Yours truly,

Me Academia

Showing posts with label sekolah. Show all posts
Showing posts with label sekolah. Show all posts

Tuesday, December 15, 2020

First experience: Miss t interview TS Dr Jemilah Mahmood

Salam,

Sabtu, 12 Disember 2020. Nie bukan nak cerita tentang jualan 12.12 ye. Tidak lah sey terpengaruh dengan jualan bulanan nie. Rasa dah takde special bab2 sale nie, harga sama, free postage aje yang diberi.

Tapi, yang sey nak cerita nie, tentang pengalaman miss t jadi host untuk siaran live yang dikendalikan oleh Design for Change Malaysia. Miss t temubual Tan Sri Dr Jemilah Mahmood pada haritu. Temubualnya 10 minit, persiapannya 1 minggu . Terima kasih kepada cikgu Myzatul Sarah atas bimbingan dan galakkan, dan yang paling penting, peluang yang diberi kepada miss t untuk menemubual TS. Alhamdulillah, it all went well. 



Untuk rakaman video, boleh tonton di page Design for Change Malaysia. 

Untuk simpanan, beberapa ciapan daripada TS Dr Jemilah sebelum temubual tersebut.






Alhamdulillah, thank you Allah for this opportunity. A milestone for miss t.


Spread the love

yours truly,

Saturday, October 24, 2020

Kes meningkat di daerah Seremban, sekolah tutup sehingga 9hb November

Salam,

Harinie kes positif melompat naik guys... Dah lebih 1k...bukan cocah lai, lobih 1k.... Allahuakbar....


KPM pun dah keluar kenyataan media, mulai 26 Oktober sehingga 9 November sekolah di daerah Seremban ditutup.

"Mama.... Sekolah tutup....ala I don't like this" jerit miss t.🙄

"Takpe cikgu mama and cikgu kakak ada😉"......😁😜


Spread the love

yours truly,

Wednesday, September 30, 2020

From my bookshelf - Tunas by Hlovate

Salam,

Just for the record, I have surpassed my reading challenge. I pledged to read 15 books this year. But I have read 17 books in total, so far, wait.... 16 + 1, 16 books and 1 comic. I found a MAD comic last week, a special edition, on sale. So I bought it. 

One of the latest books I have read is Tunas by Hlovate. Seperti yang sey gebeng kat post lepas, kat sini, sey jumpa buku Hlovate nie kat kedai buku 2nd hand. Brother kedai tu cakap nie collector's item. Orang cari buku nie sebab dah tak cetak lagi. So dia jual kat sey RM80. Sey pun percaya lah. Bila balik sey buat research, baru nak buat cheh, sekali tengok ada je yang jual bawah RM50. Cuma ye lah, tak de sangat orang jual 2nd. Ahhhh apa-apa lah.

So sey dah baca buku nie. Alah citer budak-budak hostel. Main character dia Addin, seorang budak perempuan, dan dia ada kembar lelaki. Dua-dua pergi ke sekolah yang sama. Cuma pada awal cerita tu, karektor kembar lelaki tu digambarkan seperti seorang kawan, kunun tiada hubungan. Sampailah pada satu kejadian ini, pada hari kelahiran Addin nie, kembar lelaki nie datang ke kelas prep Addin, yang pada masa tu ramai tak tau hubungan kan, so ramai yang ingat Addin nie couple lah dengan kembar dia, macam hubungan rahsia macam tu. Dan .......haaa korang bacalah. 


Buku ini best, oklah, budak-budak suke baca nie. Yang buat best ialah buku ini mengingatkan sey tentang kisah sey di maktab. Sekolah tunas nie pun coed, ada MPP macam BWP. Ada pengawas macam LDP, ada librian macam PPSP. 

OK sey bagi rating 4 out of 5.


Spread the love

yours truly,

Friday, August 14, 2020

Menjeruk cili, bahagian 2

Salam,

Projek jeruk cili miss t hampir dilupakan oleh tuan punya projek. Kelmarin semasa menggoreng mihun singapore, terus teringat akan jeruk cili. Mesti dah cukup elok untuk makan. Tuan punya pun tak kisah, dia pun bukan suka benda-benda jeruk ini. Tapi oleh sebab ini merupakan projek sains, sey pun makanlah cili jeruk ini dengan mihun bagi pihak dia. Miss y pun makan sama. Sedap jugak. Lepas nie ada cili lebih kita buat jeruk aje. 








Spread the love

yours truly,

Monday, July 20, 2020

Menjeruk cili, jangan menjeruk hati

Salam,


Ahad malam Isnin, tengah rehat-rehat lunjur-lunjur kaki, miss t tanya, "mama boleh beli mangga tak esok?" . "Adik nak buat ape?", sey tanya, "untuk science projek," katanya.

