Yours truly,

Me Academia

Tuesday, August 18, 2020

Gardening Part VI

Salam,

Dah masuk part VI dah gardening nie. Nie cukup 10 sey tukar pakai nombor arab lah. Nombor roman nie tak hafal sangat aiii....

So Ahad lepas kami ke Seremban, seperti biasa uruskan barang mak. Kami singgah lah pasar tani, asalnya nak carik racun cicak, tapi tak jumpe. Sey ternampak pokok kari dan daun sup. Sey pun apa lagi, shopping anak pokok lah sey...



Daun kari nie asalnye dalam polibeg, sey pindahkan ke pasu. Harap dapat hidup dengan selesa lah dalam pasu tu. Nampak daunnya cantik, cuma pagi tadi semasa sey buat inspection nampak ada bintik-bintik hitam sikit. Sey pun siram dengan air beras. Tengok esok pagi macam mana.


Oleh sebab sey tak nak kuciwa menanam daun sup, sey pun beli lah. Beli 1 pasu je, tapi sebab merimbun sangat dan daun pun kecik-kecik, sey pun alihkan ke dua pasu, kira pecah 3. Masa tengok dari jauh confuse juga, nie daun sup ke daun ketumbar. Bila dekat baru nampak daun sup, tapi apsal daun dia kecil-kecil. Esok harinie daun sup nie semua rebah. Allah sedih betul sey rasa. Sey memang betul-betul lupa untuk letak daun sup nie kat tempat redup sikit sebab baru pindah rumah kan. Jadi malam semalam puas sey repair dia, buang yang kuning-kuning, kurangkan daun-daunnya, mana dah rebah sangat tu sey potong, simpan dalam fridge. Kemudian sey tawakal aje lah.



Balik keje tadi, tengok daun sup dah tegak balik. Syukur Alhamdulillah. Faktor panas boleh jadi tu. Pastu sey pun siram air sikit-sikit, biar medium aje yg basah, tak mau batang dia basah. Harap tahan lama lah daun sup nie.



Bayam sey nie tak besar-besar juga lah. Nak masuk 1 bulan nie.


Spread the love

yours truly,

Saturday, August 15, 2020

My other half birthday dinner at Music for Food and makan ikan bakar at Bagan Lalang

Salam,

So yesterday my other half celebrated his 44th birthday. Kami takde lah sambut birthday beria-ia. As usual, we went out for lunch or dinner. And because his birthday fell on a working day, so we celebrate over dinner. Miss y who took in charge of the birthday card is very busy this time. With classes and assignments and frequent tests or quizzes, she managed to make a birthday card with the help of miss t lah...biasanya miss t nie buat touch up je....hahahahhahaha So tahun nie my other half dapat simple card lah, nampak kurang hiasan, takpe lah janji ada kan....



So the kids requested KyoChon, the initial plan was to celebrate there because of the birthday promotion that they offered, but my other half wanted to check out a new place in town. So we went to Music for Food. It's a cosy place and I love the deco. What attracted me, besides the food, is the reading nook that they have near the entrance and their book selection, sama pulak taste dengan sey. They have live band on weekend's night. 





Their menu although somewhat ordinary western food, the name and food presentation is something different. We ordered lamb orghini (it's a lamb chop, I guessed they wanted it to sound like Lamborghini); hambuga steak that comes with garlic toast or rice, I choose garlic toast; bolognese and chilli cheese fries. I could not finish my hambuga steak, it was a big size meat patty which I think was more than a quarter-pound. 



I don't give ranking to the food that I eat because lain orang lain pendapat dan rasa, but I only write a review to the food that I recommended. Adillah untuk kita cakap benda yang baik bila barang baik, yang tak baik tu baik sey bagitau kat owner terus. Adat menilai orang macam tu, kadang sey tak faham orang kite nie, nak condemn aje keje pastu bagi semua orang dengar dan tahu. Jaga air muka orang tu sikit. Dah aku membebel pulak.

So I recommend Music for Food nie. Kalau nak santai uols datang malam hujung minggu, ada live band. Cuma parking payah sikit lah kat situ, kena awal, sebab ada pasar malam @ car booth sale kat area Nilai Square tu. Price wise standard untuk western, not too pricy, kira affortable. Carik dia kat facebook ye. 

