Salam,
Saya anak bekas MRSM, MARESMAJay to be exact, SPM 93. Saya juga merupakan ahli ANSARA, persatuan bekas anak-anak MRSM. Banyak kenangan indah dan kurang indah semasa menjadi anak MRSMJay nie. Terlalu banyak untuk ditulis dalam satu lembaran ini. Tunggulah satu hari nanti ada kesempatan saya akan tulis.
Harinie nak cerita berkenaan program Tautan Kasih, program anak angkat. Ini anjuran kawan-kawan 1 batch. Sey join pun sebab rasa nak give back kepada maktab balik. Kami panggil sekolah tu maktab. AJK bersama guru kenalpasti murid-murid yang dari keluarga berpendapatan rendah, sama ada B40, single parents, dan sebagainya. Ada seramai 70 orang, daripada tingkatan 4. OK program ini bermula tahun lepas, jadi kami, ibu bapa angkat nie akan memberi sumbangan bulanan kepada anak-anak angkat masing. Setiap bulan RM50. Apa lah sangat RM50 sebulan untuk belanja anak-anak di sekolah kan. Ada yang ambil lebih sorang anak angkat, sey ambil sorang je, anak perempuan. Bukan apa, senang kita nak communicate nanti.
Tahun lepas kami pernah berkumpul sekali. Malangnya, tahun lepas tak dapat jumpa anak angkat sebab dia terpaksa balik ada urusan keluarga. Tahun ini, AJK organise hari keluarga bersama anak-anak angkat pada 7 dan 8 Mac. Kalau ikutkan dengan urusan nak ke Jepun masa tu, ingat tak dapat lah join. Tapi kesian pulak dengan AJK, ramai yang tidak dapat hadir kerana ada komitmen lain. Sey pula dah bagi nama untuk pergi. Jadi pada hari tu, bawa sekali my two princesses ke Linggi.
Masa group photo atas nie, sey tengah tengok2 tempat makan..melepas gue. |
Macam-macam aktiviti yang AJK susun, makanan pun sedap-sedap. Ramai yang membuat tajaan peribadi juga. Alhamdulillah. Haritu anak angkat sey pun ada sekali, dapatlah kenalkan dengan anak-anak sey juga.
Sempat bergambar sebelum matahari terbenam. |
Secara kesimpulannya, program ini berjaya diadakan. Tahniah lah kepada AJK, terutamanya ketua/kapten weols, atas usaha ini. Banyak perubahan sistem MRSM sekarang nie, takde lights off, makan bercatu, kurang riadah, lebih banyak aktiviti akademik. Macam tak fun masa zaman sey dulu. Huhuhuhu...anyway seronok sembang dengan anak-anak angkat nie. Ada yang tak pernah pergi bercuti tepi laut tau. I am glad this programme succeeded. We bring joy to the kids.
Kami, anak-anak bekas MRSMJ, ahli ANSARA. |
Rasa bertuah dapat sertai aktiviti macam nie. Ada masa, ada rezeki lebih, kita bagi balik ke alma mater.
Spread the love
yours truly,
No comments:
Post a Comment
what say you?