Yours truly,

Me Academia

Showing posts with label gardening. Show all posts
Showing posts with label gardening. Show all posts

Saturday, January 2, 2021

Gardening Part X

Salam,

Lepas lunch tadi, sey berkebun kejap kasi keluar peluh. Isnin dah mula keje, kite selesaikan keje2 di rumah dahulu. Pokok2 nie sey baja setiap minggu. Banyak pokok dah kena diganti, maka sey semai benih baharu. A new addition, pokok selasih ungu (purple basil) nie sey dah tanam sebulan lebih, asal beli anak pokok, dipecah tiga pasu. Tapi yang jadi 1 pasu je.


Selasih ungu, belum ungu sepenuhnya.

Bayam nie rasa batch terakhir nie. Dah takde anak pokok baharu.

Sawi pun dah taknak keluar daun baharu. Ada 3 pokok je yang jadi, sey gunting2 daunnya ambil utk masak mee.

Daun sup dalam proses pemulihan. Lama dia nak keluar pucuk baharu. Baru2 nie je nampak pucuk baharu yang galak.


Daun kunyit sey besar2. Dah jarang masak sekarang nie. Masa awal PKP tahun lepas, sebab susah dapat daun kunyitlah menyebabkan sey jadi petani kota chewah. Dapat pulak ubi kunyit yang bagus. Serai belakang tu sey belum guna lagi.

Pokok halia nie memang cepat membiak.


Ubi halia yang banyak.

Semaian baharu.


Halia muda.



Spread the love

yours truly,

Sunday, November 15, 2020

Gardening Part IX

Salam,

Gardening Part 9.

OK jom tengok progress kebun kecilku. 

Update tanaman, tuai halia muda. Alhamdulillah.





Pokok serai akhirnya menjadi, kita biar dia rimbun dulu.


Semai benih sawi, dah tumbuh anak pokok, baru nak belajar. Harinie sey pindahkan yang besar ke pot masing-masing. Semoga makin galak dia membesar.



Pokok bayam nie dah dua kali tuai hasil. Hasil tak banyak, tapi setakat untuk makan 3 orang ok lagi. Dan nampak anak pokok baru pun dah mula keluar.



Spread the love

yours truly,

Tuesday, October 13, 2020

Gardening part VIII

Salam,

I just want to update on my small garden.


Pokok bayam dah mula membesar.


Pokok kunyit dah mula menguning, hasil tak terambil. Kena buang daun-daun kering. Sibuk je budak busuk.



Daun ketumpang air aka sireh cina sahaja dibiarkan. Nak buat ulam nanti.




Daun sup tinggal 2 tangkai sahaja.


Benih sawi dah sebulan semai, ada yang dah mati. Aduyaiii...

Kat luar rumah, flower bed, pokok kangkung macam dah tak boleh diselamatkan lagi.




Pokok bawang nie so far menggembirakan. Besar dan gemuk-gemuk.


Pokok kunyit nie dah dipulihkan, tapi macam hidup segan mati tak mahu. Rasa kena tanam ubi baru nie.




Spread the love

yours truly,

Wednesday, September 2, 2020

Gardening Part VII

Salam,

Nie kemajuan terkini kebun kecil ku. Kelakarnye bunyi.

Kemajuan pertama. Pokok kari yang sey beli kat Pasar Tani dulu dah keluar pucuk baharu. Gambar bawah nie ha, kaburlah pulak sebab salah zoom. Nie bateri tinggal 2% aje.



Kemajuan 2. Anak pokok kari yang sey korek daripada pokok kari rumah bonda akhirnya keluar pucuk baharu. Haritu ingat takde rezeki pokok kari nie. Sebab habis gugur semua daunnya, tinggal batang aje. Rupenya dia nak tumbuh baharu. Alhamdulillah. Gumbiranya rasa.



Kemajuan 3. Pokok daun sup yang sey beli kat Pasar Tani juga dah banyak keluar anak baharu. Cuma sekarang nie panas sangat, cepat layu daunnya. 


