Yours truly,

Me Academia

Friday, July 25, 2014

The passing of our beloved Mokmok

It is with deep sadness that we announce the death of our beloved cat Tamtam aka Mokmok who passed away this afternoon at 1.35pm, 27 Ramadhan, 25th July. He will be missed.


Tamtam terjatuh dari balcony depan rumah, setinggi 4 tingkat, ke bawah. Sebenarnya tamtam nak lari daripada didi, didi tiba-tiba aje terkam tamtam. Budak dua ekor nie memang tak boleh dekat. Si didi tu kuat membuli, tamtam nie pulak tak boleh didi dekat, dia nak marah aje. Tak tau lah kenapa budak dua ekor nie jadi camtu, masa kecik2 ok aje main bersama. Mungkin sebab dah berumur sikit nie, tambah pulak ada dua ekor betina kat rumah nie, jadi didi agak agresif sikit. Jadi bila didi terkam tamtam, tamtam cuba nak lari, dia panjat tembok balcony, tapi tersalah langkah, jatuh ke bawah. Benda nie semua berlaku depan mata aku, tapi memang sekelip mata. Lepas nampak tamtam jatuh tu, cepat-cepat keluar ke balcony, tengok kat mana dia jatuh, tapi tak nampak dari atas. Masa dia kecik-kecik dulu tamtam pernah jatuh ke bawah, tapi dia jatuh ke balcony rumah bawah. Kali nie tinjau-tinjau rumah bawah, tak nampak pulak. Miss y dan en e dah turun ke bawah carik tamtam. Kemudian terdengar suara kucing mengiau dengan kuat, dan ternampak miss y dukung tamtam kat bawah. Bila mereka sampai rumah, cepat-cepat tengok tamtam. Nampak fizikal dia ok, tapi ada bau darah sikit, dan hidung dia dah mula berdarah. 
Masa peluk tamtam lepas dia terjatuh tu, hidung dia berdarah. Nak bawa ke vet, klinik dah tutup, hari ini hari Jumaat, doc rehat awal. Call klinik pun takde orang angkat. So tawakkal aje. Sedih tengokkan keadaan tamtam, selepas lepaskan dia, dia terus masuk ke bawah sofa kat ruang tamu. Nampak macam tanda2 dia nak pergi. Kucing kalau nak pergi dia akan menyorok daripada tuan dia. Dia bernafas pun laju, mulut terbuka luas, lidah terkeluar. Aku masa tu dah meleleh tengok. En e kata, tak lama lagi nie, nak pergi dah. Tapi aku marah en e sebab dia cakap macam tu. Aku cakap janganlah cakap macam tu, tamtam ok. So masa dia terbaring kat bawah sofa tu, aku asyik perhatikan pergerakan badan dia, bernafas lagi atau tidak. Sambil-sambil tu belai2 badan dia, kepala dia, pegang2 kaki dan tangan dia dan bagi semangat kat dia. Tamtam, you'll be ok, be strong tamtam. Nanti kita jumpa doc ok.

Degupan jantung dia memang laju, nampak daripada pergerakan badan dia. Kejap-kejap dia bangun, alih ke tempat lain. Tapi masih di bawah sofa. Dia kalau boleh tak nak mengadap kita. Kadang-kadang nampak najis dia keluar. Aku dah rasa tak sedap hati. Masih lagi beri kata-kata semangat kat dia. Sambil baca surah al-fatihah, dan selawat ke atas nabi. Sambil berdoa supaya Allah panjangkan umur tamtam. Hampir 1 jam juga dia macam tu. Aku dan miss y bergilir-gilir tengok dia, mengadap dia. Lepas tu aku perasan, mata dia macam dah hilang fokus, badan dan kaki dia dan macam keras, dan aku terbau seperti bau nazak, keluar daripada mulut dia. Aku dah banyak kali tengok kucing nazak, tu yg tahu tanda-tanda tu. Lagi kuatlah aku menangis. Miss y pun dah mula menangis teresak-esak. Lama-lama pergerakan badan tamtam makin perlahan, makna jantung dia dah mula perlahan. Lidah dia pun dah nampak terkulai. Selepas beberapa helaan nafas yang berat dan panjang, tamtam diam, kaku. Aku pun terkedu. Rasa sedih, terkilan, Dan rasa tak percaya. Betul ke nie, betul ke nie, itu yang aku cakap berulang kali dalam hati. Bila aku pasti tamtam dah tak ada, aku ambil kain, bentang kat atas karpet, keluarkan tamtam daripada bawah sofa, dan letak dia di atas kain itu. Masa angkat dia, rasa macam dia tengah tido aje. Puas juga aku gerak-gerakkan badan dia, dengan harapan tamtam betul2 tido. Tapi hakikatnya, tamtam dah takde. Sedih betul aku, dah lame aku tak nangis lama-lama macam tu. Kali terakhir lepas pemergian abah tersayang. 

