Yours truly,

Me Academia

Sunday, March 29, 2020

MCO Day 12: Dua Ahad sudah

Salam,

Dah masuk 2 Ahad di musim PKP. Ini menunjukkan dah masuk 2 hujung minggu tak dapat ke rumah bonda. Dapat call bonda dengar suaranya sahaja lah. Syukur Alhamdulillah dah ada pembantu kat rumah bonda. Syukur Alhamdulillah ada jiran sebelah yang prihatin dengan bonda, dapat lah sey minta tolong tengok2 kan, belikan barang jika perlu. Semoga bonda sentiasa dalam lindungan Allah dan semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan orang-orang disekeliling bonda yang membantu. Aamiin.

Biasanya kalau hari Ahad, terutama jika pulang ke rumah bonda, pagi Ahad sebelum ataupun selepas beli barang dapur bonda sey dan my other half pekena nasi lemak. Kami ada permainan nie, singkatkan nama makanan, dan paling tak pernah lepas kalau nasi lemak. Kalau sey nasi lemak jadi sik-lem, kalau my other half, nas-lem. Apa daa nas-nas.... masa budak kecik2 dulu kalau nak nasi sebut sik sik... haaa tu yang jadi sik-lem bukan nas-lem. Ok, jadinya, malam semalam my other half pun orderlah sik-lem kat sorang brader nie, memang ada lah 3 4 kali juga order nasi lemak dia, nasi lemak telur dadar dia sedap. Boleh hantar terus ke rumah. Makanya, pagi tadi dah bedal 2 bungkus sik-lem-tel-dar. Jadi untuk menu harinie ringkas-ringkas aje lah. Nasi goreng untuk tengahari, kacang pool dan roti untuk makan malam.




Memang dah plan nak buat kacang pool, jadi dah ada stok kacang Foul Medammas kat rumah. Untuk resepinya boleh lah ke resepi brader Mat Gebu. Senang je, dan puashati.

Spread the love

yours truly,

No comments:

Post a Comment

what say you?