Yours truly,

Me Academia

Saturday, March 21, 2020

The tsundoku in me: Latest collection

Salam,

It was quite a while that I have not buy a book for myself. Mainly because, I still have many books on my to be read list and was busy with works and travel plans. My priority is to buy used books, trying to save money spending on books (ye lah tu) plus helping the mother earth by not buying new books.

So, since my travel plan to Japan is now being cancelled, and one way to overcome the frustration is by diverting my focus to buying books. Eh pelik bena kau nie Fazid. Just by luck, I saw a list of books on the used book facebook group. So tadaaaaaa





Some of the books I bought from booksnbobs. The owner Rachel is so sweet, she even gave a a postcard and a magnetic bookmark.


Nah....tsundoku in me.....


Spread the love

yours truly,

MCO Day 4: Brownies dan kuay teow

Salam,

Harinie MCO hari keempat. Aktiviti harinie, yoga 10 minit, vacuum dan mop lantai dengan bantuan yaya. Harinie my other half nak cuba take-out. So beli nasi lemak McDs aje untuk makan tengahari. Bila dah selesai makan, buat brownies pulak. Pre-mix Betty Crocker nie dah lame beli. Nasib belum expired lagi. Sey pun berani bakar kek sebab my other half dah beli tong gas extra. Yelah takut2 kang gas habis, tong gas kat kedai pun habis, naya je. Tak kan nak masak dalam PC je.



Yaya pulak dah lame tak pergi kelas memandu, kelas pun batal time2 MCO nie, jadi pagi tadi my other half jadi instructor. Pusing-pusing dalam nie aje. Nasib dalam kawasan rumah lengkap, bukit ada, side parking ada, 3 point ada, boleh buat sekolah memandu dalam nie huhuhu. Mula-mula takut2 juga, tapi sebab masih dalam compound apartment nie lagi OK kot.

Oh ya, semalam dapat email dari AirAsia, bagitau yg flight kami dari Tokyo ke KL cancel, so boleh tuntut full refund. Alhamdulillah. Terus ku login nak cakap ngan AVA dia, tapi makcik AVA busy betul semalam, mesti ramai yg login. So pagi-pagi tadi terus submit full refund application. Yang refund flight KL-Osaka belum ada progress lagi nampaknya. Bila terfikir balik, syukurlah kami decide untuk cancel trip ke Jepun. Walaupun frust jugalah, ye lah sebab plan lame kot, dah lah lame tak bercuti luar negara satu family. Kalau ikut degil, kami pergi juga haritu, nak balik sangkut pulak. Haru weii...nak duduk mana sementara tu, dah lah Malaysia lockdown, tak boleh masuk and tak boleh keluar. Elok2 bajet cukup, kena extra expenses pulak. Nie pun sebab bonda berkeras tak bagi pergi. Awal dia ingat sey pergi sorang bawa student. Bila cakap pergi dengan family bercuti, dia terus suruh cancel. Dia cakap nanti sampai sana kena tahan lah, bawa ke mana-mana lah... Ya Allah, cakap orang tua tu memang satu doa. Acib anak dia nie dengar cakap...ekekekekeke

Kami plan touchdown Osaka, pusing-pusing Kansai 5 hari, kemudian naik shinkansen ke Tokyo. Stay Tokyo lagi 5 hari kemudian baru balik Malaysia via Tokyo. Walaupun kita dah plan cantik punya, kalau Allah tak benarkan tak jadi juga. Allah sebaik-baik perancang. Memang rugi sikit, ye lah tak semua dapat refund. Tapi kita percaya yang rezeki tu Allah yg bagi, dia nak ambil pun bila2 Dia boleh ambil. Moga esok digantikan dengan lebih baik. Kita redha ajalah. InshaAllah ada rezeki lain esok. Aamiin.

OK sambung kisah harinie. Since tengahari makan nasi lemak je, petang goreng kuay teow untuk makan malam. Tak beli tauge sebab takut cepat rosak, so pakai sawi ajelah. Fishcake fishball mmg habis licin. Hai pelik lah orang Malaysia. Sebelum MCO melambak-lambak fishcake fishball sampai lembik dan rosak kat Giant tu, now takde langsung.



OK laahhh..till next time....