Harinie my other half ajak makan seafood pulak. Tempat yang kami selalu pergi nie, Senandung Malam kat Bagan Lalang. Biasa kami sampai dalam jam 6 lebih sikit, pukul 7 dah mula makan. Siap makan solat maghrib dulu, ada surau kat belakang restoran nie. Tapi haritu sampai lewat, nak pukul 7 malam, sebab ada roadblock kat pekan Bagan Lalang tu. Polis check orang dalam kereta, nak jaga SOP. Sampai-sampai aje, dah nak penuh restoran, dengan meja yang dah reserved lagi. Mujur Q nak pilih ikan tak panjang, kira beratur dalam 10 minit dah boleh pilih ikan. Tapi menunggu nak makan tu, dekat 2 jam oooiiiiiiiii......perrghhhhhhhhh Tengok gambar nie ajalah, nie kami baru duduk.



Mujurlah dapat meja. Masa mula-mula sampai tu nampak meja dah siap pinggan semua, tapi tak de tulis reserved pun, so kami minta miss y dan miss t duduk situ. Masa beratur nak pilih ikan tu my other half tanya adik keje kat situ, "tu meja tu ada orang ke?". Adik tu cakap,"yang mana ada pinggan tu dah reserved bang, nanti saya cari meja, berapa orang?". Perrghhhhh masa tu sey dah alamak, dah nak pilih ikan nie, meja takde lagi. Risau weiii...ada yang makan tepi pantai tu nanti...hahahhahah. Kebetulan masa tengah pilih tu, ada customer lain bangun, so kami dapatlah meja.

Dengan SOP PKP nak pilih ikan kena jarak-jarak. Pastu customer sebelum kami macam beli ikan sotong nak makan sebulan, rupenya datang 20 orang. Perrghhhh....masak aku.... lepas tu customer lepas kami, sorang makcik, pun pilih ikan sotong lagu tu. Mana tak kami tunggu 2 jam baru dapat makan. Ramai betul yang datang dengan family besar. Mana tak penuh restoran tu. 

Kami suka pergi situ sebab harga dia not bad dan masakan dia sedap. Sebelum ini takde masalah menunggu, kejap aje siap hidang. Tapi hari ini memang horror lah. Seriau juga sey bila ramai orang nie. My other half cakap, nie boleh dapat 10k satu malam nie. Perrghhhh orang biasa kira-kira nie, tengok crowd aje boleh tau berapa income restoran tu...hahahhahahha Sebab tu sey rasa my other half nie ambil salah bidang masa belajar dulu. Tapi yelah, kalau ambil bidang lain kang, tak jumpe pulak sey kan...chewah....


Sementara tunggu makanan sampai, layankan sunset dulu, view yang sey suka, matahari naik, matahari turun, dan awan. Tenang aje. SubhanAllah, kejadian Allah yang sey suke. 



Spread the love

yours truly,

Friday, August 14, 2020

Menjeruk cili, bahagian 2

Salam,

Projek jeruk cili miss t hampir dilupakan oleh tuan punya projek. Kelmarin semasa menggoreng mihun singapore, terus teringat akan jeruk cili. Mesti dah cukup elok untuk makan. Tuan punya pun tak kisah, dia pun bukan suka benda-benda jeruk ini. Tapi oleh sebab ini merupakan projek sains, sey pun makanlah cili jeruk ini dengan mihun bagi pihak dia. Miss y pun makan sama. Sedap jugak. Lepas nie ada cili lebih kita buat jeruk aje. 








Spread the love

yours truly,

Thursday, August 13, 2020

Gardening Part V

Salam,

Semenjak dah bercucuk tanam nie, my morning and evening rutin dah berubah. Sebelum pergi kerja jenguk pokok dulu, spray anak pokok, say hi kepada pokok besar. Balik keje, kalau sempat cabut weeds, dan siram pokok lepas solat isya dan bercakap-cakap sikit dengan pokok. Patutlah orang kata kena cakap dengan pokok, bila kita cakap, "ok kuat tau", "ok tumbuh lagi", kite tengok pokok akan bersemangat, dengan izin Allah sudah tentu. Seronok pulak bila pokok-pokok yang kita tanam menjadi. 

