Yours truly,

Me Academia

Showing posts with label kucing. Show all posts
Showing posts with label kucing. Show all posts

Wednesday, May 27, 2020

MCO Day 71: Mula puasa 6 dan puasa ganti

Salam,

Harinie kami mula puasa 6 dan ganti. My other half puasa sunat, sey dengan miss t puasa ganti, miss y uzur lagi so tak boleh join. Pagi siapkan kerja, evaluate assignment student. Sempat masuk lazada carik pasu dan tanah hitam. Nampak video orang ajar tanam kangkung kat page Kebun Bandar, nampak macam menarik. Buat research sikit, ohhh senang juga tanam kangkung nie dari benih. Hanya perlu tanah organik atau tanah hitam. OK, sey pun cari pasu panjang sikit untuk kangkung. Kemudian nampak pula orang tanam daun kesum, katanya daun kesum pun senang nak tanam, OK sey cari pasu bulat untuk daun kesum. OK kite cuba dulu 2 tanaman nie. Harap jadilah, teruja sangat nie. 

Harinie nampak sunyi sikit, mungkin sebab orang dah mula kerja balik. Whatsapp pun senyap aje. Petang sikit baru message masuk. 

Untuk berbuka tadi, sey masak kurma daging kerbau. Dah lame tak pergi kenduri, selalu daging kerbau nie orang jamu masa kenduri kan. Sey pun teringat daging tetel kat Brisbane. Beef in bone namanye. Daging lembu yang dipotong bersama tulang dan lemak. Kalau beli daging tu biasanya sey masak kurma lah. Kalau kari tak best sangat. Perrghhh sedap betul.....


Nie lagak Didi, pantang ada kotak kat rumah nie, mesti nak masuk. Nie kotak beli barang kat Lazada haritu. Kotak kecik nie juga dia suka, sempit-sempit, sendat-sendat tu, memang selesa betul dia. Siap boleh tukar-tukar posisi. Sampai koyak tepi, masih lagi tido dalam tu. 



Selagi boleh tampal, kenapa nak buang. Dah tampal pun dia masih syok tido dalam tu. Kita tengok berapa lama bertahan kotak tu.




Spread the love

yours truly,

Friday, April 17, 2020

MCO Day 31: Our furry kits...adult dah

Salam,

Harinie bz sikit. Dok siapkan teaching plan yang kena replan dan bahan-bahan untuk penilaian. Kuliah akan bermula semula pada 27 April.

My other half pergi market harinie. Biasa bila dia gi market kite pun tak boleh nak buat apa-apa, kena standby tunggu call dia. Macam on call. Cuma harinie lambat pulak dia call. Rupanya dia kata, harinie q panjang. Dia sampai pukul 8, q dah panjang sampai ke KFC tu. Perrghhhh.... ramai orang, tapi bila dah masuk tu, ok smooth je.

Harinie takde post makanan, sebab masuk sup ekor yo.

Jadi harinie nak post pasal kucing-kucing kami yang dah besar nie. Dah 8 tahun bela diorang, kecuali koko ada 7 tahun lebih dah.

Lulu aka Luna'tic' aka Excesive Licker
Didi aka didot aka boyot


Koko aka budak cekelat aka gogo

dan Tamtam dalam kenangan....

Tamtam aka mokmok


Spread the love

yours truly,

Sunday, August 16, 2015

Mandikan anak-anak bulu

Budak-budak bulu nie me mandikan mereka 3 atau 4 minggu sekali. Takdelah kerap sangat tu kan. Me kena mandikan sebab budak-budak bulu nie suka lepak atas katil dan sofa. Terutama si Didi tu. Kang kalau kita baring atas katil, tetiba aje dia memanjat katil dan naik atas badan, kemudian massage. Me pun OK je mandikan budak-budak nie, because it is consider an exercise for me. Bukan ape, diorang nie mandi bukan gheti duduk diam. Kalau tak wrestling dengan mereka nie memang tak sah. Buatlah macam mana cara pun, peganglah macam mana cara pun, hata pegang kat tengkuk diorang tu pun boleh lagi meronta. Punyalah tak suke air mereka nie.

Friday, July 25, 2014

The passing of our beloved Mokmok

It is with deep sadness that we announce the death of our beloved cat Tamtam aka Mokmok who passed away this afternoon at 1.35pm, 27 Ramadhan, 25th July. He will be missed.


Tuesday, June 17, 2014

[Anak bulus] Kena tinggal sorang-sorang


Kisah anak bulus.

Malam semalam didi kena tinggal sorang2 kt dalam rumah, sebab keluar sekejap aje, jemput yaya kat sekolah. Tamtam dan cocoa dah tidur kt balcony, lulu warded kat hospital. Bila sampai rumah, bukak pintu, punyelah kuat dia mengiau, takut punye pasal. Lepas tu mana kita pergi dia ikut je. Nie takut dia masih ada lagi, nak berkepit dgn kita je sekarang nie.



Spread the love

yours truly,

Tuesday, February 4, 2014

of TamTam Didi and LuLu

Dah lama tak update pasal kucing kat sini. Kalau di FB memang selalu post gambar terbaru diorang 3 beradik nie. Kawan-kawan pun suka tengok gelagat 3 beradik nie. The last time me share photos of them was in the post: Picture Album.

Monday, April 2, 2012

Picture album: Our furry kits

Picture album of the three kits. Click this.


Until next time, think positive and stay positive, inshaAllah everything will be OK

yours truly,

Thursday, March 1, 2012

travelling with the furry kids

Aku rasa dah nak dekat 1 bulan juga semenjak kami ambil 3 ekor anak angkat. Setakat nie semuanya best2 belaka kalau pasal kucing 3 ekor tu. Mujur ada klinik haiwan dan kedai dekat kawasan rumah, senang aku nak beli barang2 anak2 bulu nie. Budak 3 ekor nie pun dah siap dewormed n vaksin lagi. Banyak juga aku belanja kat depa bertiga nih.... rumah depa pun nak dekat 300 lebur duit aku....tapi ok laaa... good buy n very convenient... depa aku tgk tido dengan selesanya.

Sunday, February 12, 2012

Sad song say so much

Uh uh.... today ended sadly. The day started beautifully, wonderfully, and exciting. But, the day was not meant to be a good day after all. Everyone was devastated at the end of the day.... owh almost. Yaya was the most affected by it.

Thursday, March 24, 2011

tamat la sudah riwayatnye...

baru sahaja kelmarin aku ternampak kelibatnya melangkah dengan teratur dan tenang di tepi parkir sewaktu aku dalam perjalanan ke pasar malam. melihat keadaannya yang agak lesu dan perutnya sedikit memboyot yang aku pasti isinya bukan disebabkan makanan yang lumayan, tetapi kerana diisi bakal warisnya, terdetik dalam hatiku, ke mana tujunya dan sudahkah perutnya diisi. tetapi pertanyaan itu berlalu begitu sahaja, lantaran mobil ku meninggalkan kawasan parkir tersebut.