Yours truly,

Me Academia

Monday, August 24, 2020

Peanut butter glaze brownies and Korean cream cheese garlic bread

Salam,

Semalam rasa nak baking. Bahan-bahan pun dah lame sey beli. Kang lama-lama takut rosak, dah ler beli cokelat premium. So sey buatlah brownies guna resepi Brownies Kedut Cik Semah. Dah lama sey guna resepi hamba Allah nie, terima kasih lah che semah kerana share resepi. Resepi brownies nie memang mudah dan pasti jadi. Hasil dia memang puas hati, dengan kedutnya, dengan gebunya, dengan rasa cokelatnye. Bila pakai bahan premium lagi sedap. Lepas tu boleh cuba guna cokelat Callebaut. Cuma nak kena study Callebaut apa yang paling OK guna untuk buat brownies.

Asalnye sey nak buat simple brownies aje. Tapi miss y minta buat peanut butter glaze. Maka dengan kreativiti dan inovasi sendiri sey buat lah brownies half-n-half. Ada whipping cream lebihan burnt cheesecake haritu sey campurkan sekali dengan Reese's peanut butter chips.




OK, sey copy n paste dan edit sikit resepi daripada tuan tanah.


Brownies kedut cik semah

Bhn A (double-boiled)
400 gm dark chocholate compound
150 gm butter 

Bhn B
200 gm brown sugar
4 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
(gaul sebati semua bahan-bahan nie)


Bhn C
100 gm self-rising flour
1/2 sudu kecil baking powder (*tak pakai sebab guna self-rising flour)
1/2 sudu  kecil soda bikarbonat
30 gm serbuk koko 
(ayak semua bahan nie)


Cara-cara:
1. Setelah Bhn A suam-suam kuku, campurkan ke dalam Bhn B. Gaul rata sehingga gula larut.
2. Kemudian campurkan Bhn C sedikit demi sedikit sambil kacau rata.
3. Dah sebati masukkan adunan ke dlm loyang 10'×10'. Saya alas dengan baking paper sebab nak senang keluarkan daripada loyan nanti.
4. Bakar pada suhu 160 darjah celcius selama 30 minit.
5. Glaze lah kalau perlu. Macam saya harinie glaze dengan peanut butter + whipping cream sikit.

Tips daripada tuan tanah:
#gula tu nk letak 100g gula castor + 100g brown sugar pon boleh...
#Ada jgk petua suruh jgn keluarkn dlu brownies tu dr oven lps masak..biarkan sejuk dlm.oven selama 15-20 minit...nti akn kelihatan kedut & jd retak2 ...tp brownies yg sy buat ni..kedutannya mmg dh nmpk time bakar lg..& sy xtggu sejuk.baru keluarkn..hihi..sy sejukkan kt luar.





Pagi semalam pergi AEON beli barang dapur. Ternampak Korean cream cheese garlic bread kat La Boheme. Bulan lepas kan main viral roti nie. Nak buatnye renyah, bahan-bahan nak buatnye pun banyak. Kena pulak stok cream cheese kat Nilai nie seperti biskut chipsmore, tak payah lah sey nak membuatnye. La Boheme pun jual murah aje, RM5.50 sebiji, kalau bila dua RM10. Jadi sey pun belilah tiga..hahahahahah.... untuk dinner semalam. Alah macam garlic bread aje, cuma ada cream cheese. Takdelah craving mana sangat.






Spread the love

yours truly,

No comments:

Post a Comment

what say you?