Disamping itu ada berita sedih juga. Daun kesum sey nampaknye menyerah kalah. Tak tau kenapa pokok-pokok kat luar tu menguning. Daun kunyit pun banyak macam tu. Sey rasa mungkin ada ulat dalam tanah. Tak sempat lagi sey nak korek-korek tanah. Yang dapat buat cuma tabur baja penggalak akar, dan sembur neem spray. Oh ye, dah siram dengan air beras dengan lebih kerap. Sey rasa kena korek balik anak kunyit tu dan tanam semula. Dari sharing orang-orang dalam group berkebun yang sey follow, katanya ubi kunyit dah banyak. Mungkin ada benarnye. Daun kesum tu nanti sey beli ajelah kat Pasar Tani. Biar tanam dalam pasu je terus.



Spread the love

yours truly,

Tuesday, August 18, 2020

Gardening Part VI

Salam,

Dah masuk part VI dah gardening nie. Nie cukup 10 sey tukar pakai nombor arab lah. Nombor roman nie tak hafal sangat aiii....

So Ahad lepas kami ke Seremban, seperti biasa uruskan barang mak. Kami singgah lah pasar tani, asalnya nak carik racun cicak, tapi tak jumpe. Sey ternampak pokok kari dan daun sup. Sey pun apa lagi, shopping anak pokok lah sey...



Daun kari nie asalnye dalam polibeg, sey pindahkan ke pasu. Harap dapat hidup dengan selesa lah dalam pasu tu. Nampak daunnya cantik, cuma pagi tadi semasa sey buat inspection nampak ada bintik-bintik hitam sikit. Sey pun siram dengan air beras. Tengok esok pagi macam mana.


Oleh sebab sey tak nak kuciwa menanam daun sup, sey pun beli lah. Beli 1 pasu je, tapi sebab merimbun sangat dan daun pun kecik-kecik, sey pun alihkan ke dua pasu, kira pecah 3. Masa tengok dari jauh confuse juga, nie daun sup ke daun ketumbar. Bila dekat baru nampak daun sup, tapi apsal daun dia kecil-kecil. Esok harinie daun sup nie semua rebah. Allah sedih betul sey rasa. Sey memang betul-betul lupa untuk letak daun sup nie kat tempat redup sikit sebab baru pindah rumah kan. Jadi malam semalam puas sey repair dia, buang yang kuning-kuning, kurangkan daun-daunnya, mana dah rebah sangat tu sey potong, simpan dalam fridge. Kemudian sey tawakal aje lah.



Balik keje tadi, tengok daun sup dah tegak balik. Syukur Alhamdulillah. Faktor panas boleh jadi tu. Pastu sey pun siram air sikit-sikit, biar medium aje yg basah, tak mau batang dia basah. Harap tahan lama lah daun sup nie.



Bayam sey nie tak besar-besar juga lah. Nak masuk 1 bulan nie.


Spread the love

yours truly,

Thursday, August 13, 2020

Gardening Part V

Salam,

Semenjak dah bercucuk tanam nie, my morning and evening rutin dah berubah. Sebelum pergi kerja jenguk pokok dulu, spray anak pokok, say hi kepada pokok besar. Balik keje, kalau sempat cabut weeds, dan siram pokok lepas solat isya dan bercakap-cakap sikit dengan pokok. Patutlah orang kata kena cakap dengan pokok, bila kita cakap, "ok kuat tau", "ok tumbuh lagi", kite tengok pokok akan bersemangat, dengan izin Allah sudah tentu. Seronok pulak bila pokok-pokok yang kita tanam menjadi. 

Sebelum raya haji haritu, sey semai anak benih baharu; kangkung, bayam dan rumput untuk kucing. 

Tadaaaa....



Rumput kucing yang dah matang, dah habis pun anak-anak bulu sey lenjan. Jimat kos betul. Kalau beli kat pet shop tu mau RM15 satu bekas, itupun kena semai sendiri. Kalau jadi-jadilah. Ini sey beli aje dari biji benih dan s emai sendiri. RM2 ringgit sahaja 1 paket. OK kos semai semua tak sampai pun RM5. Itu sey dapat 4 bekas tau.....jimat betul.......

