Yours truly,

Me Academia

Showing posts with label virus. Show all posts
Showing posts with label virus. Show all posts

Friday, March 20, 2020

MCO Day 3: First time keluar beli barang

Salam,

So harinie masuk hari ketika Movement Control Order. Semalam my other half bagitau, nak beli barang beli esok (harinie lah) weekend sure ramai orang, camne nak buat social distancing camtu. Kalau ikutkan malas nak keluar, fear tu ade wei.... takut. Nak-nak baca macam2 petua, panduan, kalau nak keluar kena macam nie macam tu. Aduh... leceh nye. Cakap ngan my other half, ala nanti2 hari lain kite pergi. Sekali dia nak merajuk pulak ngan titew... ok lah esok kite gi beli barang ye. Dia kata pukul 8 pagi sharp keluar.

So malam tu, sey pun buat lah persediaan, keluarkan anti-bacterial wipes, isi botol hand sanitiser yang memang sentiasa sangkut kat beg, siapkan mask. Siapkan list, pas tu pesan kat anak-anak, mama sampai je bukak pintu, mama tak nak pegang doorknob semua. Sampai2 nak basuh tangan dulu.

So bila tiba hari kejadian, pagi tu, pukul 8 baru nak jemur baju....hahaha...makanya pukul 8.30 baru keluar rumah. Hati nie berdebar2 je rasa, macam buat salah. My other half pun nampak stress juga, pagi2 nak marah orang....kikiki.... Jalan raya lengang. Kami ke Giant Nilai, kereta tak banyak di parkir, masuk dalam pun tak ramai, alhamdulillah, takde lah nak berlaga2 dengan orang.

Biasa kalau beli barang selesaikan ikut laluan pintu masuk ke pintu ke luar, maksudnya selesaikan barang kering dulu, baru pergi kawasan barang basah. Tapi oleh kerana target kali ini untuk beli barang basah, so pergi sana dulu. Beli ayam, ikan, daging, sayur, buah, telur, kemudian baru patah ke barang kering. Jam 9.30 selesai, terus balik sebab nak masak.

Bila dah masuk kereta tu, baru rasa lega. Macam-macam perasan uols, takut polis tahan, takut bersentuhan dengan orang, takut barang takde. Tadi pun ada barang yang sikit, mcm telur. Ada juga barang-barang yg takde langsung, macam susu, pasta, mihun. Serbuk kari peket kecik pun habis uols. Giler.

So harinie memang tak work lah saya, dia punya risau sampai rasa penat satu badan. Nasib plan nak masak sup ekor je haaa....




OK lah... till next time....

Spread the love

yours truly,

Thursday, March 19, 2020

MCO Day 2: Kecelaruan

Salam,

Harinie MCO hari kedua, tinggal 12 hari lagi. 12 hari lagi, lame lagi nie. So far I am ok, cuma kurang berjalan dan naik turun tangga, risau pulak berat badan naik dan kaki tak kuat pulak. Banyak duduk, kurang pergerakan, badan pun rasa layu, kerap ngantuk. Jadi kena banyak lompat-lompat kat rumah nie. Esok kena mula yoga 10 minit.

Yang nampak terkesan dengan MCO nie is my other half. Dah tak boleh solat berjemaah kat surau, jadi kuranglah dia bergerak. Sebelum nie, 5 waktu dia keluar naik motornya ke surau belakang rumah nie. Now kena berjemaah kat rumah. Yang untungnye iols dan anak-anaklah, dapat berjemaah sama-sama.

OK harinie dapat beri tumpuan pada kerja sikit. Satu task dah selesai, tinggal task paling besar nie, nak siapkan book chapter untuk buku Springer. Sikit aje lagi, you can do it.

Untuk menu MCO Day 2, harinie masak ikan berlado, sotong kicap, dan masak lomak sayur kubis campur fucuk dan suhun. Dapat ikan dan sotong nie pun balance-balance kedai, dah masuk ais, kurang sedap sikit. Tapi sebab haritu nak sangat ada stok ikan, den ambil jugalah. Ringkas je masak nie, tapi kawan-kawan cakap meriah dan luxury. Allahu. Biasa sangat, kalau meriah ada ketam ngan ikan kerapu ke kikikiki. Mujur yaya ada tolong masak, so tak lama nak siapkan makanan tengari nie, 1 jam lebih je.




Apa pula perkembangan Covid19 di Malaysia? Ada lagi kes positif baharu harinie. Lepas tu ada yg masih berdegil, pergi main kat taman, main basketball aduh....kenapa lah. Diorang tak faham ke maksud MCO nie. Tolonglah Malaysia, be selfless sikit.


Spread the love

yours truly,

Wednesday, March 18, 2020

MCO day 1: Maka bermulalah Movement Control Order


Assalamualaikum, Selamat Pagi, Good Morning. Hari pertama Movement Control Order (MCO). Macammana semua pagi ini? Sungguh mencabar apabila diminta untuk bekerja dari rumah. Bangun pagi otak dah mula pusing macammana nak mula nie? Dengan faktor-faktor lain yang boleh menggagalkan usaha suci murni untuk bekerja dari rumah. Antaranya:

Faktor pertama adalah menyediakan makanan tengahari. Nak kena rancang menu dengan bahan-bahan yang ada, harap dapat bertahan 3 hingga 4 hari. Kita kenalah patuhi arahan kawalan pergerakan, demi negara tercinta. Mungkin ada yang kata, beli barang dapur online ajalah. Saya dah tengok slot tesco delivery dah, takde slot sehingga 31hb. Memang kena keluar lah jawabnya nanti.

Faktor kedua, Astro buka semua saluran movie dia pulak, aduh. Haruskah ku pekakkan telinga, butakan mata?

Faktor ketiga, sifat tsundoku akhirnya memakan diri, hati berkata inilah masanya kau nak bermalasan sambil menghabiskan buku-buku yang belum baca lagi tu wahai fazid. Dah berhabuk dah tu.

Faktor keempat, menulis blog, deraf dah banyak simpan, bila nak publish tu?

Faktor kelima, tapi ini faktor lemah, tangan dah lame gatal nak baking (dah lama azam nak buat white cake), nasib api gas tak cantik sangat.

Deadlines deadlines, minggu nie ada 2 deadlines. Wake up Fazid!!!! OK kita deal faktor ini satu persatu. Semoga diberi kekuatan dan dipermudahkan urusan.

OK sekian sahaja coroten MCO hari pertama saya. Semoga semua dilindungi Allah. Stay safe Malaysia, stay healthy, stay hygiene. We can do this. Semoga wabak ini dapat dibendung dengan segera.

Menu tengahari hari ini; ayam masak kari, sayur buncis goreng dan ikan masin. Try rempah kari ayam cap O, memang sedap. My other half suka sangat lauk kari ayam nie. Tak tau lah sebab kite dah lame tak masak atau sebab rempah tu. Tapi rempah tu memang wangi.



Spread the love

yours truly,