Yours truly,

Me Academia

Friday, May 29, 2020

MCO Day 73: Tudung bawal ku

Salam,

Salam hari Jumaat penghulu segala hari. Harinie menyiapkan CRC paper untuk conference KLiCels. Conference nie akan dibuat secara online. Dapat attend 1 conference pada tahun ini cukup lah.

Pagi nie mendapat 2 berita yang baik. Satu, blender Philips ku sudah sampai. Dua, tudung raya ku sudah sampai. Maka, selesai lah sudah barang-barang yang sey beli semasa bulan Ramadhan baru nie. 

Nie tudung yang beli tu. Lembut je warna. Warna blue black/navy blue tu beli khas untuk majlis kahwin my BIL yang rancangnye dibuat pada bulan 9 nanti. Kawan tu dah risau sangat, sebab dia kata macam-macam persediaan, seperti permohonan nikah, kursus kahwin belum buat lagi. Majlis nikahnya pada hujung bulan 8 nanti. Ye lah, kita pun tak tau bila episod COVID19 nie akan berakhirkan. Harap Julai nanti dah selesai lah.



Tudung bawal nie, sey beli dari seller yang sama setiap kali. Rasa dah 10 tahun kot beli daripada dia nie. Setakat nie puas hati lah dengan kualiti tudung bawal yang dia jual. Corak pun cantik-cantik. Muke sey nie memang selesa dengan tudung bawal. Tudung lilit2 ke, sarung ke macam tak boleh pergi. Last year beli Bokitta, tak sesuai juga kat muke. Sekali sekala pakai OK. Suka tudung yang membentuk seperti topi kat kepala. Bagi nampak muke ku lebih selim...awwwww......

Harinie dah 3 hari selesai ganti puasa. Tinggal 1 hari aje lagi.


Spread the love

yours truly,

No comments:

Post a Comment

what say you?