Penting untuk kita bagi kucing atau anak-anak bulu nie gigit-gigit rumput sekali sekala, untuk jaga sistem pencernaan mereka. Bulu mereka pun nampak lebih cantik dan bersih. Selain daripada itu, mulut kucing kurang berbau. Nie macam ala-ala bersugi lah untuk mereka. Tu yang habis pokok serai sey di kokaknye budak bulu dalam gambar nie.


Nie anak pokok bayam sey, nampak naik cantik. Berumur 3 minggu dah. Tak sabar nak tunggu hasilnya.




Dua gambar nie nak tunjuk anak pokok kucai, tu yang kecik-kecik tu. Memang habis berterabur anak benih, sampai ke pasu paling kanan sekali. Sey biar dulu mereka menumpang, esok dah besar baru alih ke pasu sendiri.


Suka betul tengok daun bawang nie. Terima kasihlah hamba Allah yang share cara tanam pokok bawang. Memang mudah dan berkesan.


Anak daun kesum, yang baharu dan yang lama. Daun kesum nie nampaknye sesuai dengan tanah kat flower bed luar rumah. Mungkin sebab campuran tanah liat, mereka suka. Alhamdulillah hidup subur.




Pokok kangkung sey, dah tambah anak baru. Alhamdulillah, dah 2 kali ambil hasil untuk masak.



Haritu sey ada beli water dripper nie sebelum raya haji haritu, risau tinggalkan pokok kesum dan pokok kangkung tanpa air. Dua-dua pokok nie perlu air. OK pakai water dripper nie. Nak kena cari botol besar sikit. yang itu 250ml, tahan 3 hari aje untuk drip yg paling minimum. Nampak daun kunyit sey yang tepi tu kuning-kuning, rasa sebab kena panas, yang lain tu terlindung sikit.


Pokok daun bawang yang sulung sey tanam guna teknik terletak tu. Nie pun dah ambil hasil 2 kali. Sey tengah buat experiment nie, kalau dah ambil hasil dia tumbuh balik tempat yang sama tak? Macam kangkung. Sebab tengok ada anak lain pulak yang keluar. Kita tunggu ye hasil pemerhatian sey. Apa yang sey tahu sekarang, letak atas tanah lebih baik daripada tanam dan saiz daun bawang tu ikut saiz bawang, kalau besar, besarlah daun bawangnye. 

Next projek sey nak tanam sawi pulak. Dah beli anak benih, cuma sey tunggu bayam tu menjadi dulu baru fokus kepada projek yang baharu.

Alhamdulillah.... Allah mudahkan. Sekarang nie nak masuk kuning, ambil je daun kunyit kat luar. Nak masak nasi goreng, kangkung petik sendiri. Mihun pun boleh tambah daun bawang sendiri. Cuma serai sey nie belum jadi-jadi lagi, tak taulah kenapa, kurus je, dan tak keluar banyak anak pun. Bila research katanya jangan siram selalu, tak boleh banyak air. OK lah sey cuba untuk tidak siram selalu.

Haritu ada jumpa gambar lama, pokok kunyit yang arwah abah tanam masak kat Brisbane. Pokok kunyit tu kemudiannya mati, dan semenjak haritu sey merajuk untuk bukan sahaja tanam, malah jaga pokok juga. Merajuklah sey nie tak dapat menanam kononnya. Bila fikir-fikir balik, sey biarkan pokok tu kat tempat gelap, tak cukup matahari. Sebab masa tu winter, sey pergi sorok pokok kunyit tu dalam cabinet bawah sinki dapur...hahahahhaha...konon nak selamatkan pokok tu dari kesejukan. Rupanya pokok kunyit nie perlu cahaya matahari. Sebab dia berdaunkan. Sebab itulah kena rajin membaca.


Spread the love

yours truly,

Wednesday, July 29, 2020

Pokok kat ofis

Salam,

Dah makin segar dan merimbun pokok yang sey tinggalkan semasa PKP sehinggalah sey masuk ofis semula pada 10 Jun. Sudah hampir 2 bulan melalui proses RMCO, pemulihan aka recovery hehehe.





Sey memborong barang-barang kebun lagi. Cubaan menanam cat grass, kangkung, sawi dan bayam.




Spread the love

yours truly,