Sebelum raya haji haritu, sey semai anak benih baharu; kangkung, bayam dan rumput untuk kucing. 

Tadaaaa....



Rumput kucing yang dah matang, dah habis pun anak-anak bulu sey lenjan. Jimat kos betul. Kalau beli kat pet shop tu mau RM15 satu bekas, itupun kena semai sendiri. Kalau jadi-jadilah. Ini sey beli aje dari biji benih dan s emai sendiri. RM2 ringgit sahaja 1 paket. OK kos semai semua tak sampai pun RM5. Itu sey dapat 4 bekas tau.....jimat betul.......

Penting untuk kita bagi kucing atau anak-anak bulu nie gigit-gigit rumput sekali sekala, untuk jaga sistem pencernaan mereka. Bulu mereka pun nampak lebih cantik dan bersih. Selain daripada itu, mulut kucing kurang berbau. Nie macam ala-ala bersugi lah untuk mereka. Tu yang habis pokok serai sey di kokaknye budak bulu dalam gambar nie.


Nie anak pokok bayam sey, nampak naik cantik. Berumur 3 minggu dah. Tak sabar nak tunggu hasilnya.




Dua gambar nie nak tunjuk anak pokok kucai, tu yang kecik-kecik tu. Memang habis berterabur anak benih, sampai ke pasu paling kanan sekali. Sey biar dulu mereka menumpang, esok dah besar baru alih ke pasu sendiri.


Suka betul tengok daun bawang nie. Terima kasihlah hamba Allah yang share cara tanam pokok bawang. Memang mudah dan berkesan.


Anak daun kesum, yang baharu dan yang lama. Daun kesum nie nampaknye sesuai dengan tanah kat flower bed luar rumah. Mungkin sebab campuran tanah liat, mereka suka. Alhamdulillah hidup subur.




Pokok kangkung sey, dah tambah anak baru. Alhamdulillah, dah 2 kali ambil hasil untuk masak.



Haritu sey ada beli water dripper nie sebelum raya haji haritu, risau tinggalkan pokok kesum dan pokok kangkung tanpa air. Dua-dua pokok nie perlu air. OK pakai water dripper nie. Nak kena cari botol besar sikit. yang itu 250ml, tahan 3 hari aje untuk drip yg paling minimum. Nampak daun kunyit sey yang tepi tu kuning-kuning, rasa sebab kena panas, yang lain tu terlindung sikit.


Pokok daun bawang yang sulung sey tanam guna teknik terletak tu. Nie pun dah ambil hasil 2 kali. Sey tengah buat experiment nie, kalau dah ambil hasil dia tumbuh balik tempat yang sama tak? Macam kangkung. Sebab tengok ada anak lain pulak yang keluar. Kita tunggu ye hasil pemerhatian sey. Apa yang sey tahu sekarang, letak atas tanah lebih baik daripada tanam dan saiz daun bawang tu ikut saiz bawang, kalau besar, besarlah daun bawangnye. 

Next projek sey nak tanam sawi pulak. Dah beli anak benih, cuma sey tunggu bayam tu menjadi dulu baru fokus kepada projek yang baharu.

Alhamdulillah.... Allah mudahkan. Sekarang nie nak masuk kuning, ambil je daun kunyit kat luar. Nak masak nasi goreng, kangkung petik sendiri. Mihun pun boleh tambah daun bawang sendiri. Cuma serai sey nie belum jadi-jadi lagi, tak taulah kenapa, kurus je, dan tak keluar banyak anak pun. Bila research katanya jangan siram selalu, tak boleh banyak air. OK lah sey cuba untuk tidak siram selalu.

Haritu ada jumpa gambar lama, pokok kunyit yang arwah abah tanam masak kat Brisbane. Pokok kunyit tu kemudiannya mati, dan semenjak haritu sey merajuk untuk bukan sahaja tanam, malah jaga pokok juga. Merajuklah sey nie tak dapat menanam kononnya. Bila fikir-fikir balik, sey biarkan pokok tu kat tempat gelap, tak cukup matahari. Sebab masa tu winter, sey pergi sorok pokok kunyit tu dalam cabinet bawah sinki dapur...hahahahhaha...konon nak selamatkan pokok tu dari kesejukan. Rupanya pokok kunyit nie perlu cahaya matahari. Sebab dia berdaunkan. Sebab itulah kena rajin membaca.


