Yours truly,

Me Academia

Monday, November 30, 2020

Masaknye Ayam Ungkep

Salam,

So, minggu nie, cuti mid-sem pun bermula. Sey ambil cuti harinie sebab tak nak fikir pasal keje, nak lepak-pelak, makan-makan ....hahahaha

Maka, tengahari masaklah sey. Sey cuba masak ayam ungkep. Ada kawan sey nie, senior sey, dah lame suh sey masak, dia kata sedap. Masa tu sey takut-takut nak cuba sebab tak pernahnye sey makan ayam ungkep nie. Tapi bila sey study resepi, sey tengok video chenom, oklah, sey cuba. Lagipun lauk ayam, what can go wrong kan. 

Nampak mengiurkan ekkk... OK, memang sedap ayam ungkep nie. Bahan pun mudah, tak ghenyah. Nampak macam rendang ayam, tapi tak pakai santan dan banyak bawang.





Resepi dia mudah, sey refer resepi chenom, video klik sini.

Bahan untuk setengah ekor ayam
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 ketul kenyit hidup
1 biji bawang besar
1 batang serai
10-15 tangkai cili api hijau
sedikit air
½ sudu besar jintan manis
½ sudu besar jintan putih
1 sudu besar serbuk ketumbar
½ ekor ayam
½ sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil garam
½ cawan minyak masak
1-2 batang serai (dititik)
Sekeping asam keping
sedikit gula
garam secukup rasa

Cara-cara? Alah tengok aje video chenom, bagi credit kat dia OK.



Spread the love

yours truly,

Saturday, November 28, 2020

Capsule vs Dripper

Salam,

Sape tahu bekas besi tahan karat tu? 



Just recently one of my xstudents, invited me to a private coffee group (private lah sangat, approval by invitation je 😁).  It's amazing to see a group of people talks about coffee, only. Some even discuss the science of coffee making. While others on the philosophy 🙄. Some of the members are adventurous, exploring different kind of coffee, but there are some who likes to chill with kopi kampung 🤗 (434 sedap yo). Nice... I learned a lot from that group.

So this afternoon I was looking for my good old vietnamese coffee filter. It was given by my brother years ago. It came with a superb vietnamese coffee ground, finished a long time ago. Vietnamese coffee, the best coffee so far ☕👍. I was reading on the dripping technique, they called it pour over. Hah sound so modern eh. Basically you just let the coffee bloom and drip slowly, like the old coffee machine (I mean coffee pot) way. 

Sometimes you need a break from the capsule machine and the instant coffee. I am planning to make my coffee the old way yezzaa.... Let's experiment!

Friends, if you have a cup of coffee in your hand, you are not alone 😍. Plus a good book and a comfy chair.

From a coffee lover to a coffee lover 😊.





Petang tadi, nak buat roti titab. Tapi telur terebus lama pulak hahahahaha...


Spread the love

yours truly,

Thursday, November 26, 2020

Melancholic mood: Kisah 4 musim di Brisbane

Salam,

Petang nie cuaca mendung, tapi tak hujan, angin nyaman. Teringat musim bunga di Brisbane. Awal-awal musim macam nie lah rasa. Sedikit sejuk, nampak macam nak hujan tapi tak hujan. Di Brisbane, ada hujan tapi biasa berlaku semasa musim panas. Sana kalau hujan tu memang lebat, butir hujannya besar-besar. Tu yang kadang-kadang berlaku hailstorm. Tapi tahun nie hailstorm berlaku bulan Oktober, kira agak awal-juga. Ialah peralihan monsun nie kan. Memang perubahan cuaca lain macam tahun nie. Macam kat sini, dah hujung bulan November, tapi masih kerap hujan. Biasanya waktu macam nie, hujan lebat di Johor. Ye lah, sapalah kita, manusia tiada kuasa, hanya merancang, tapi yang menentukannya Allah.