Spread the love

yours truly,

Friday, March 20, 2020

MCO Day 3: First time keluar beli barang

Salam,

So harinie masuk hari ketika Movement Control Order. Semalam my other half bagitau, nak beli barang beli esok (harinie lah) weekend sure ramai orang, camne nak buat social distancing camtu. Kalau ikutkan malas nak keluar, fear tu ade wei.... takut. Nak-nak baca macam2 petua, panduan, kalau nak keluar kena macam nie macam tu. Aduh... leceh nye. Cakap ngan my other half, ala nanti2 hari lain kite pergi. Sekali dia nak merajuk pulak ngan titew... ok lah esok kite gi beli barang ye. Dia kata pukul 8 pagi sharp keluar.

So malam tu, sey pun buat lah persediaan, keluarkan anti-bacterial wipes, isi botol hand sanitiser yang memang sentiasa sangkut kat beg, siapkan mask. Siapkan list, pas tu pesan kat anak-anak, mama sampai je bukak pintu, mama tak nak pegang doorknob semua. Sampai2 nak basuh tangan dulu.

So bila tiba hari kejadian, pagi tu, pukul 8 baru nak jemur baju....hahaha...makanya pukul 8.30 baru keluar rumah. Hati nie berdebar2 je rasa, macam buat salah. My other half pun nampak stress juga, pagi2 nak marah orang....kikiki.... Jalan raya lengang. Kami ke Giant Nilai, kereta tak banyak di parkir, masuk dalam pun tak ramai, alhamdulillah, takde lah nak berlaga2 dengan orang.

Biasa kalau beli barang selesaikan ikut laluan pintu masuk ke pintu ke luar, maksudnya selesaikan barang kering dulu, baru pergi kawasan barang basah. Tapi oleh kerana target kali ini untuk beli barang basah, so pergi sana dulu. Beli ayam, ikan, daging, sayur, buah, telur, kemudian baru patah ke barang kering. Jam 9.30 selesai, terus balik sebab nak masak.

Bila dah masuk kereta tu, baru rasa lega. Macam-macam perasan uols, takut polis tahan, takut bersentuhan dengan orang, takut barang takde. Tadi pun ada barang yang sikit, mcm telur. Ada juga barang-barang yg takde langsung, macam susu, pasta, mihun. Serbuk kari peket kecik pun habis uols. Giler.

So harinie memang tak work lah saya, dia punya risau sampai rasa penat satu badan. Nasib plan nak masak sup ekor je haaa....




OK lah... till next time....

Spread the love

yours truly,

Thursday, March 19, 2020

MCO Day 2: Kecelaruan

Salam,

Harinie MCO hari kedua, tinggal 12 hari lagi. 12 hari lagi, lame lagi nie. So far I am ok, cuma kurang berjalan dan naik turun tangga, risau pulak berat badan naik dan kaki tak kuat pulak. Banyak duduk, kurang pergerakan, badan pun rasa layu, kerap ngantuk. Jadi kena banyak lompat-lompat kat rumah nie. Esok kena mula yoga 10 minit.

Yang nampak terkesan dengan MCO nie is my other half. Dah tak boleh solat berjemaah kat surau, jadi kuranglah dia bergerak. Sebelum nie, 5 waktu dia keluar naik motornya ke surau belakang rumah nie. Now kena berjemaah kat rumah. Yang untungnye iols dan anak-anaklah, dapat berjemaah sama-sama.

OK harinie dapat beri tumpuan pada kerja sikit. Satu task dah selesai, tinggal task paling besar nie, nak siapkan book chapter untuk buku Springer. Sikit aje lagi, you can do it.

Untuk menu MCO Day 2, harinie masak ikan berlado, sotong kicap, dan masak lomak sayur kubis campur fucuk dan suhun. Dapat ikan dan sotong nie pun balance-balance kedai, dah masuk ais, kurang sedap sikit. Tapi sebab haritu nak sangat ada stok ikan, den ambil jugalah. Ringkas je masak nie, tapi kawan-kawan cakap meriah dan luxury. Allahu. Biasa sangat, kalau meriah ada ketam ngan ikan kerapu ke kikikiki. Mujur yaya ada tolong masak, so tak lama nak siapkan makanan tengari nie, 1 jam lebih je.




Apa pula perkembangan Covid19 di Malaysia? Ada lagi kes positif baharu harinie. Lepas tu ada yg masih berdegil, pergi main kat taman, main basketball aduh....kenapa lah. Diorang tak faham ke maksud MCO nie. Tolonglah Malaysia, be selfless sikit.


