Yours truly,

Me Academia

Showing posts with label telur. Show all posts
Showing posts with label telur. Show all posts

Saturday, November 28, 2020

Capsule vs Dripper

Salam,

Sape tahu bekas besi tahan karat tu? 



Just recently one of my xstudents, invited me to a private coffee group (private lah sangat, approval by invitation je 😁).  It's amazing to see a group of people talks about coffee, only. Some even discuss the science of coffee making. While others on the philosophy 🙄. Some of the members are adventurous, exploring different kind of coffee, but there are some who likes to chill with kopi kampung 🤗 (434 sedap yo). Nice... I learned a lot from that group.

So this afternoon I was looking for my good old vietnamese coffee filter. It was given by my brother years ago. It came with a superb vietnamese coffee ground, finished a long time ago. Vietnamese coffee, the best coffee so far ☕👍. I was reading on the dripping technique, they called it pour over. Hah sound so modern eh. Basically you just let the coffee bloom and drip slowly, like the old coffee machine (I mean coffee pot) way. 

Sometimes you need a break from the capsule machine and the instant coffee. I am planning to make my coffee the old way yezzaa.... Let's experiment!

Friends, if you have a cup of coffee in your hand, you are not alone 😍. Plus a good book and a comfy chair.

From a coffee lover to a coffee lover 😊.





Petang tadi, nak buat roti titab. Tapi telur terebus lama pulak hahahahaha...


Spread the love

yours truly,

Monday, April 27, 2020

MCO Day 41: 4 Ramadhan dalam kenangan

Salam,

Cakap pasal new normal, walaupun tiada PaRam tahun nie, tapi ada yang menjual makanan PaRam dalam talian. Jualan dalam talian, bukan benda baharu, jadi apa yang new normal nya?

New normal nye bila pelanggan mencari penjual. Sebagai contoh, saya mencari penjual tepung pelita; seller popia basah sila munculkan diri; sy teringin nak makan tauhu bergedil agak2 ada yang menjual tak? Haaaaa lain style PaRam tahun nie. Itu lah new normal (tapi harap tak jadi norm lah).

Menu berbuka harinie, tamar smoothies dengan jemput-jemput atau nama hipsternya welcome welcome pakcik adabi. Untuk sahur nanti telur sambal dengan sambal goreng jawa.







Spread the love

yours truly,

Wednesday, April 1, 2020

MCO Day 15: Paras rupe bukan segalanya

Salam,

Harinie bermula PKP Tahap 2. Apa beza Tahap 1 dengan Tahap 2? Bezanya peraturan yang lebih ketat, semua peraturan akan dikuatkuasa, tiada lagi ingatan. Dah ada orang ditahan dan didakwa kerana melanggar PKP, seperti harini seorang juruteknik didenda RM1k kerana ingkar PKP. Jangan main-main guys. They mean it. Kalau tengok video roadblock polis memang macam-macam disoal siasat polis. Kalau ragu-ragu kena uturn, takde kompromi.

Lauk semalam banyak lagi, jadi harinie kena habiskan. Hanya buat lauk tambahan yang diberi tema "Paras rupa bukan segalanya", omelette cendawan dan ikan bilis goreng. Makan panas-panas licin.


Graf kite menunjukkan hasil yang memberansangkan uols. We can do this! Let's flatten the curve. Stay home ok.


p.s. Semalam closing permohonan UPU. Dah lah 2 3 hari sebelum nie miss y cuba masuk sistem tak boleh. Nasib malam tadi sempat check sekali lagi. Semoga cita-cita miss y tercapai aamiin.


Spread the love

yours truly,

Sunday, March 29, 2020

MCO Day 12: Dua Ahad sudah

Salam,

Dah masuk 2 Ahad di musim PKP. Ini menunjukkan dah masuk 2 hujung minggu tak dapat ke rumah bonda. Dapat call bonda dengar suaranya sahaja lah. Syukur Alhamdulillah dah ada pembantu kat rumah bonda. Syukur Alhamdulillah ada jiran sebelah yang prihatin dengan bonda, dapat lah sey minta tolong tengok2 kan, belikan barang jika perlu. Semoga bonda sentiasa dalam lindungan Allah dan semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan orang-orang disekeliling bonda yang membantu. Aamiin.

