Yours truly,

Me Academia

Saturday, March 21, 2020

MCO Day 4: Brownies dan kuay teow

Salam,

Harinie MCO hari keempat. Aktiviti harinie, yoga 10 minit, vacuum dan mop lantai dengan bantuan yaya. Harinie my other half nak cuba take-out. So beli nasi lemak McDs aje untuk makan tengahari. Bila dah selesai makan, buat brownies pulak. Pre-mix Betty Crocker nie dah lame beli. Nasib belum expired lagi. Sey pun berani bakar kek sebab my other half dah beli tong gas extra. Yelah takut2 kang gas habis, tong gas kat kedai pun habis, naya je. Tak kan nak masak dalam PC je.



Yaya pulak dah lame tak pergi kelas memandu, kelas pun batal time2 MCO nie, jadi pagi tadi my other half jadi instructor. Pusing-pusing dalam nie aje. Nasib dalam kawasan rumah lengkap, bukit ada, side parking ada, 3 point ada, boleh buat sekolah memandu dalam nie huhuhu. Mula-mula takut2 juga, tapi sebab masih dalam compound apartment nie lagi OK kot.

Oh ya, semalam dapat email dari AirAsia, bagitau yg flight kami dari Tokyo ke KL cancel, so boleh tuntut full refund. Alhamdulillah. Terus ku login nak cakap ngan AVA dia, tapi makcik AVA busy betul semalam, mesti ramai yg login. So pagi-pagi tadi terus submit full refund application. Yang refund flight KL-Osaka belum ada progress lagi nampaknya. Bila terfikir balik, syukurlah kami decide untuk cancel trip ke Jepun. Walaupun frust jugalah, ye lah sebab plan lame kot, dah lah lame tak bercuti luar negara satu family. Kalau ikut degil, kami pergi juga haritu, nak balik sangkut pulak. Haru weii...nak duduk mana sementara tu, dah lah Malaysia lockdown, tak boleh masuk and tak boleh keluar. Elok2 bajet cukup, kena extra expenses pulak. Nie pun sebab bonda berkeras tak bagi pergi. Awal dia ingat sey pergi sorang bawa student. Bila cakap pergi dengan family bercuti, dia terus suruh cancel. Dia cakap nanti sampai sana kena tahan lah, bawa ke mana-mana lah... Ya Allah, cakap orang tua tu memang satu doa. Acib anak dia nie dengar cakap...ekekekekeke

Kami plan touchdown Osaka, pusing-pusing Kansai 5 hari, kemudian naik shinkansen ke Tokyo. Stay Tokyo lagi 5 hari kemudian baru balik Malaysia via Tokyo. Walaupun kita dah plan cantik punya, kalau Allah tak benarkan tak jadi juga. Allah sebaik-baik perancang. Memang rugi sikit, ye lah tak semua dapat refund. Tapi kita percaya yang rezeki tu Allah yg bagi, dia nak ambil pun bila2 Dia boleh ambil. Moga esok digantikan dengan lebih baik. Kita redha ajalah. InshaAllah ada rezeki lain esok. Aamiin.

OK sambung kisah harinie. Since tengahari makan nasi lemak je, petang goreng kuay teow untuk makan malam. Tak beli tauge sebab takut cepat rosak, so pakai sawi ajelah. Fishcake fishball mmg habis licin. Hai pelik lah orang Malaysia. Sebelum MCO melambak-lambak fishcake fishball sampai lembik dan rosak kat Giant tu, now takde langsung.



OK laahhh..till next time....



Spread the love

yours truly,

No comments:

Post a Comment

what say you?