Yours truly,

Me Academia

Showing posts with label Brisbane. Show all posts
Showing posts with label Brisbane. Show all posts

Thursday, November 26, 2020

Melancholic mood: Kisah 4 musim di Brisbane

Salam,

Petang nie cuaca mendung, tapi tak hujan, angin nyaman. Teringat musim bunga di Brisbane. Awal-awal musim macam nie lah rasa. Sedikit sejuk, nampak macam nak hujan tapi tak hujan. Di Brisbane, ada hujan tapi biasa berlaku semasa musim panas. Sana kalau hujan tu memang lebat, butir hujannya besar-besar. Tu yang kadang-kadang berlaku hailstorm. Tapi tahun nie hailstorm berlaku bulan Oktober, kira agak awal-juga. Ialah peralihan monsun nie kan. Memang perubahan cuaca lain macam tahun nie. Macam kat sini, dah hujung bulan November, tapi masih kerap hujan. Biasanya waktu macam nie, hujan lebat di Johor. Ye lah, sapalah kita, manusia tiada kuasa, hanya merancang, tapi yang menentukannya Allah.

OK balik ke perasaan melancholy. semasa kat Brisbane, cuaca yang sey paling tak suke adalah winter. Sebab bila sejuk, hidung sey berdarah. Pelikkan, orang badan panas boleh sebab hidung berdarah, sey bila musim sejuk hidung berdarah. Paling teruk semasa mengandungkan miss t, masa tu tengah solat subuh, bila rukuk tu sekali menitis darah dari hidung. Kalau waktu lain, tahun lain, sey selalu hidung berkerak darah. Doktor cakap kapilari sey halus, senang bleed. Scary oiiii....

Second least favourite season, spring. Sebab rupanya sey nie ada allergy dengan spora bunga. Memang masa musim bunga sey akan selesama. Tapi it is common sickness sebenarnya. Tapi untuk sey kan, I was terrible. Lepas tu dia gatal-gatal miang kat kaki. Tapi kan, musim bunga memang cantik. Pokok-pokok dari yang kecil sekecil rumput sampai yang besar-besar berbunga. Pokok jacaranda, pokok semarak api, pokok semarak api kuning, subhanAllah berbunga. Lepas tu berbunga berjemaah pulak tu, mula-mula putih, lepas tu kuning, lepas tu purple, lepas tu merah.... cantik...

Summer, ok lah, cuma tak tahan panas. Bila musim panas nie, carpet kat rumah tu rasa gatal-gatal pulak. Rumah sewa kat sana, kebanyakan carpeted. Elok lah carpet sebab bila winter sejuk oiii...

So musim yang sey paling suka adalah musim luruh atau fall. Dia tenang-tenang aje, tapi cuaca tak menentu, kadang panas, kang tiba-tiba hujan.

OK itulah serba sedikit kenangan 4 musim di Brisbane.


Spread the love

yours truly,

Tuesday, April 14, 2020

MCO Day 28: Cukup 4 minggu sudah

Salam,

Harinie genap 4 minggu Malaysia menjalani (betul ke guna perkataan nie?) Perintah Kawalan Pergerakan atau Movement Control Order. Esok PKP bersambung lagi dan bermula fasa ketiga PKP. Fasa ketiga akan berakhir pada 28 April. Besarlah harapan sey agar ini adalah fasa yang terakhir. Masa tu inshaAllah Ramadan pun sudah bermula. Sey takdo lah kisah sangat kalau Ramadan dah mula pun sebab takdo apa yang kurang. Kalau pasal solat sunat tarawih, rasa semenjak ada miss y nie solat sunat kat rumah je, agak jarang-jarang ke surau sebab tak mau kehadiran miss y ganggu jemaah lain. Walaupun miss y masa kecil, miss t pun, tak banyak karenah, tapi manalah tau kan. Kalau pasal berbuko, dah biasa dah buko masak sendiri, kadang-kadang aja pergi PaRam. Yang mungkin agak terkesan adalah solat sunat Aidil Fitri, yang ini memang tak pernah miss lagi solat berjemaah ramai-ramai. Paling rindu solat raya kat Brisbane, di padang Munro Park, beratapkan langit biru. Dulu, masa sey jadi anak perantau, Hari Raya jatuh pada waktu Spring, awal dan hujung Spring. Masa mula-mula sampai sana 2007, tengah-tengah Spring, sebelum balik Malaysia for good, puasa semasa Winter, raya hujung Winter tak silap. Perrghhh best. Nyaman je.

OK kalau yang nie sey tak kisah sangat, apa yang sey terkilan. Sey nak balik kampung jumpe Bonda lah, dah 4 minggu tak balik weiiii....

Harinie sey masak asam podeh ayam yo. Sey nie masak takdo lah handal, tapi setakat basic-basic nie ok lah. Ini pun sebab kena poi tompek oghang, mano ado kodai makan cam sini, takkan hari-hari nak makan pizza Abra, Nandos St Lucia atau West End atau Queen St, filletOfish Macca, kebab Toowong atau Indooroo, fishNchips George, nasi briyani Miss India, chicken butter rice Queen St, nasi ayam kat West End, pizza Moorooka, fried chicken Fortitude Valley, sandwich Merlo QUT, kuay teow goreng Satay Club, sushi Hanaichi.......

.............................................<pause kejap, terkenang semasa dulu>.........................................

Banyak tempat makan halal kat Brisbane tu, but still, bila ko bayangkan sedolar = 3 ringgit takkan ko laratnye nak makan luar selalu. Masak lah weiii, lagipun tekak melayu, memang carik nasi selalu. Nak-nak oghang nismilan, nak podehnyo, nak masak kuningnyo...hai hai hai....kira sey master cooking skill maso kek brisbane lah....