Spread the love

yours truly,

Saturday, August 8, 2020

Finally, I made Basque Burnt Cheesecake

Salam, 

I still have a block of cream cheese left from the Hummingbird cake project. Was thinking apa nak aku buat dengan 1 box nie. Nak buat cheesecake, I need to buy 1 block more, and so far I didn't see any philly. Nak buat carrot cake ke, alahai malas pulak. Then since I kept 2 boxes of whipping as stock, so I decided to make that basque burnt cheesecake. Come on fazid, give it a try, AF pun dah ada, it's trending now. Dan bahan semua dah ada....

Makanya, terjadilah that basque burnt cheesecake. 
Resepi diambil dari daripada page AF.

250gm cream cheese
125ml whipping cream
3 large eggs (grade A)
1/4 cup of caster sugar
2 tbs of flour (I used self-rising flour)
1 tsp of vanilla flavour/essence

Process everything in a food processor or blender (exclude the flour). Once mixed, add the flour then process again.
Bake in AF at 180deg C, for 25 minutes.
Chilled before serve.
OK, burnt cheesecake mission complete. Next project please.



Spread the love

yours truly,

Monday, August 3, 2020

Smoked salmon sandwich with homemade toum

Salam,

I regularly seek my other half opinion on meal, be it for lunch, tea or dinner. Because ye lah, I cook for the family, and usually what my other half eat, we eat. Kalau ikutkan my other half nie memang tak cerewet, kalau hari susah nak buat keputusan, apa-apa lauk ayam dia OK, kecuali ayam masak sup atau tomyam...hahahahaha... Kalau lauk ikan, memang dia tak berapa sangat, kecuali buat belado atau goreng sajo. 

So recently, out of nowhere he said, "yang, you tak pernah buat salmon sandwich, boleh kan salmon nie buat sandwich?". We were eating sushi at that time, and he was holding a salmon sushi. So I said, "boleh yang, nanti I beli smoked salmon. Haritu I ada beli for miss y, dia makan camtu je, tak tau you suke."

So, for dinner tonite, I made smoked salmon sandwich, with the homemade toum. Memang toum tu buat sandwich lagi sedap. Can't stop eating it.


Spread the love

yours truly,

Make that 'toum', that yummy Lebanese garlic spread

Salam,

There is one Arabic restaurant in the neighbourhood that sells a variety of middle-east food. My favourite is their mixed grilled which contains 3 types of kebab from lamb, beef, and chicken. The mixed grill is served with wrap and fries. And what makes it so delicious is the garlic spread or dip or paste, whatever they call it, that came with the meal. The garlic spread is so smooth and creamy, and you can just eat it as it is. We use it as a dip to many things.

It was so delicious that I get addicted and craved it. For long I wanted to make it. But there will always be something that delays the project. So recently, with the Eid celebration, since it was a family feast, so I bought a lot of garlic. Most are young and still hard. I searched on the web for the recipe.

I studied from these sources:


1 cup of freshly peeled garlic.
3 cups of canola oil
1/4 cup freshly squeezed lemon juice (about 1 medium-size lemon)
1 tbs of salt



Method:

1. Using food processor, processed garlic with salt. Scrapping the side as much as you need to ensure all garlic is processed.
2. Once the garlic has turned slightly to paste, drizzle in 1/2 cup of oil. This is an important technique, do not pour but drizzle in, like a thin stream of oil.
3. After 1/2 cup of oil is in, add 1 tbs of lemon juice. 
4. Let the lemon juice incorporate then add another 1/2 cup of oil. Repeat the lemon juice-oil step until finish.
5. It takes about 15 minutes to complete the process until you get a creamy smooth texture like the picture below. 




Love it love it love it. 

But I think I need to make a little adjustment. I found the taste overpowering, so pungy, I think I have put more than enough garlic. Maybe I should try some of the tips given by this page Lebanese Garlic Sauce (Toum). And I need to reduce the salt, or change to kosher salt instead of white salt. Nonetheless, it was a success.



Spread the love

yours truly,