Yours truly,

Me Academia

Showing posts with label cat. Show all posts
Showing posts with label cat. Show all posts

Thursday, October 22, 2020

Keletah anak bulu

Salam,

Dah hampir 8 tahun kami ambil anak bulu sebagai anak angkat kami. Macam-macam keletah, gaya, cerewet, karenah, episod suka dan duka dengan anak bulu nie.

Ahad lepas, nak jadikan cerita, sey nonton video orang tuai hasil tanaman, sayur-sayuran, petik sana petik sini. Sey pun berangan nak ada kebun sayur macam tu satu hari nanti 😊. Teringat arwah abah, pagi dan petang habiskan masa berkebun. Ke hulu ke hilir laman rumah. Happy dia. Macam-macam ada; cili, kunyit, serai, lengkuas, kantan, pandan, terung, kacang panjang, nenas.... pendek kata bahan asas untuk bonda masak semua ada kat rumah. Biaso sey lah yang pergi kutip. Apo lah sangat setakat kutip sayur kek belakang umah tu kan. Paling dasyat pun kono miang serai atau kono gigit somut api. Dulu tak banyak nyamuk kek belakang tu. Sekarang nie siaplah jadi mangso derma darah.
Kenangan dolu mengusik jiwo chewahhh... sey berangan sampailah habis video tu...
Bila habis video, sambil tersengih, sey toleh kanan.... omak aaiii... tokojut sey, apo pesen kau nie jang? Macam kojung yo kek situ... potong stim betul lah...


Ada lagi 2 ekor, dua-dua betina. Kami kurung dan gilir-gilir keluar sebab ang bujang atas nie kekwa kan main. Dia punya jaki ngan gegirl 2 ekor tu memang tak boleh bawak bincang. Jadi sekali sekala gegirl keluar dia punya manja..... Hmmmmm... Asyik nak duduk kat riba aje. Kebas kaki sey...





Kan main kembang bulu si lulu nie....baru lepas dimandikan.




Spread the love

yours truly,

Thursday, May 14, 2020

MCO Day 58: 21 Ramadhan blue screen, I'm blue

Salam,

Busy busy busy day. Harinie ada kuliah, kemudian sambung meeting dengan supervisee. Kemudian siapkan bahan ngajar esok. Tanya group member update tentang buku, nan ado yang reply. Payah nie.

Hei lulu, sedap kau baring ye. Dalam tido ada jaga.

Esok nak gi survey tablet la, standby takut beloved X1 carbon buat hal. Dah selalu sangat masuk dump.





Spread the love

yours truly,

Wednesday, May 6, 2020

MCO Day 50: 13 Ramadhan menangkap burung

Salam,

Sebenarnya sey dah kurang idea menulis, bila dah sibuk balik dengan keje, otak hanya fokus dengan keje je. Harinie pun menyiapkan bahan untuk mengajar minggu nie. Tapi sey cuba juga lah menulis, kasi aktif sikit blog nie.

Harinie our cat Didi, berjaya menangkap burung, bukan kali pertama, dan tak ingat dah entah untuk ke berapa kali. Malang sekali burung tu, atau memang burung tu kamikaze. Tak tau lah macamman burung-burung boleh termasuk dalam balcony rumah, sebab boleh katakan 90% ditutup dengan dawai. Tujuannya tak nak bagi kucing kami terlepas keluar balcony. Tak tau juga apa yang menarik perhatian burung-burung nie sehingga nak masuk dalam balcony nie. Apa-apa pun burung yang sesat menjadi rezeki anak bulu kami.


Didi



Blessing semasa musim PKP nie, my other half imamkan solat sunat terawih kami. Sebelum-sebelum nie sey berjemaah dengan anak-anak je. Jarang sekali dapat berjemaah di surau atau masjid, itupun hujung minggu sahaja.



Macam nie gaya imam kami membaca surah untuk solat sunat terawih. Kreatif tak?


Spread the love

yours truly,


Friday, April 17, 2020

MCO Day 31: Our furry kits...adult dah

Salam,

Harinie bz sikit. Dok siapkan teaching plan yang kena replan dan bahan-bahan untuk penilaian. Kuliah akan bermula semula pada 27 April.

My other half pergi market harinie. Biasa bila dia gi market kite pun tak boleh nak buat apa-apa, kena standby tunggu call dia. Macam on call. Cuma harinie lambat pulak dia call. Rupanya dia kata, harinie q panjang. Dia sampai pukul 8, q dah panjang sampai ke KFC tu. Perrghhhh.... ramai orang, tapi bila dah masuk tu, ok smooth je.

Harinie takde post makanan, sebab masuk sup ekor yo.

Jadi harinie nak post pasal kucing-kucing kami yang dah besar nie. Dah 8 tahun bela diorang, kecuali koko ada 7 tahun lebih dah.

Lulu aka Luna'tic' aka Excesive Licker
Didi aka didot aka boyot


Koko aka budak cekelat aka gogo

dan Tamtam dalam kenangan....

Tamtam aka mokmok


Spread the love

yours truly,