. Masa tu kami 3 beranak, check in dulu kat Explorers Inn, sekarang dah tukar nama ke City Edge. From the hotel we walked to Queens St, around 7 blocks I think. And QUT is at the other end of the street. Dulu jalan kaki ber blok blok pun tak penat. Oh my, what fond memories we had at Brisbane. One day we will go there again, one day InshaAllah.

So, oleh kerana harinie attend meeting via teams, kemudian dok rancang semula teaching plan untuk semester nie, mood masak pun takde, although I have many plan to cook. Takpe, kasi rehat ini hari kite wuder je. Petang goreng popia otak-otak pakcik lazat.



Sekali bukak freezer nampak aiskrim....yeeee my other half had replenish the ice creams. About time lah...dah lah tengah stress nie. Syukur Alhamdulillah. Nikmat mana yang kau dusta kan fazid. Sedap juga magnum white almond nie, tapi manis lah. My all time favourite is Macadamia Salted Caramel, then follow by Almond and Hazelnut luxe. I have tried classic, black, chocolate brownies, and gold. I have never try red velvet, tak sempat nak kejar haritu. Jadi hantu magnum lah.


OK daaa....


Spread the love

yours truly,

Wednesday, April 1, 2020

MCO Day 15: Paras rupe bukan segalanya

Salam,

Harinie bermula PKP Tahap 2. Apa beza Tahap 1 dengan Tahap 2? Bezanya peraturan yang lebih ketat, semua peraturan akan dikuatkuasa, tiada lagi ingatan. Dah ada orang ditahan dan didakwa kerana melanggar PKP, seperti harini seorang juruteknik didenda RM1k kerana ingkar PKP. Jangan main-main guys. They mean it. Kalau tengok video roadblock polis memang macam-macam disoal siasat polis. Kalau ragu-ragu kena uturn, takde kompromi.

Lauk semalam banyak lagi, jadi harinie kena habiskan. Hanya buat lauk tambahan yang diberi tema "Paras rupa bukan segalanya", omelette cendawan dan ikan bilis goreng. Makan panas-panas licin.


Graf kite menunjukkan hasil yang memberansangkan uols. We can do this! Let's flatten the curve. Stay home ok.


p.s. Semalam closing permohonan UPU. Dah lah 2 3 hari sebelum nie miss y cuba masuk sistem tak boleh. Nasib malam tadi sempat check sekali lagi. Semoga cita-cita miss y tercapai aamiin.


Spread the love

yours truly,