Yours truly,

Me Academia

Sunday, January 17, 2021

PKP 2.0

Salam,

Lama menyepi. Dihujung semester, agak sibuk dengan habiskan kuliah, tanda assignment student, kira markah student. Dengan student final year nak present projek lagi, student master nak submit tesis untuk defense lagi, student Phd nak prepare progress seminar lagi....dengan grant opening, webinar...paper nak finalised, projek buku nak finalised.....Allah, bertimpa-timpa kerja. Tu lah orang kata, kerja nie pernah habis. Bila dah selesai satu, datang lagi yang baru. Kemudian ada masanya relax je...ada masanya bertimpa-timpa. Tapi semua nak kena selesai juga.

Semenjak sey tak pegang admin post nie, sey cakap dengan diri sey, Sabtu dan Ahad rehat. Paling awal mula kerja pun, Ahad malam. Paling lewat habis kerja pun Jumaat malam. Yang lain-lain, nasib lah....urgent kalu, tunggu hari Isnin. Kita kena buat camtu, kalau tak nanti bila dah biasa, nanti ada je yang akan ambil kesempatan. Dengan student pun sey cakap camtu, I don't work on weekends, please respect my decision.

Dulu masa pegang admin post, memang tak cukup masa, Sabtu dan Ahad lah sey nak buat preparation mengajar, Jumaat, supervision. Kadang tu sampai lewat malam. Takde rehat. Terpaksa buat camtu, kalau tak, tak siaplah keje...menangis tak berlaku....

Eh sey sebenarnye nak citer, Malaysia lockdown kali kedua, PKP 2.0. Tapi kalini bukan 1 Malaysia. Ada negeri yang PKP, ada yang PKPB, ada yang PKPP, bermula 13hb Januari sehingga 26hb Januari.

Negeri-negeri yang terlibat:



Jumaat, 15 Januari, kerajaan announce, Kelantan pulak masuk PKP.


Semalam, Sabtu, 16 Januari, mencatatkan jumlah positif yang paling tinggi.


Semoga Allah lindungi kami sekeluarga, bonda, dan adik beradik dari musibah ini.

Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami.



Spread the love

yours truly,

No comments:

Post a Comment

what say you?