OK balik ke perasaan melancholy. semasa kat Brisbane, cuaca yang sey paling tak suke adalah winter. Sebab bila sejuk, hidung sey berdarah. Pelikkan, orang badan panas boleh sebab hidung berdarah, sey bila musim sejuk hidung berdarah. Paling teruk semasa mengandungkan miss t, masa tu tengah solat subuh, bila rukuk tu sekali menitis darah dari hidung. Kalau waktu lain, tahun lain, sey selalu hidung berkerak darah. Doktor cakap kapilari sey halus, senang bleed. Scary oiiii....

Second least favourite season, spring. Sebab rupanya sey nie ada allergy dengan spora bunga. Memang masa musim bunga sey akan selesama. Tapi it is common sickness sebenarnya. Tapi untuk sey kan, I was terrible. Lepas tu dia gatal-gatal miang kat kaki. Tapi kan, musim bunga memang cantik. Pokok-pokok dari yang kecil sekecil rumput sampai yang besar-besar berbunga. Pokok jacaranda, pokok semarak api, pokok semarak api kuning, subhanAllah berbunga. Lepas tu berbunga berjemaah pulak tu, mula-mula putih, lepas tu kuning, lepas tu purple, lepas tu merah.... cantik...

Summer, ok lah, cuma tak tahan panas. Bila musim panas nie, carpet kat rumah tu rasa gatal-gatal pulak. Rumah sewa kat sana, kebanyakan carpeted. Elok lah carpet sebab bila winter sejuk oiii...

So musim yang sey paling suka adalah musim luruh atau fall. Dia tenang-tenang aje, tapi cuaca tak menentu, kadang panas, kang tiba-tiba hujan.

OK itulah serba sedikit kenangan 4 musim di Brisbane.


Spread the love

yours truly,

Saturday, November 21, 2020

Korean toast and Springer book project

Salam,

Kadang-kadang takde idea nak masak apa untuk makan malam. Kena pulak anak-anak dan my other half dah tak nak makan berat-berat, kadang goreng mee tak laku, buat sandwich tak laku, kadang buat sup cicah roti aje.

Bila dah mati akal tu sey declare, "ok harinie bebas makan apa2," maksudnya sey tak masak apa-apa lah... so anak-anak selalu akan opt utk makan ramen atau mee segera. Memang ada aje stok makanan nie kat rumah. Sey bagi kebebasan pada anak untuk makan mee segera, tapi under control.

Sey pernah kongsi cerita pada anak-anak yang dulu, masa sey kecik-kecik, mee segera nie haram bawa masuk rumah....ahahahahaha.... so selalu sey dan abang sey makan curik-curik lah. Selalu masa bonda dan abah sey tak de kat rumah. Pernah jugalah hampir kantoi, baru nak mencekik mee, sekali bonda dan abah balik, terpaksa buang ke longkang. Kadang-kadang buang ke pangkal pokok pisang. Sey rasa bonda perasan tu, yelah, nampak sisa-sisa mee kat longkang, kat pokok pisang....tapi dia buat donno aje lah...hahahahaha... 

Yang peliknya, bila abang sey masuk hostel, memang dibekalkan mee segera nie. Bila abang dan kakak sey gi overseas sambung belajar, salah satu ration hantar ke sana adalah mee segera, kadang berkotak-kotak.... hahahhahah lawak lawak...

Tapi dengan anak sey, sey tak lah strict sangat, asalkan jgn kerap.

So ada satu harinie, sey teringin lah nak buat korean toast, nampak senang kan. Kebetulan sayur kobis tak luak-luak. So untuk dinner malam nie..... Taraaaa.... sey tambah chicken slice.





Sey dengan kawan-kawan sey ada contribute satu chapter dalam buku di bawah nie. Seronoknye bila dapat publish chapter dengan publisher tersohor antarabangsa.




Ini chapter yang kami contribute "e-Service Innovation Through Malaysian Consumer Perspectives: Case Studies of e-Hailing and e-Hypermarket."

Nak baca ke? Bolehlah ke link ini. :)



Spread the love

yours truly,

Sunday, November 15, 2020

Gardening Part IX

Salam,

Gardening Part 9.

