Salam Saturday Nite Peeps,
For the passed few days I have been humming this familiar song but I could not remember the title. Cuba ingat bny kali, cuba google with limited lyrics, tak berhasil juga. Balik rumah bonda, ku geledah almari buku bonda, carik buku electone lame. Kalau tak kerana nak carik juga tajuk lagu tu, takdenya tengah-tengah malam nak bukak almari yang dah berhabuk tu. Nasib baik tak keluar lipas...huhuhu
Rasa dah bertahun tak tengok buku nie, semenjak dah kahwin. Organ pun dah lame terkubur, mati dek di makan anai-anai. Masa tu tak ambil tahu pun mana ayahanda simpan buku muzik. Tapi dah kerana lagu nie dok terngiang-ngiang...arrghhhh ku cari juga di malam purnama penuh nie. Lunatik ke?!
Tapi... tak berhasil juga...adoiiii.... camne nie.... ada lagi 3 buku missing...kat mana nak carik lagi? Rasa tak simpan kat rumah.....
Masa belek2 buku muzik nie, teringat kisah silam, pahit manis belajar dan berlatih. Paling tak tahan bila buku jari diketuk dengan pembaris kayu setiap kali salah, bila instructor minta ulang bny kali bila salah, kena tarik telinga bila salah dengar, instructor merajuk tak nak ajar bila asyik buat salah. Cikgu memang garang, Miss Shanie Khoo namanya, dari step 3 smpi step 8, dari grade 13 smpi grade 6. Nak masuk grade 5 (professional grade) cakap ngan bonda, tak larat dah mak. I wonder where Miss Khoo is now...
Nampaknye tak berhasil juga nie.... cuba ingat pelan-pelan lah...rasa lagu Carpenters. Nanti cuba hum kat my other half kot2 dia tahu.
Simpan gambar nie utk kenangan.
(post-post: semalam sebelum tido mlm tadi, dek kerana nak tido dengan tenang, sey pun berdoa, "Ya Allah, berilah aku petunjuk." Teruknye la hai aku nie sampai berdoa pada Allah. Dan Allah izin kan aku bermimpi lagu tu semalam.
Tajuk lagu: Those were the days.
Penyanyi: Mary Hopkin
Youtube: Watch/Listen here https://www.youtube.com/watch?v=QptZ8tYZAkE
Alhamdulillah...case closed.)
Spread the love
yours truly,
No comments:
Post a Comment
what say you?