Yours truly,

Me Academia

Sunday, December 29, 2019

Terima kasih atas pengalaman itu


Salam,

Jumaat lepas, 27 Disember 2019, secara tidak rasminya tamatlah tugas saya sebagai ketua program. Rasminya akan tamat pada 31 Disember 2019. Oleh kerana 30 dan 31hb bercuti maka saya sign-off pada 27 Disember. Ofis dah habis kemas, tunggu akak cleaner bersihkan untuk successor saya nanti. Kepada successor saya, selamat bertugas dan menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Terimalah tanggungjawab ini dengan hati yang terbuka. InshaAllah, Allah akan mudahkan urusan.


Staff sokongan kat pejabat saya tanya, "tak nak ambil gambar last kat ofis ke Dr.?"
Saya cakap, "Tak nak lah, dah ambil banyak gambar dah kat ofis nie, macam-macam kenangan, cukup lah." Ada yang tanya, "Tak sedih ke Dr.?" Saya jawab, "Sedih juga lah sikit." Adalah terbuai perasaan sikit, hampir 5 tahun kot di situ. Macam-macam kenangan pahit dan manis, tercatat. Banyak perkara yang berlaku. Pasti hati ini akan terusik sikit. Tapi takde lah terbuai sangat perasaan ini kerana macam-macam benda nak disiapkan sebelum kita meninggalkan tugas kepada orang lain. Fail nak update, kertas kerja nak tengok, instruction nak tinggalkan pada PA, termasuk perkongsian kerja bersama successor, pesanan-pesanan akhir kepada student dan macam-macam lagi. Itu tak masuk urusan mengemas bilik lama yang hampir 5 tahun ditinggalkan, bilik tu jadi istana hinggap je, singgah untuk tinggalkan barang. Bilik tu dengan habuk yang tebal ditambah pula kesan watermark kat dinding. Aduh, bocor lagi bilik air sebelah bilik nie. Time nak pindah masuk balik ni lah ada repair kena buat. Sabar aje lah dugaan Allah nie.

Sungguh selama hampir 5 tahun memegang jawatan, banyak perkara telah dipelajari. Kalau sebelum ini kita hanya 'nampak' urusan berkaitan dengan kita sebagai seorang pensyarah sahaja, bila memegang jawatan ini kita 'nampak' sebagai satu organisasi. Keputusan yang dibuat bukan lagi untuk diri sendiri, tapi organisasi. Payah juga mulanya tapi dengan sokongan yang kuat disekeliling saya, alhamdulillah semua urusan dilaksana dengan baik. Bermula sebagai Ketua Program Antarabangsa (1 Mei 2015 hingga 31 Disember 2017) ke Ketua Program Teknologi Perisian dan Rangkaian (1 Januari 2018 hingga 31 Disember 2019) tanpa sokongan staf sokongan dan teknikal di unit prasiswazah dan kemudiannya unit akademik pasti lambat jugalah saya nak menyesuaikan diri.

Kepada successor saya beritahu, kita bekerja sebagai satu pasukan, as a team, minta bantuan jika perlu. Masing-masing ada TOR dan jelas, masing-masing saling melengkapi. Kita nie seumpama satu rantaian sebab itu tak boleh kerja sorang-sorang.

Terima kasih kepada Kak Faridah yang banyak ajar saya berkenaan urusan akademik student, nak faham struktur program, nak baca laporan akademik student, peraturan akademik, cara nak menghadapi situasi genting dan macam-macam urusan pelajar lagi.

Terima kasih Soliha kerana banyak ajar saya bersabar, sabar menghadapi karenah boss, hahahaha, dapat boss yang garang macam tu lah, kadang rasa nak 'cekik' je. Tapi masa lain boleh gurau dan gelak ketawa. Soliha juga banyak bantu selesaikan kes-kes rumit macam last minute nak dapat bilik bila semua bilik kat fakulti fully booked, dapatkan bajet bila betul2 memerlukan duit dan macam-macam lagi. Soliha nie macam AJK tugas-tugas khas, banyak network dan sumber.

Terima kasih Lydia kerana banyak memudahkan urusan saya sebagai ketua program kedua tu. Tak perlu banyak cakap, Lydia tau apa nak buat. Masa nie kerja rasa tidak seberat seperti Ketua Program Antarabangsa (post nie sangat memenatkan) sampaikan student pun boleh minta Lydia handle. Terima kasih juga selalu orderkan karipap kak wan yang super delicious setiap kali meeting. Akibatnya berat badan saya pun naik.

Terima kasih juga kepada staf sokongan lain di unit akademik, ramai sangat nak mention, tapi uols sentiasa di hati.

Terima kasih kepada pengurusan fakulti kerana memberi kepercayaan kepada saya. Banyak yang baik saya pelajari, yang tak baik ada tapi tak banyak, biasalah office politik, saya teladani. Kita tak sempurna, saya sendiri pun ada kelemahan, tapi pengalaman ini semua menguat dan mematangkan kita.

Aduh baru teringat nak mengarang kata-kata akhir sebelum leave group..... adoiyaiii... esok malam lah karang.

OKlah dah panjang sangat post nie, nak masuk maghrib, kejap lagi nak masak. Saya sudahi dengan gambar yang diambil petang Jumaat, 27hb. Last day kereta park kat sini. 




Spread the love

yours truly,

No comments:

Post a Comment

what say you?