Spread the love

yours truly,

Wednesday, March 18, 2020

MCO day 1: Maka bermulalah Movement Control Order


Assalamualaikum, Selamat Pagi, Good Morning. Hari pertama Movement Control Order (MCO). Macammana semua pagi ini? Sungguh mencabar apabila diminta untuk bekerja dari rumah. Bangun pagi otak dah mula pusing macammana nak mula nie? Dengan faktor-faktor lain yang boleh menggagalkan usaha suci murni untuk bekerja dari rumah. Antaranya:

Faktor pertama adalah menyediakan makanan tengahari. Nak kena rancang menu dengan bahan-bahan yang ada, harap dapat bertahan 3 hingga 4 hari. Kita kenalah patuhi arahan kawalan pergerakan, demi negara tercinta. Mungkin ada yang kata, beli barang dapur online ajalah. Saya dah tengok slot tesco delivery dah, takde slot sehingga 31hb. Memang kena keluar lah jawabnya nanti.

Faktor kedua, Astro buka semua saluran movie dia pulak, aduh. Haruskah ku pekakkan telinga, butakan mata?

Faktor ketiga, sifat tsundoku akhirnya memakan diri, hati berkata inilah masanya kau nak bermalasan sambil menghabiskan buku-buku yang belum baca lagi tu wahai fazid. Dah berhabuk dah tu.

Faktor keempat, menulis blog, deraf dah banyak simpan, bila nak publish tu?

Faktor kelima, tapi ini faktor lemah, tangan dah lame gatal nak baking (dah lama azam nak buat white cake), nasib api gas tak cantik sangat.

Deadlines deadlines, minggu nie ada 2 deadlines. Wake up Fazid!!!! OK kita deal faktor ini satu persatu. Semoga diberi kekuatan dan dipermudahkan urusan.

OK sekian sahaja coroten MCO hari pertama saya. Semoga semua dilindungi Allah. Stay safe Malaysia, stay healthy, stay hygiene. We can do this. Semoga wabak ini dapat dibendung dengan segera.

Menu tengahari hari ini; ayam masak kari, sayur buncis goreng dan ikan masin. Try rempah kari ayam cap O, memang sedap. My other half suka sangat lauk kari ayam nie. Tak tau lah sebab kite dah lame tak masak atau sebab rempah tu. Tapi rempah tu memang wangi.



Spread the love

yours truly,

Friday, March 13, 2020

Tahun 2020 tahun mencabar: Covid-19

Salam semua,

Lebih sebulan tidak menulis di sini. Macam-macam isu berlaku sekarang nie, dari perletakan jawatan PM, ke perlantikan interim PM ke perlantikan PM baharu, ke perlantikan kabinet baru.

Kemudian isu penularan Covid-19 yang pada awalnya diberi nama novel corona, ada juga dipanggil chinese corona, sehinggalah virus berbahaya ini diwartakan sebagai Covid-19. Sejenis virus yang sangat dasyat kesannya, lebih teruk daripada SARS yang juga digelar sebagai global outbreak pada tahun 2003 (https://www.who.int/csr/sars/en/).

Covid-19 boleh dikatakan evolusi SARS dan MERS, ketiga-tiga merupakan sindrom pernafasan akut.

SARS first reported case at Foshan, China in November 2002, 8,000 people infected and 774 people died world wide https://en.wikipedia.org/wiki/2002%E2%80%932004_SARS_outbreak.

MERS first reported case at Saudi Arabia in 2012, 688 people infected and 282 people died https://en.wikipedia.org/wiki/Middle_East_respiratory_syndrome.

Covid-19 first reported case at Wuhan, China, 31 December 2019, and as in today has infected 132,536 people and 4,947 people have died and spanning 123 countries.  https://experience.arcgis.com/experience/685d0ace521648f8a5beeeee1b9125cd

Dasyat tak dasyat Covid-19 nie, ia telah memberi kesan kepada industri, komuniti, dan sosial sedunia.

Hal Covid-19 nie juga telah memberi kesan kepada aku;

1. Aku terpaksa membatalkan trip ke Jepun, soal dapat atau tidak refund tu hal kedua, soal nak kena kuarantin 14 hari lepas balik, tu silap2 kena kuarantin kat sana pulak bila masuk Jepun hal utama. Kalau aku berdegil juga nak pergi, many major attractions are closed. Kau pergi sana nganga aje lah. Silap2 public transport sana pun terhad. Terkilan juga aku, tapi nak buat macammana. Orang kata social responsibility.

