Yours truly,

Me Academia

Tuesday, August 11, 2015

Tudung sekolah tiga jenis

Salam satu hati satu jiwa. Chewah. Sekarang dah pakai tagline baru dalam pembuka bicara rupenya. Dah takde Salam 1 Malaysia dah.

Kasi blanjer gambar dulu....


Inilah tudung-tudung sekolah miss y, ada tiga jenis semuanya. Satu helai putih, satu helai hijau dan satu helai kelabu. Semuanya miss y akan pakai tiap-tiap minggu, cuma bila dia akan pakai bergantung kepada aktiviti miss y kat sekolah. Tiap-tiap hujung minggu aku akan membasuh dan menggosok ketiga-tiga tudung nie. Tak ada apa yang best pun citer kali ini. Cuma dengan adanya tiga jenis tudung nie, secara tak langsung ini menjadi satu petanda yang anak kita aktif ke sekolah dan aktif di sekolah. Dengan macam-macam masalah dan isu negatif yang kita dengar pasal sekolah dan budak sekolah sekarang ini, kita berdoa agar Allah menjauhi anak-anak kita daripada perkara-perkara yang tidak baik. Semua ibu bapa mengharapkan anak mereka berjaya di sekolah. Ada ke yang tak mengharapkan anak dia tidak berjaya? Saya rasa ada, cuma peratusannya sedikit. Memang ada ibu bapa yang memilih untuk tidak menghantar anak ke sekolah. Atas pelbagai alasan. Saya sendiri nampak dan kenal anak-anak yang keciciran sekolah, tapi ibu bapa macam tak kisah aje. Kalau anak itu pintar, ada semangat dan iltizam untuk berjaya tak apa juga. Ini dibiarkan anak bercampur dengan orang-orang yang negatif yang nampak lebih merosakkan sahaja. Kesian budak tu.

Jadi, ibu bapa sekalian, anak-anak adalah tanggungjawab kita. Didiklah dia, bimbinglah dia, sayangilah dia daripada kecil sampailah jadi bapa/ibu orang sekalipun. Didikan, bimbingan dan kasih sayang ibu bapa pada anak-anak tidak terbatas, malahan tidak luput dek umur dan taraf anak tu. Selagi dia bergelar anak, jangan biarkan dia melarat. Dengan anak, jangan kita cepat mengalah.


Spread the love

yours truly,

No comments:

Post a Comment

what say you?