Yours truly,

Me Academia

Thursday, November 26, 2020

Melancholic mood: Kisah 4 musim di Brisbane

Salam,

Petang nie cuaca mendung, tapi tak hujan, angin nyaman. Teringat musim bunga di Brisbane. Awal-awal musim macam nie lah rasa. Sedikit sejuk, nampak macam nak hujan tapi tak hujan. Di Brisbane, ada hujan tapi biasa berlaku semasa musim panas. Sana kalau hujan tu memang lebat, butir hujannya besar-besar. Tu yang kadang-kadang berlaku hailstorm. Tapi tahun nie hailstorm berlaku bulan Oktober, kira agak awal-juga. Ialah peralihan monsun nie kan. Memang perubahan cuaca lain macam tahun nie. Macam kat sini, dah hujung bulan November, tapi masih kerap hujan. Biasanya waktu macam nie, hujan lebat di Johor. Ye lah, sapalah kita, manusia tiada kuasa, hanya merancang, tapi yang menentukannya Allah.

OK balik ke perasaan melancholy. semasa kat Brisbane, cuaca yang sey paling tak suke adalah winter. Sebab bila sejuk, hidung sey berdarah. Pelikkan, orang badan panas boleh sebab hidung berdarah, sey bila musim sejuk hidung berdarah. Paling teruk semasa mengandungkan miss t, masa tu tengah solat subuh, bila rukuk tu sekali menitis darah dari hidung. Kalau waktu lain, tahun lain, sey selalu hidung berkerak darah. Doktor cakap kapilari sey halus, senang bleed. Scary oiiii....

Second least favourite season, spring. Sebab rupanya sey nie ada allergy dengan spora bunga. Memang masa musim bunga sey akan selesama. Tapi it is common sickness sebenarnya. Tapi untuk sey kan, I was terrible. Lepas tu dia gatal-gatal miang kat kaki. Tapi kan, musim bunga memang cantik. Pokok-pokok dari yang kecil sekecil rumput sampai yang besar-besar berbunga. Pokok jacaranda, pokok semarak api, pokok semarak api kuning, subhanAllah berbunga. Lepas tu berbunga berjemaah pulak tu, mula-mula putih, lepas tu kuning, lepas tu purple, lepas tu merah.... cantik...

Summer, ok lah, cuma tak tahan panas. Bila musim panas nie, carpet kat rumah tu rasa gatal-gatal pulak. Rumah sewa kat sana, kebanyakan carpeted. Elok lah carpet sebab bila winter sejuk oiii...

So musim yang sey paling suka adalah musim luruh atau fall. Dia tenang-tenang aje, tapi cuaca tak menentu, kadang panas, kang tiba-tiba hujan.

OK itulah serba sedikit kenangan 4 musim di Brisbane.


Spread the love

yours truly,

No comments:

Post a Comment

what say you?