OK jom tengok progress kebun kecilku. 

Update tanaman, tuai halia muda. Alhamdulillah.





Pokok serai akhirnya menjadi, kita biar dia rimbun dulu.


Semai benih sawi, dah tumbuh anak pokok, baru nak belajar. Harinie sey pindahkan yang besar ke pot masing-masing. Semoga makin galak dia membesar.



Pokok bayam nie dah dua kali tuai hasil. Hasil tak banyak, tapi setakat untuk makan 3 orang ok lagi. Dan nampak anak pokok baru pun dah mula keluar.



Spread the love

yours truly,

Kek cokelat pisang, kek kluster kayangan katanya

Salam,

Hari minggu datang lagi. Hari minggu ini bersemangat untuk mencuba resepi kek baharu. Kek pisang memang kegemaran seisi rumah. My other half kalau makan kek pisang, dia nak kek yang ada raisin dan cinnamon sedikit. Miss y dan miss t memang tak cerewet bab kek ini, kecuali kek santan burnt cheesecake yang buat kelmarin. Nampaknye resepi tu not a keeper lah.

So harinie sey cuba baking kek pisang cokelat kluster kayangan nie. Asyik lalu lalang aje kat wall FB sey. Ada sorang sahabat sey nie, dia terima tempahan kek ini, jadi hampir tiap-tiap hari dia share post tentang kek ini. Boleh tahan juga order dia dapat sekarang nie. Sey pun tak boleh tahan, nak order jauh. Kita buat sendiri dulu lorrrr.... 

OK mula-mula kita study resepi dulu. Sey nak resepi yang mudah, taknak bahan-bahan yang fancy. Dan kalau boleh nak sukatan yang mudah juga. Jadi, sey pun cubalah resepi buatoranglapo nie.... ohhh ada buttermilk rupenya, eggless resepi tapi ada buttermilk. Patutlah haritu ada colleague sey tanya, macammana nak buat buttermilk. Lama dah maghin, masa PKP first wave. Kek ni viral masa tu lah. Sey tanya nak buat apa dengan buttermilk, red velvel ke? Sebab saya hanya guna buttermilk sama ada untuk red velvet atau pancake. Kawan sey ada cakap untuk kek pisang kayang nie. Tapi masa tu sey tak bernafsulah nak ambil tahu hahahahaha. Tapi dua tiga minggu, semenjak PKPB nie, asyik lalu aje feed tentang kek pisang viral nie, sey pun, tak boleh jadi nie.

Semalam masa keluar cari bahan-bahan, sey cadang nak beli aje buttermilk. Tapi puas sey tawaf kat depan chiller supermarket, tak muncul-muncul juga buttermilk. Last-last sey pun buat aje lah sendiri. Tak payah risau, dalam resepi buatoranglapo tu ada cara-cara nak buat buttermilk.








Resepi nie takde telur, jadi sesuai untuk orang yang ada alahan telur. Kenapa panggil dia kluster kayangan, sebab pakai cokelat mahal. Tapi sey pakai hershey's aje, tak pakai callebaut, itupun nak habiskan hershey's. Dah tak nampak cokelat hershey's kat JG dah, alahai. Sey suka cokelat hershey's nie. Lepas tu sey pakai walnut, tak pakai almond sebab almond hiris takde. Tapi lagi sedap pakai walnut lagi. Verdict, resepi nie a keeper. Ramai pulak yang minta sey kek nie. PKPB nie, kita jamu mata ajelah dulu ye.


Spread the love

yours truly,

Friday, November 13, 2020

From macaroni to mee kari nyonya

Salam,
 

Apa khabar? Rupenya sey terlupa nak post pasal macaroni dan kari laksa nie ye....hahahhaha...

OK kita post aje lah.





Kena kari laksa nie special, sebab sey tambah bahan lain, serai dan serbuk ketumbar sikit. Rasanya lagi sedap....

OK bye....



Spread the love

yours truly,