Yours truly,

Me Academia

Tuesday, May 26, 2020

MCO Day 70: of Magnum aiskrim dan projek menanam PKP

Salam,

Pagi semalam dan hari nie dah masuk ofis, meeting dengan PhD student untuk siapkan paper. Deadlinenya harinie. Sey dulu pun camtu, ingat mat salih nie nak ambil kisah ke kami sambut raya ke tidak. Malam raya pun dia boleh hantar email minta betulkan draf.... tahun nie sey buat camtu pulak kat my student hahahaha. Nasib badan raya musim MCO nie, cuti ke, tak cuti ke, sama aje. OK, keje dah siap. Sey mau masuk dapur.


Masa tengah masak tadi, my other half bawa balik adik terbaharu Magnum. Yang ini manis, semanis pembungkusnye...sweet sweet gitewww....Maka bertambah variety aiskrim Magnum yang dah rasa. Boleh lah combine dengan post yang lepas.

Lepas isyak tadi jenguk anak-anak pokok yang sey mula tanam pada 2 Mei haritu. Projek PKP lah nie. Nie pun atas galakkan my old friend, friend masa kat Jasin dulu. Masa tu sey post pasal beli pandan sepohon. Beli online tak pandai agak, rupenya yang sampai setengah kilo. Pandan, kunyit, daun sup, daun bawang, bayangkan setengah kilo. Ambil kau. So my friend pun ajar lah nak menanam anak-anak pokok nie. Kasi akar keluar dulu. Sey pun google cara-cara tanam kunyit. 

Tadi masa pergi talk to the plant sambil siram sikit tengok ada kemajuan. Hehehe... stigma tanganku panas ada kemungkinan tidak benar. Masih terlalu awal untuk buat rumusan. Harap membuahkan hasil. 

Setakat nie serai nampak OK (lupa nak ambil gambar, pokok di luar rumah), yang ini 3 pasu anak kunyit. Cubaan daun sup dan daun bawang gagal. Kena cari tanah hitam jugalah nampaknye.

Esok nak cari pasu dan tanah hitam.

Hasil selepas 3 minggu.


Macam nie buatkan ku teruja nak carik pasu dan tanah hitam. Alhamdulillah.


Spread the love

yours truly,

No comments:

Post a Comment

what say you?