Sementara tunggu en. e pulang daripada solat jumaat, Aku, miss y dan miss t, selepas menunaikan solat zuhur bergilir-gilir, duduk depan tamtam sambil mengusap badan dia. Masih terasa hangat badan tamtam, lembut lagi badannya. Masih lagi tak percaya tamtam dah pergi. Pagi tu, aku sempat bergurau-gurau dengan dia, tak lama lepas tu, tamtam pergi. Tragis betul. Sedih, memang sedih, tapi aku redha.

Kucing-kucing yang lain, si didi, si lulu dan si koko seakan memahami tamtam dah takde, semua senyap. Didi nampak sangat terkesan, mungkin dia terasa sebab dia yang menyebabkan tamtam terjatuh. Memang nampak didi sedih. Sampai sekarang nie pun didi bny terbaring, panggil pun dia buat tak tahu. Memang lain daripada biasa reaksi didi malam nie. Kucing pun tahu sedih.

Bila en. e balik, bila dia buka pintu rumah, selepas beri salam, terdengar en. e cakap, laaa.... pergi dah tamtam. En. e pergi ke masjid jam 1 tengahari, tamtam meninggal jam 1.35 tengahari, jadi memang en. e takde masa tu. En. e tengok macam ada harapan untuk tamtam hidup, tapi tulah, tak ade siapa yang tahu, kecuali Allah swt.

Kami tanam tamtam berhampiran kubur fifi, kucing pertama kami.






Aku memang terasa kehilangan tamtam, sebab tamtam nie manja dengan aku. Teman masak aku, sebab bila aku masak kat dapur, dia akan datang duduk kat kaki, kadang-kadang memanjat sinki tu, mengharapkan habuan daripada aku. Selalunya dia dapat kulit ayam. Kadang-kadang masa aku tengah solat, dia akan datang dan duduk kat kaki aku, semasa aku sedang berdiri. Takpun dia akan duduk kat tepi sejadah. Kalau aku duduk kat meja kerja, dia akan datang sapa, dan duduk kat kaki aku. Seakan footwarmer. Bila aku baring di atas katil, dia akan panjat katil dan sandar kat badan aku. Adeh, petang tadi, semua tu takde. Takde lagi kelibat tamtam kat sebelah aku ketika solat. Takde lagi jangkauan tangan dia kat sinki mengharapkan habuan masa aku masak kat dapur. Takde lagi sapaan tamtam bila ternampak aku. Aku juga terkilan sebab dah lame tak bagi tamtam rumput kegemaran dia tu. Dah beli, tapi tak sempat tanam, rasa dah lame juga tak bagi tamtam kunyah rumput.

Ya Allah, masa menaip ini pun aku masih lagi bersedih, masih lagi mengalir air mata nie. Ya Allah, berikanlah aku ketenangan. Aku redha ya Allah. Aku redha dengan ujian mu ini.

Tamtam, you'll be missed, I will always remember you, and tupai and lara. Thank you for 2 and the half wonderful, happy and fun years.


Spread the love

yours truly,

No comments:

Post a Comment

what say you?