Biasanya kalau hari Ahad, terutama jika pulang ke rumah bonda, pagi Ahad sebelum ataupun selepas beli barang dapur bonda sey dan my other half pekena nasi lemak. Kami ada permainan nie, singkatkan nama makanan, dan paling tak pernah lepas kalau nasi lemak. Kalau sey nasi lemak jadi sik-lem, kalau my other half, nas-lem. Apa daa nas-nas.... masa budak kecik2 dulu kalau nak nasi sebut sik sik... haaa tu yang jadi sik-lem bukan nas-lem. Ok, jadinya, malam semalam my other half pun orderlah sik-lem kat sorang brader nie, memang ada lah 3 4 kali juga order nasi lemak dia, nasi lemak telur dadar dia sedap. Boleh hantar terus ke rumah. Makanya, pagi tadi dah bedal 2 bungkus sik-lem-tel-dar. Jadi untuk menu harinie ringkas-ringkas aje lah. Nasi goreng untuk tengahari, kacang pool dan roti untuk makan malam.




Memang dah plan nak buat kacang pool, jadi dah ada stok kacang Foul Medammas kat rumah. Untuk resepinya boleh lah ke resepi brader Mat Gebu. Senang je, dan puashati.

Spread the love

yours truly,

Wednesday, March 25, 2020

MCO Day 8: Temanya Siam dan sambung lagi

Salam,

Harinie sibuk menyiapkan kerja mengedit paper dan menulis bab dalam buku. Fokus fazid fokus.
Mujur harinie masak makanan yang mudah tapi enak (chewah). Kalau Pad Kra Pao dengan stir fry mushroom nie alhamdulillah semua suka. Laju je makan.



OK ada juga kawan-kawan yang tanya macammana masak Pad Kra Pao tu, ok nie cara den yo:
Den maleh nak taip bahan-bahan, masak pun sambil masak sambil sediakan bahan, haaa meh sini den terus ajar cara-carannya:

Untuk Pad Kra:
1. Daging ayam fillet den boli satu bekas tu, basuh dan cincang.
2. Kemudian, goreng telur buek macam mato lombu tu. Ikut lah nak goyang ke nak kering ke.
3. Dah habis goreng telur, susun atas pinggan macam den buek kek ateh.
4. Kemudian, tumbuk 3 ulas bawang merah, 4 ulas bawang putih, 3-4 cili padi siam (agak2 lah nak pedas mana, kalau tak cukup tambah lagi).
5. Basuh Thai basil, beli je sepeket tu, kemudian patahkan sikit. Tadi masak ada sweet basil je dlm peti, order kat tesco online thai basil, tapi habis. Nie pun minggu lepas dapat, tu yang masak nak macam hitam2 sikit...hehehehe.
6. Standby oyster sauce, kicap masih, white pepper, dan nampla. Nampla takde memang tak jadi. Jangan ngade2 nak ganti ngan benda lain.
7. Ok dah siap, kite mula tumis, bawang dan cili tadi. Bila dah garing masukkan ayam cincang tadi. Jangan beli minced chicken pulak, nanti hancur. Pad Kra nie mmg ayam dia nampak sebutir sebutir lagi. Alah, cam dalam gambar kat ateh tu.
8. Goreng sampai air ayam kering, kemudian masukkan dalam 3 cb oyster sauce, 1 cb kicap masin, kacau-kacau.
9. Dah sebati tu masukkan white pepper sikit. Kalau dah nak terbersin tu berhenti tabur.
10. Kacau-kacau.
11. Kemudian masuk Thai basil. Apa beza Thai ngan sweet basil, Thai basil nie bau dia kuat lagi, macam bau daun kaduk. Nie yang buat kita berselera lagi. OK dah masuk, kacau-kacau.
12. Bila dah tengok semua sebati, curah sikit nampla, baik-baik curah tu nampla nie masin. Korang rasa-rasa lah.
13. Dah kacau sebati, padam api, tuang atas telur goreng tadi. OK siap. Makan dengan nasi beras wangi baru kawwww....

