Yours truly,

Me Academia

Showing posts with label yaya. Show all posts
Showing posts with label yaya. Show all posts

Friday, April 10, 2020

MCO Day 24: CheKiah

Salam,

Hari nie Jumaat. Jumaat keempat tanpa solat Jumaat 😢. Allah sedang menduga hamba-hambanya. Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami.

Semalam, seperti yang sey beritahu, sey mencari cara bagaimana nak membeli barang dapur bonda. I have a sense barang basah bonda dah habis, sebab bonda cakap, sardin ngan telur ada tu. Ye lah kite pun dah 3 minggu tak balik. Kena cari jalan nie.

Sey pun mencari lah di facebook, terjumpa la seorang lady nie iklan, boleh belikan atau pickup barang dapur. Servis Che Kiah katanya. Haaa...nampak macam ok nie. So semalam juga sey pm dia. Dah berkenalan itu ini, sey pun bagilah list barang kepada dia. Servis dia, beri list sebelum jam 8 pagi, sebab esoknya dia keluar beli barang. Servis setiap hari. Mula ragu-ragu juga, tapi bila dia cakap COD atau TT bila dah hantar barang, so kita tawakkal aje lah. Sey pun bagitau yang barang-barang tu nanti sey yg bayar, online transfer.

So, harinie sey tunggu lah update dari sis nie. Dia kata sebelum jam 3 hantar barang. Dalam 1 lebih tengahari tadi sey message dia, "Jadi ke hantar barang?". Terus dia balas, "OTW", kemudian dia call minta sediakan bakul. Perrrghhhh bergegas sey call bonda, tak dapat bonda, call bibik suh dia standby. Pastu sey pun gi solat. Dah habis solat, hantar message kat sis tu, "Dah settle ke sis?". Tak lame tu dia hantar gambar bawah nie. Dah selamat sampai pun barang-barang dipesan. Cuma adalah yang takde. Oklah. Syukur Alhamdulillah. Dia call lepas tu dia kata, malam sikit dia bagi total. Malam baru nak minta bayar, trust tinggi tul sis nie, memang niat dia ikhlas nak bantu orang. Boleh repeat lagi servis sis nie nanti. Terima kasih Allah, kerana datangkan hambaNya yang dapat membantu.




Oleh kerana lauk daging salai haritu ada lagi, tengahari tadi sey buat lauk tambah je. Buat steamed tofu. Cari lah resepi kat internet. Jumpa dua resepi yang rasa OK nie, tapi part menderhaka masih dilakukan juga.

https://www.huangkitchen.com/steam-bean-curd-with-hot-shallot-oil/

https://dailycookingquest.com/steamed-tofu.html



Sey pakai bawang putih je. Kemudian tambah sayur sikit. Bahan lain sama.

Tadi PM announce yang MCO dilanjutkan sehingga 28 April nie. Dah agak dah. Sebab kes masih lagi meningkat. Ada kluster baru pulak tu. Sabar lah wahai teman. Mujur jumpe akak Che Kiah servis tu. Dengan lanjutan MCO nie, sey kena fikirkan strategi baharu untuk home school budak busuk sorang nie. Maka, sey telah melantik miss y sebagai tutor berbayar....hahahahaha.... mula-mula dia humble, eh mama, tak payah lah bagi elaun, sikit aje nie. Sey cakap, Orang nak kasi duit ambil. Masuk saving. Miss y jawab, OK OK....adoi naive lah pulak sorang nie. Kalau omak bagi ambik lah, kalau orang lain bagi tu, baru kena pakai ayat-ayat reject tapi mau tu.

Miss y mula bertugas Isnin depan. Habis lah miss t kena bebel. Miss y nie memang kuat bebel sikit, eh banyak...hahahahaha...

Esok hujung minggu....yahoooo......


Spread the love

yours truly,

Wednesday, April 1, 2020

MCO Day 15: Paras rupe bukan segalanya

Salam,

Harinie bermula PKP Tahap 2. Apa beza Tahap 1 dengan Tahap 2? Bezanya peraturan yang lebih ketat, semua peraturan akan dikuatkuasa, tiada lagi ingatan. Dah ada orang ditahan dan didakwa kerana melanggar PKP, seperti harini seorang juruteknik didenda RM1k kerana ingkar PKP. Jangan main-main guys. They mean it. Kalau tengok video roadblock polis memang macam-macam disoal siasat polis. Kalau ragu-ragu kena uturn, takde kompromi.

Lauk semalam banyak lagi, jadi harinie kena habiskan. Hanya buat lauk tambahan yang diberi tema "Paras rupa bukan segalanya", omelette cendawan dan ikan bilis goreng. Makan panas-panas licin.


Graf kite menunjukkan hasil yang memberansangkan uols. We can do this! Let's flatten the curve. Stay home ok.


p.s. Semalam closing permohonan UPU. Dah lah 2 3 hari sebelum nie miss y cuba masuk sistem tak boleh. Nasib malam tadi sempat check sekali lagi. Semoga cita-cita miss y tercapai aamiin.


Spread the love

yours truly,

Saturday, June 21, 2014

Growth progress: Height

Just for the record, the current height (estimated) of miss t and miss y is:

miss t = 110cm
miss y = 145cm

Spread the love

yours truly,

Tuesday, April 3, 2012

Aiskrim Malaysia

Atas permintaan yaya, ahad baru nie, buat aiskrim malaysia dengan yaya dan adik. Nie pun sebab suatu hari, yaya minta izin untuk beli aiskrim malaysia. Yaya tanya macam nie,