Salam,
Hari Ahad yang ke berapa nie ek semenjak PKP? Ke 10? Perghhhh... Ini bermaksud sudah 10 minggu tak jumpa bonda.
Pagi nie bangun with a mission. Nak alihkan anak-anak pokok kunyit dan serai ke pasu baru, yang besar sikit. Kemudian nak cuba tanam kangkung. Jadi sebelum ke kebun sepetak dua sey nie, ahaks, sey prep untuk lunch. Marinate ayam untuk di bakar nanti. Lesson learned semalam, masak ambil masa yang lama juga bila guna Air Fryer nie. Oh ye sey dah ada gadjet baru. Tadaaaaa.....
Ni yang tunggu-tunggu masa bulan puasa haritu. Hari terakhir Ramadhan, akhirnya dia muncul juga. Memang hadiah hari raya lah...Semalam masak lamb chop pakai AF nie juga. Oleh kerana size dia comel, boleh masuk dalam 2 keping aje lamb chop pada satu satu masa. Tapi bila nak bagi dia char nicely, kena bakar satu2 juga. Untuk siapkan makan 4 orang ok lah. Kalau ramai, rasa kena masak dalam oven juga mula-mula. Finishing kat AF. Berbaloi ke macam tu? Tak tau lagi lorrr... tengok lah nanti.
Jadi lesson learned from yesterday, jangan mula lambat sangat. Cuma masak ayam nie lagi cepat sikit lah. The end result, wow, amazing. Marinate ayam pun guna bahan yang mudah. Perencah lada hitam maggi, garlic salt, all seasoned salt, mixed herb dan sour cream. Nie kes nak habiskan sour cream punya pasal. Mash potato tu pun letak sour cream sikit. Hahahahaha.... Thanks to yang berkongsi resepi kat group AF tu. Sudah memudahkan keje sey banyak. Perencah lada hitam tu sey pakai 3/4 bungkus aje untuk 6 keping ayam. Baki sey buat black pepper sauce.
Dan hasilnya.... tadaaaa....... my other half memang suka.
Mujur ada extra kentang. Nie kes red potato yang busuk cepat semalam. My mistake letak tempat humidity tinggi. Tapi sebaiknya guna russet potato untuk mash, baru smooth and soft. Yang nie pakai yellow potato, jadi nampak teksturnya yang berketul sikit. Jenis-jenis potato nie pun sey belaja masa kat ozzie. Kat sana potato aje ada 3 4 jenis. Untuk baking, untuk mash, untuk boil, untuk fry, masing2 ada jenis potato nya. Ye lah dah itu makanan ruji mereka. Macam kita nasi. Macam-macam jenis beras ada. Kalau mereka, beras yang ada jasmine rice dan basmathi. Jasmine rice tu beras wangi, bukan jenama Jasmine ye. Kita panggil fragrance rice.
Inilah hasil berkebun pagi tadi. Dah dapat pasu besar sikit. Lepas nie nak cari rak untuk susun pasu-pasu nie, semua nampak lebih teratur.
Semoga anak pokok kunyit ini akan membesar bagaikan johan. Kat luar rumah pun ada anak pokok kunyit lagi, yang sey tanam dalam flower bed apartment nie. Dari dibiarkan rumput naik, baik tanam pokok yang boleh guna. Cuma kat luar tu tanah liat, jadi pokok macam lambat sikit nak membesar. Nak carik pokok yang sesuai dengan tanah liat lah. Pokok apa ye?
Tadi tanam kangkung juga. Lepas nie nak tanam daun kesum. Pastu kalau ada rezeki nak tanam daun kucai. Dan cuba lagi tanam daun sup dan daun bawang. Cukuplah pokok herba nie kat rumah sey, kita tanam apa yang selalu kita pakai. Ingat anak cili sey beli aje pokok yang dah besar.
Terujanya sey bila tengok anak pokok nie membesar. Semoga projek tanaman ku berjaya. Aamiin.
Nielah hasil PKP. Kalau takde PKP nie mungkin tak pandai lagi menanam kot...kikikiki...
yours truly,
No comments:
Post a Comment
what say you?