Untuk stir fry mushroom:
1. Sediakan mushroom. Selalu den pakai straw mushroom, cendawan hitam yang kering tu (ada panggil telinga tikus), shimeji. Cukup 3 jenis, jangan banyak nanti sangat. Musim2 MCO nie jangan keterlaluan sangat. Nak pakai inoki pun boleh, tapi den tak suka sangat, nanti kuahnya jadi melekit-lekit sikit.
2. Potong 8 Japanese pressed tofu.
3. Hiris bawang putih 4-5 ulas dan halia 1/2 inci.
4. Standby oyster sauce dan minyak bijan.
5. Bancuh 2 sudu kecil tepung jagung untuk pekatkan kuah.
6. Ok ready untuk masak, mula-mula tumis bawang dan halia.
7. Bila dah naik bau, masukkan dalam 2 mug air, kemudian masukkan 3 cb oyster sauce. Kacau-kacau.
8. Bila dah mendidih, masukkan semua mushroom tadi dan tofu.
9. Kacau-kacau. Jangan kacau kuek sangat nanti tofu pecah.
10. Bila da start didih balik, masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau-kacau biar sebati.
11. Rasa lah cukup garam atau tidak. Jangan masin, kang nak makan dengan Pad Kra.
12. Bila dah nampak kuah mula pekat, curah sikit minyak bijan.
13. Kacau-kacau dan boleh angkat.

Haaa...senang aje kan....

Sekali lepas habis lunch PM announce yang MCO extend to 14th April. Aduhaiiii...


Spread the love

yours truly,

Friday, March 20, 2020

MCO Day 3: First time keluar beli barang

Salam,

So harinie masuk hari ketika Movement Control Order. Semalam my other half bagitau, nak beli barang beli esok (harinie lah) weekend sure ramai orang, camne nak buat social distancing camtu. Kalau ikutkan malas nak keluar, fear tu ade wei.... takut. Nak-nak baca macam2 petua, panduan, kalau nak keluar kena macam nie macam tu. Aduh... leceh nye. Cakap ngan my other half, ala nanti2 hari lain kite pergi. Sekali dia nak merajuk pulak ngan titew... ok lah esok kite gi beli barang ye. Dia kata pukul 8 pagi sharp keluar.

So malam tu, sey pun buat lah persediaan, keluarkan anti-bacterial wipes, isi botol hand sanitiser yang memang sentiasa sangkut kat beg, siapkan mask. Siapkan list, pas tu pesan kat anak-anak, mama sampai je bukak pintu, mama tak nak pegang doorknob semua. Sampai2 nak basuh tangan dulu.

So bila tiba hari kejadian, pagi tu, pukul 8 baru nak jemur baju....hahaha...makanya pukul 8.30 baru keluar rumah. Hati nie berdebar2 je rasa, macam buat salah. My other half pun nampak stress juga, pagi2 nak marah orang....kikiki.... Jalan raya lengang. Kami ke Giant Nilai, kereta tak banyak di parkir, masuk dalam pun tak ramai, alhamdulillah, takde lah nak berlaga2 dengan orang.

Biasa kalau beli barang selesaikan ikut laluan pintu masuk ke pintu ke luar, maksudnya selesaikan barang kering dulu, baru pergi kawasan barang basah. Tapi oleh kerana target kali ini untuk beli barang basah, so pergi sana dulu. Beli ayam, ikan, daging, sayur, buah, telur, kemudian baru patah ke barang kering. Jam 9.30 selesai, terus balik sebab nak masak.

Bila dah masuk kereta tu, baru rasa lega. Macam-macam perasan uols, takut polis tahan, takut bersentuhan dengan orang, takut barang takde. Tadi pun ada barang yang sikit, mcm telur. Ada juga barang-barang yg takde langsung, macam susu, pasta, mihun. Serbuk kari peket kecik pun habis uols. Giler.

So harinie memang tak work lah saya, dia punya risau sampai rasa penat satu badan. Nasib plan nak masak sup ekor je haaa....




OK lah... till next time....

Spread the love

yours truly,