Besok harijadi en. e. Minggu nie semua sibuk, miss t nak exam minggu depan, miss y pulak sibuk dengan homework dan tugasan sekolah. Dari awal minggu memang dah ingat, eh minggu nie birthday en. e, I must remind the kids to do something. Lepas tu tenggelam semua niat dan harapan, sebab sibuk. Pagi tadi baru teringat balik, alamak belum bagitau budak-budak nie lagi, adoiii (panic).
Penyudahnya, kenalah me juga yang buat sesuatu. Jadi habis aje meeting tengahari tadi, berlari kejap ke MPH, hajat nak beli kad sahaja, malam nie minta miss y dan miss t tulis aje kat dalam kad tu. Tetapi, aduh tidak bernasib baik, MPH kat Bangi Gateway tu tak jual kad. Jadi me pun mundar mandir dalam MPH, tengok kertas, tengok pen, tengok apa-apa barang kraf yang ada kat situ dan *ting* ok buat kad sendirilah. Dah settle beli kertas warna, marker sikit, me lari ke bawah (just figure of speech aje) beli kek untuk jamuan raya miss y, kemudian terus balik. Untuk lunch tak payah risau, sebab ada nasi lemak daun pisang ada orang belanja untuk ahli meeting tadi yang me simpan untuk lunch. So sampai bilik, time lunch hour tu, dalam gelap, dalam kesunyian ofis, makan cepat-cepat, kemudian me keluarkan tools, gam, gunting, pen, kertas dan bermulalah projek kad ulang tahun en. e
Macam lipas kudung jugalah nak menyiapkan kad. Cari imej kat internet, snip snip snip, draw draw draw, paste paste paste. OK siap!
Nie muka depan....
Nie bahagian dalam untuk miss y dan miss t tulis-tulis atau lukis-lukis.....
Nie bahagian belakang, siap ada trademark tu...hahahhaha....dulu-dulu time remaja memang me suka buat kad ucapan sendiri. Tapi dulu trademark lainlah, bujangkan.
OK, balik nanti, tugasan seterusnya akan digalas oleh miss y dan miss t.
Phewww...lega...alrite sambung kerja. Ada kertas kerja yang perlu disiapkan (sweat!)
Spread the love
yours truly,
No comments:
Post a Comment
what say you?