Ok balik ke pangkal jalan, nie sey berangan nak jadi utuber amik video kejap.


Asam podeh nie den dah masak masa anak dagho lagi. Ado acik kedai runcit nie ha ajar omak sey, dio kato, akak cubolah masak ayam tu asam podeh, asyik masak bersanton yo...haaa memang sodap tul asam podeh ayam.... mokasih lah acik, tak tau lagi acik tu ado lai ko tak, kodai runcit eh dah lamo tutup.


Sekian.....

Spread the love

yours truly,

Thursday, April 2, 2020

MCO Day 16: Magnum saved my day

Salam,

Harinie belajar benda baharu, microsoft teams. Ada online class cum discussion, kena pakai microsoft teams. Mudah je nak install dan guna, cuma kena ada network yang ok lah. Dan bila ramai participant pun tak bagus juga, yang lambat join meeting kadang tak lepas masuk. Anyway, banyak benda nak kena belajar untuk persediaan online class nie. Chaiyok chaiyok....

Harinie, tengahari kite order Nandos je. My other half teringat first day jejak kaki di Brisbane, ada sahabat lama ikram kami dengan beli Nandos. The first question we asked him, eh Nandos halal kat sini? Yes. Dia jawab. Masa tu kami 3 beranak, check in dulu kat Explorers Inn, sekarang dah tukar nama ke City Edge. From the hotel we walked to Queens St, around 7 blocks I think. And QUT is at the other end of the street. Dulu jalan kaki ber blok blok pun tak penat. Oh my, what fond memories we had at Brisbane. One day we will go there again, one day InshaAllah.

So, oleh kerana harinie attend meeting via teams, kemudian dok rancang semula teaching plan untuk semester nie, mood masak pun takde, although I have many plan to cook. Takpe, kasi rehat ini hari kite wuder je. Petang goreng popia otak-otak pakcik lazat.



Sekali bukak freezer nampak aiskrim....yeeee my other half had replenish the ice creams. About time lah...dah lah tengah stress nie. Syukur Alhamdulillah. Nikmat mana yang kau dusta kan fazid. Sedap juga magnum white almond nie, tapi manis lah. My all time favourite is Macadamia Salted Caramel, then follow by Almond and Hazelnut luxe. I have tried classic, black, chocolate brownies, and gold. I have never try red velvet, tak sempat nak kejar haritu. Jadi hantu magnum lah.


OK daaa....


Spread the love

yours truly,

Friday, June 20, 2014

Rindu tu pasti ada, tipulah kalau cakap tak rindu kan.

Uolls!

Kadang-kadang perasaan rindu kat Brisbane tu datang. Kalau Brisbane tu duduk kat seberang aje, besok jugak aku terbang ke sana. Tapi dalam keadaan sekarang nih, pasang angan-angan ajelah dulu. Kalau nak ke sana, tak best kalau nak jalan-jalan melancong aje, itu macam celah gigi aje rasanya. Nak best, duduk situ lama sikit. Make a living, not touring. Haaa barulah terasa macam orang-orang brissie. En. e dah janji bila ekonomi dia dah stabil, dia nak bawak weolls pindah sana. So, uolls tolong doakan ekonomi en. e stabil ye. Amiin....

Kadang-kadang aku beranganlah tengok-tengok rumah for sale kat sana.... hahahaha.... angan mat jenin betul.

Kadang-kadang aku saje-saje guna google maps tengok tempat-tempat yang meninggalkan sejarah weolls kat sana. Tengok 3D lagi uolls! Gila dah makcik nie.

Paling koman pun aku tengok gambar-gambar lama, dan post-post lame kat dalam blog aku.

Tuesday, October 9, 2012

Terkenang

Semenjak dua menjak nih, untuk beberapa minggu, untuk beberapa hari dalam seminggu, untuk beberapa jam dalam sehari, untuk beberapa minit dalam sejam, untuk beberapa saat dalam seminit, aku teringat kehidupan di Brisbane. Banyak kali aku 'menziarahi' rumah sewaan kami di sana di dalam mimpi. Isshhh tanda apa pulak nih. Rindu agaknye. Dan baru hari nie, setelah sekian lame, makan bulan juga nih, baru bukak blog nie, dan tergerak hati untuk membaca catatan kecil aku ketika di sana.

Rindu rasanya.... nak2 sekrang di sana musim bunga.

OK...lets bring back some old memories. What did I wrote on October 9th, 2010, 2009, 2008 and 2007 huh?

2010: Promoting new business"Roti canai only in Brisbane"
2009: No entry on the 9th Oct, but there is an entry each for 8th and 10th
          "Turun naik, pusing pusing, kuar masuk...dan dia menangis di kerusi itu"
          "Semalam tengok Papadom"
2008: It's Eid Mubarak celebration, the eve of raye!
          "Pre-raya inai 20"
2007: No entry for October.

Memories remain!

Until next time, think positive and stay positive, inshaAllah everything will be OK

yours truly,

Wednesday, May 23, 2012

Wordless Wednesday

Not in Selangor. This is a crossroad taken at Rocklea, QLD.




Until next time, think positive and stay positive, inshaAllah everything will be OK

yours truly,

Wednesday, May 16, 2012

Wordless Wednesday #1


I love this idea of Wordless Wednesday. I don't have to write much. Here is an old photo taken in Brisbane (I still miss Brisbane boohoo).



Until next time, think positive and stay positive, inshaAllah everything will be OK

yours truly,