Yours truly,

Me Academia

Wednesday, May 6, 2020

MCO Day 50: 13 Ramadhan menangkap burung

Salam,

Sebenarnya sey dah kurang idea menulis, bila dah sibuk balik dengan keje, otak hanya fokus dengan keje je. Harinie pun menyiapkan bahan untuk mengajar minggu nie. Tapi sey cuba juga lah menulis, kasi aktif sikit blog nie.

Harinie our cat Didi, berjaya menangkap burung, bukan kali pertama, dan tak ingat dah entah untuk ke berapa kali. Malang sekali burung tu, atau memang burung tu kamikaze. Tak tau lah macamman burung-burung boleh termasuk dalam balcony rumah, sebab boleh katakan 90% ditutup dengan dawai. Tujuannya tak nak bagi kucing kami terlepas keluar balcony. Tak tau juga apa yang menarik perhatian burung-burung nie sehingga nak masuk dalam balcony nie. Apa-apa pun burung yang sesat menjadi rezeki anak bulu kami.


Didi



Blessing semasa musim PKP nie, my other half imamkan solat sunat terawih kami. Sebelum-sebelum nie sey berjemaah dengan anak-anak je. Jarang sekali dapat berjemaah di surau atau masjid, itupun hujung minggu sahaja.



Macam nie gaya imam kami membaca surah untuk solat sunat terawih. Kreatif tak?


Spread the love

yours truly,


No comments:

Post a Comment

what say you?