Yours truly,

Me Academia

Showing posts with label sotong. Show all posts
Showing posts with label sotong. Show all posts

Saturday, July 25, 2020

Seafood galore

Salam,

Hari Sabtu, hari kita bermalasan dan spend masa dengan famili. Cara sey spend masa dengan famili adalah dengan memasak. Hari kerja memang jarang masak, kalau masak pun untuk makan malam, yang biasanya lauk mudah seperti sandwich, nasi goreng, mee goreng, mihun goreng. Dah lame tak makan berat since my other half and me mula jaga badan. Anak-anak pun tak makan berat malam. Dulu sey memang masak lauk untuk makan malam, sebabnya masak untuk dinner sekali dengan lunch esok harinye. Senang anak-anak balik sekolah lauk dah ada. Cuma penatlah, dan bertambah penat dan serabut masa sey memegang jawatan sebagai ketua program. Kadang-kadang tu berkejar balik rumah nak masak, malam memang penat sangat. Tu belum nak lipat baju, gosok baju untuk esoknye. Sey pulak bukan jenis yang gosok baju untuk seminggu, sebab apa yang sey nak pakai hanya sey boleh decide malam sebelum hari esok. Sama juga bab memasak, ada orang boleh prep bahan pada hujung minggu, siap tumis-tumis, hari kerja terus panaskan, atau tambah lauk aje dalam kuah yang disiapkan pada hujung minggu tu. Sebab sey bila nak masak, hari tu baru fikir nak masak ape. Kiranya sey nie short term planner lah. Not good at long term. Sebab tu sey kalau kerja2 operational ok je, tapi kalau strategic, alahai....lemau rasanya.

OK, balik ke harinie, minggu lepas seperti biasa, bila beli barang dapur bonda, sey beli sekali barang dapur sey. Jadi haritu masa di pasar, jumpalah sotong besar dan ketam. Apa lagi, sey pun beli. Maka, harinie sey masak; ketam telur masin, sotong bakar dan honey lemon ikan fillet.





Tu dia spread makan tengahari tadi. 


Tambah meriah dan bermakna lauk tu bila sey guna daun kunyit, kucai dan kangkung tanaman sendiri. Kangkung tu baru nak belajar, jadi tak banyak. Kunyit tu sebab dah merimbun sangat, nanti tumbesaran dia terbantut pulak, maka sey ambil untuk jadi lapik semasa bakar sotong, baru wangi. Kucai tu pun dah merimbun. Seronoknye bila masak guna bahan yang ditanam sendiri. Macam youtuber dari China, Liziqi dan Dongxi. Best best.

Kesian kisah youtuber S&P tu kan. Yelah tak semua orang boleh cope dengan instant fame.


Spread the love

yours truly,

Saturday, June 27, 2020

Sotong bakar sempoi

Salam,

Kelmarin sey ada beli telur asin, telur itik fresh dan air tebu asli daripada kawan sekolah dulu. Kawan sey nie dulu keje kat Media Prima Berhad (TV3 tu lah), seorang auditor. Tahun nie, sebelum PKP to be exact, dia resign. Katanya dah penat, dan bagi full concentration kepada bisnes air tebu aslinya. Jadi baru-baru nie sey nak support bisnes dia, sey beli lah telur itik fresh, telur asin dan air tebu. Hujung minggu nie sey baru rebus telur asin tu. Sedap, telur kuning dia besar, suke sey. Sey jenis yang makan telur asin, telur kuning tu sey makan last sekali...hahahaha...Orang kata save the best for last kan.

Jadi nak kawankan telur asin tu, masa sey balik Ampangan haritu, seperti biasa sey akan ke pasar untuk beli barang basah. Jumpalah sotong nie haaa, besar-besar. Makanya untuk makan tengahari tadi seya masak sotong bakar. Pakai perap ikan bakar adabi aje, kemudian masuk dalam AF. Semenjak ada AF nie, memang keje sey jadi mudah lah. Alhamdulillah.




Selain daripada tu, sey masak ikan bawal sweet sour dan sayur campur.


Sedap sotong hasil bakar AF nie, lembut dan garing. Keje jadi mudah. Tak cukup pulak sotong tu, next time beli lebih.


Spread the love

yours truly,

Saturday, April 4, 2020

MCO Day 18: Feeling wonky

Salam,

I woke up today, and went back to sleep immediately after. I have been up late for a few days now, slept at almost 2 am, reading Along came a spider. I wanted to finish it before the weekend ends. And as a result I feel wonky today.

I prepared lunch early today. Sotong goreng kunyit and ikan masak taucu. Ikan masak taucu the least fav dish in my family, but I love it. I love it during my childhood days. Bonda often cooked it. This type of dish susah nak jumpa kat kedai. This time I used Knife's tauchu. Sedap. You only neef to add water. Dah cukup asam garamnye.



OK... I want to go back to the book.

Spread the love

yours truly,

Thursday, March 19, 2020

MCO Day 2: Kecelaruan

Salam,

Harinie MCO hari kedua, tinggal 12 hari lagi. 12 hari lagi, lame lagi nie. So far I am ok, cuma kurang berjalan dan naik turun tangga, risau pulak berat badan naik dan kaki tak kuat pulak. Banyak duduk, kurang pergerakan, badan pun rasa layu, kerap ngantuk. Jadi kena banyak lompat-lompat kat rumah nie. Esok kena mula yoga 10 minit.

Yang nampak terkesan dengan MCO nie is my other half. Dah tak boleh solat berjemaah kat surau, jadi kuranglah dia bergerak. Sebelum nie, 5 waktu dia keluar naik motornya ke surau belakang rumah nie. Now kena berjemaah kat rumah. Yang untungnye iols dan anak-anaklah, dapat berjemaah sama-sama.

OK harinie dapat beri tumpuan pada kerja sikit. Satu task dah selesai, tinggal task paling besar nie, nak siapkan book chapter untuk buku Springer. Sikit aje lagi, you can do it.

Untuk menu MCO Day 2, harinie masak ikan berlado, sotong kicap, dan masak lomak sayur kubis campur fucuk dan suhun. Dapat ikan dan sotong nie pun balance-balance kedai, dah masuk ais, kurang sedap sikit. Tapi sebab haritu nak sangat ada stok ikan, den ambil jugalah. Ringkas je masak nie, tapi kawan-kawan cakap meriah dan luxury. Allahu. Biasa sangat, kalau meriah ada ketam ngan ikan kerapu ke kikikiki. Mujur yaya ada tolong masak, so tak lama nak siapkan makanan tengari nie, 1 jam lebih je.




Apa pula perkembangan Covid19 di Malaysia? Ada lagi kes positif baharu harinie. Lepas tu ada yg masih berdegil, pergi main kat taman, main basketball aduh....kenapa lah. Diorang tak faham ke maksud MCO nie. Tolonglah Malaysia, be selfless sikit.


Spread the love

yours truly,

Wednesday, August 12, 2015

[Dapurkuofiskeduaku] Sotong goreng kunyit bajet.

Hujung minggu lepas beli stok makanan untuk seminggu. Me tengok kat Giant Nilai tu ikan dan sotong dia segar, jadi me beli ikan tenggiri bunga dan sotong. Alahai kociknya ikan tenggiri dia, kenalah beli dua ekor. Seekor masak lomak cili api, seekor lagi masak berlada. Eh bukan sekali masak tu, hari lain-lain. Sotong pulak, masak tempura dan sotong goreng kunyit. Eh sama jugak, masak untuk hari lain-lain.