2. Aku rajin ambil tahu update Covid-19. Sumber yang selalu aku lawat:
WHO (https://www.who.int/emergencies/diseases/novel-coronavirus-2019)
CDC (https://www.cdc.gov/coronavirus/2019-ncov/index.html)
JNTO, nak tau update Covid-19 kat Jepun (https://www.japan.travel/en/news/coronavirus/)

Selain tu, local news, untuk update Covid-19 di Malaysia. Setakat ini Malaysia dah cecah 197 case, tapi alhamdulillah belum ada kematian lagi. https://newslab.malaysiakini.com/covid-19/en?fbclid=IwAR2yc9enMxkyddFNdBJ_MWy86ztGX2Nv1wt-7di33ZAJ9ChzrmOg9wdDXjo

3. Aku ambil berat tentang kebersihan tangan.

"wamakaru wamakarallah wallahu khairul maakirin",
Firman Allah dalam surah Ali 'Imran ayat 54 bermaksud,

"Mereka merancang, Allah juga merancang ,Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang”.

Semoga keadaan kembali pulih dengan segera. Aamiin.


Spread the love

yours truly,

Monday, March 9, 2020

It's give back time: Program Tautan Kasih.

Salam,

Saya anak bekas MRSM, MARESMAJay to be exact, SPM 93. Saya juga merupakan ahli ANSARA, persatuan bekas anak-anak MRSM. Banyak kenangan indah dan kurang indah semasa menjadi anak MRSMJay nie. Terlalu banyak untuk ditulis dalam satu lembaran ini. Tunggulah satu hari nanti ada kesempatan saya akan tulis.

Harinie nak cerita berkenaan program Tautan Kasih, program anak angkat. Ini anjuran kawan-kawan 1 batch. Sey join pun sebab rasa nak give back kepada maktab balik. Kami panggil sekolah tu maktab. AJK bersama guru kenalpasti murid-murid yang dari keluarga berpendapatan rendah, sama ada B40, single parents, dan sebagainya. Ada seramai 70 orang, daripada tingkatan 4. OK program ini bermula tahun lepas, jadi kami, ibu bapa angkat nie akan memberi sumbangan bulanan kepada anak-anak angkat masing. Setiap bulan RM50. Apa lah sangat RM50 sebulan untuk belanja anak-anak di sekolah kan. Ada yang ambil lebih sorang anak angkat, sey ambil sorang je, anak perempuan. Bukan apa, senang kita nak communicate nanti.

Tahun lepas kami pernah berkumpul sekali. Malangnya, tahun lepas tak dapat jumpa anak angkat sebab dia terpaksa balik ada urusan keluarga. Tahun ini, AJK organise hari keluarga bersama anak-anak angkat pada 7 dan 8 Mac. Kalau ikutkan dengan urusan nak ke Jepun masa tu, ingat tak dapat lah join. Tapi kesian pulak dengan AJK, ramai yang tidak dapat hadir kerana ada komitmen lain. Sey pula dah bagi nama untuk pergi. Jadi pada hari tu, bawa sekali my two princesses ke Linggi.

Masa group photo atas nie, sey tengah tengok2 tempat makan..melepas gue.

Macam-macam aktiviti yang AJK susun, makanan pun sedap-sedap. Ramai yang membuat tajaan peribadi juga. Alhamdulillah. Haritu anak angkat sey pun ada sekali, dapatlah kenalkan dengan anak-anak sey juga.


Sempat bergambar sebelum matahari terbenam.
Secara kesimpulannya, program ini berjaya diadakan. Tahniah lah kepada AJK, terutamanya ketua/kapten weols, atas usaha ini. Banyak perubahan sistem MRSM sekarang nie, takde lights off, makan bercatu, kurang riadah, lebih banyak aktiviti akademik. Macam tak fun masa zaman sey dulu. Huhuhuhu...anyway seronok sembang dengan anak-anak angkat nie. Ada yang tak pernah pergi bercuti tepi laut tau. I am glad this programme succeeded. We bring joy to the kids.

Kami, anak-anak bekas MRSMJ, ahli ANSARA.

Rasa bertuah dapat sertai aktiviti macam nie. Ada masa, ada rezeki lebih, kita bagi balik ke alma mater.



Spread the love

yours truly,