Yours truly,

Me Academia

Saturday, January 2, 2021

Gardening Part X

Salam,

Lepas lunch tadi, sey berkebun kejap kasi keluar peluh. Isnin dah mula keje, kite selesaikan keje2 di rumah dahulu. Pokok2 nie sey baja setiap minggu. Banyak pokok dah kena diganti, maka sey semai benih baharu. A new addition, pokok selasih ungu (purple basil) nie sey dah tanam sebulan lebih, asal beli anak pokok, dipecah tiga pasu. Tapi yang jadi 1 pasu je.


Selasih ungu, belum ungu sepenuhnya.

Bayam nie rasa batch terakhir nie. Dah takde anak pokok baharu.

Sawi pun dah taknak keluar daun baharu. Ada 3 pokok je yang jadi, sey gunting2 daunnya ambil utk masak mee.

Daun sup dalam proses pemulihan. Lama dia nak keluar pucuk baharu. Baru2 nie je nampak pucuk baharu yang galak.


Daun kunyit sey besar2. Dah jarang masak sekarang nie. Masa awal PKP tahun lepas, sebab susah dapat daun kunyitlah menyebabkan sey jadi petani kota chewah. Dapat pulak ubi kunyit yang bagus. Serai belakang tu sey belum guna lagi.

Pokok halia nie memang cepat membiak.


Ubi halia yang banyak.

Semaian baharu.


Halia muda.



Spread the love

yours truly,

No comments:

Post a Comment

what say you?