Allah, sey memang malas nak singgah kedai esok. Sabtu dan Ahad nie pun asyik keluar masuk rumah beli barang dapur bonda. Hey miss t nie pun satu, malam-malan camnie, nak sekolah esok baru lah teringat nak beli itu ini. Nie mesti leka siang hari, malam baru nak check list sekolah. 

Sey pun cakap,

"Ala dik, mama malas lah nak singgah kedai esok. Ada tak benda lain selain mangga?'
Adik said something, but I forgot what was it. Her science project is about pickling, menjeruk. Then she said,

"Takpelah mama, esok kawan adik bagi nenas, nak buat jem"
" Dah buat jem pulak, tadi kata jeruk. Lagi payah nak buat jem, nak blend, nak masak lagi. Masak tu payah juga, nanti meletup-letup," sey terangkan pada miss t.

Hmmmmmmm..... kemudian sey teringat. I turned to miss y.

"Eh kakak, bukan pernah ke buat projek sains jeruk nie?"

"Haah"

"Awak buat jeruk apa?"

"Kakak buat cili je"

Haaa cili..... cili hijau pun banyak dalam fridge.

"Haaa... apa kata adik buat cili jeruk?" sey memberi idea.

"Cili jeruk? Nanti macammana nak makan tu? Adik kena tunjuk bukti makan dengan jeruk tu?"

"Makan lah dengan mee goreng ke, mihun goreng ke?" sey bagi cadangan.

"OK...."

Maka, malam tu, sebelum sey tido, sey pun siapkan bahan-bahan untuk menjeruk cili. Sey pun bukan tau pun buat, dulu pun miss y yang buat sendiri. Apa lagi sey pun meng google, jumpalah page ini



Nanti boleh tengok hasilnya, jadi ke tidak.


Spread the love

yours truly,

Monday, March 9, 2020

It's give back time: Program Tautan Kasih.

Salam,

Saya anak bekas MRSM, MARESMAJay to be exact, SPM 93. Saya juga merupakan ahli ANSARA, persatuan bekas anak-anak MRSM. Banyak kenangan indah dan kurang indah semasa menjadi anak MRSMJay nie. Terlalu banyak untuk ditulis dalam satu lembaran ini. Tunggulah satu hari nanti ada kesempatan saya akan tulis.

Harinie nak cerita berkenaan program Tautan Kasih, program anak angkat. Ini anjuran kawan-kawan 1 batch. Sey join pun sebab rasa nak give back kepada maktab balik. Kami panggil sekolah tu maktab. AJK bersama guru kenalpasti murid-murid yang dari keluarga berpendapatan rendah, sama ada B40, single parents, dan sebagainya. Ada seramai 70 orang, daripada tingkatan 4. OK program ini bermula tahun lepas, jadi kami, ibu bapa angkat nie akan memberi sumbangan bulanan kepada anak-anak angkat masing. Setiap bulan RM50. Apa lah sangat RM50 sebulan untuk belanja anak-anak di sekolah kan. Ada yang ambil lebih sorang anak angkat, sey ambil sorang je, anak perempuan. Bukan apa, senang kita nak communicate nanti.

Tahun lepas kami pernah berkumpul sekali. Malangnya, tahun lepas tak dapat jumpa anak angkat sebab dia terpaksa balik ada urusan keluarga. Tahun ini, AJK organise hari keluarga bersama anak-anak angkat pada 7 dan 8 Mac. Kalau ikutkan dengan urusan nak ke Jepun masa tu, ingat tak dapat lah join. Tapi kesian pulak dengan AJK, ramai yang tidak dapat hadir kerana ada komitmen lain. Sey pula dah bagi nama untuk pergi. Jadi pada hari tu, bawa sekali my two princesses ke Linggi.

Masa group photo atas nie, sey tengah tengok2 tempat makan..melepas gue.

Macam-macam aktiviti yang AJK susun, makanan pun sedap-sedap. Ramai yang membuat tajaan peribadi juga. Alhamdulillah. Haritu anak angkat sey pun ada sekali, dapatlah kenalkan dengan anak-anak sey juga.


Sempat bergambar sebelum matahari terbenam.
Secara kesimpulannya, program ini berjaya diadakan. Tahniah lah kepada AJK, terutamanya ketua/kapten weols, atas usaha ini. Banyak perubahan sistem MRSM sekarang nie, takde lights off, makan bercatu, kurang riadah, lebih banyak aktiviti akademik. Macam tak fun masa zaman sey dulu. Huhuhuhu...anyway seronok sembang dengan anak-anak angkat nie. Ada yang tak pernah pergi bercuti tepi laut tau. I am glad this programme succeeded. We bring joy to the kids.

Kami, anak-anak bekas MRSMJ, ahli ANSARA.

Rasa bertuah dapat sertai aktiviti macam nie. Ada masa, ada rezeki lebih, kita bagi balik ke alma mater.



Spread the love

yours truly,