Yours truly,

Me Academia

Thursday, August 13, 2020

Gardening Part V

Salam,

Semenjak dah bercucuk tanam nie, my morning and evening rutin dah berubah. Sebelum pergi kerja jenguk pokok dulu, spray anak pokok, say hi kepada pokok besar. Balik keje, kalau sempat cabut weeds, dan siram pokok lepas solat isya dan bercakap-cakap sikit dengan pokok. Patutlah orang kata kena cakap dengan pokok, bila kita cakap, "ok kuat tau", "ok tumbuh lagi", kite tengok pokok akan bersemangat, dengan izin Allah sudah tentu. Seronok pulak bila pokok-pokok yang kita tanam menjadi. 

Sebelum raya haji haritu, sey semai anak benih baharu; kangkung, bayam dan rumput untuk kucing. 

Tadaaaa....



Rumput kucing yang dah matang, dah habis pun anak-anak bulu sey lenjan. Jimat kos betul. Kalau beli kat pet shop tu mau RM15 satu bekas, itupun kena semai sendiri. Kalau jadi-jadilah. Ini sey beli aje dari biji benih dan s emai sendiri. RM2 ringgit sahaja 1 paket. OK kos semai semua tak sampai pun RM5. Itu sey dapat 4 bekas tau.....jimat betul.......

Penting untuk kita bagi kucing atau anak-anak bulu nie gigit-gigit rumput sekali sekala, untuk jaga sistem pencernaan mereka. Bulu mereka pun nampak lebih cantik dan bersih. Selain daripada itu, mulut kucing kurang berbau. Nie macam ala-ala bersugi lah untuk mereka. Tu yang habis pokok serai sey di kokaknye budak bulu dalam gambar nie.


Nie anak pokok bayam sey, nampak naik cantik. Berumur 3 minggu dah. Tak sabar nak tunggu hasilnya.




Dua gambar nie nak tunjuk anak pokok kucai, tu yang kecik-kecik tu. Memang habis berterabur anak benih, sampai ke pasu paling kanan sekali. Sey biar dulu mereka menumpang, esok dah besar baru alih ke pasu sendiri.


Suka betul tengok daun bawang nie. Terima kasihlah hamba Allah yang share cara tanam pokok bawang. Memang mudah dan berkesan.


Anak daun kesum, yang baharu dan yang lama. Daun kesum nie nampaknye sesuai dengan tanah kat flower bed luar rumah. Mungkin sebab campuran tanah liat, mereka suka. Alhamdulillah hidup subur.




Pokok kangkung sey, dah tambah anak baru. Alhamdulillah, dah 2 kali ambil hasil untuk masak.



Haritu sey ada beli water dripper nie sebelum raya haji haritu, risau tinggalkan pokok kesum dan pokok kangkung tanpa air. Dua-dua pokok nie perlu air. OK pakai water dripper nie. Nak kena cari botol besar sikit. yang itu 250ml, tahan 3 hari aje untuk drip yg paling minimum. Nampak daun kunyit sey yang tepi tu kuning-kuning, rasa sebab kena panas, yang lain tu terlindung sikit.


Pokok daun bawang yang sulung sey tanam guna teknik terletak tu. Nie pun dah ambil hasil 2 kali. Sey tengah buat experiment nie, kalau dah ambil hasil dia tumbuh balik tempat yang sama tak? Macam kangkung. Sebab tengok ada anak lain pulak yang keluar. Kita tunggu ye hasil pemerhatian sey. Apa yang sey tahu sekarang, letak atas tanah lebih baik daripada tanam dan saiz daun bawang tu ikut saiz bawang, kalau besar, besarlah daun bawangnye. 

Next projek sey nak tanam sawi pulak. Dah beli anak benih, cuma sey tunggu bayam tu menjadi dulu baru fokus kepada projek yang baharu.

Alhamdulillah.... Allah mudahkan. Sekarang nie nak masuk kuning, ambil je daun kunyit kat luar. Nak masak nasi goreng, kangkung petik sendiri. Mihun pun boleh tambah daun bawang sendiri. Cuma serai sey nie belum jadi-jadi lagi, tak taulah kenapa, kurus je, dan tak keluar banyak anak pun. Bila research katanya jangan siram selalu, tak boleh banyak air. OK lah sey cuba untuk tidak siram selalu.

Haritu ada jumpa gambar lama, pokok kunyit yang arwah abah tanam masak kat Brisbane. Pokok kunyit tu kemudiannya mati, dan semenjak haritu sey merajuk untuk bukan sahaja tanam, malah jaga pokok juga. Merajuklah sey nie tak dapat menanam kononnya. Bila fikir-fikir balik, sey biarkan pokok tu kat tempat gelap, tak cukup matahari. Sebab masa tu winter, sey pergi sorok pokok kunyit tu dalam cabinet bawah sinki dapur...hahahahhaha...konon nak selamatkan pokok tu dari kesejukan. Rupanya pokok kunyit nie perlu cahaya matahari. Sebab dia berdaunkan. Sebab itulah kena rajin membaca.


Spread the love

yours truly,

No comments:

Post a Comment

what say you?