Salam,
Harinie nak update progress gardening saya. Alhamdulillah dah bertambah koleksi tanaman. Bermula dengan pokok pandan, tapi gagal, hinggalah semalam tambah pokok kari, kucai dan limau purut ke dalam koleksi. Tiga anak pokok nie ambil dari rumah bonda.
Sebelum sey lupa, sey simpan sini kronologi gardening sey. Untuk rujukan juga.
Sey mula menanam pandan. Bermula alkisah nie bila sey order barang dapur dari Your Grocery Bag, kunyit, pandan, daun bawang, daun sup, halia, yang datang banyak...waduh...susah nak agak bila main order online aje kan. Daun pandan yang ditempah, datangnye sepokok pandan, bila sey check resit, rupanya setengah kilo.... hahahaha yang lain pun sama. Rupenya satu order tu 250gm, dah tu sey bny order double, hambik kau. Jadi sey update status FB sey bagitau sepohon pandan, puaslah buat kuih bulan puasa nie. Ye kejadian ini berlaku ketika Ramadan tempoh hari. Sey order barang 28 April, delivery 30 April. Hujung minggu tu sey pun mula lah menanam. So ini kronologi nya.
30hb April - Barang Your Grocery Bag sampai.
2hb Mei - Tanam pandan
3hb Mei - Tanam kunyit main cucuk je kunyit yang bertunas, tanam daun sup dan tanam daun bawang.
- Rendam serai kasi keluar akar
10hb Mei - Tanam serai (kat flower bed luar rumah). Tanam juga kunyit (kunyit menimbun) kali ini potong kunyit ikut ruas bertunas, tanam kat flower bed luar rumah juga. Order flower pot
Lepas tu sey tak ingat bila flower pot sampai, sey ubah anak kunyit ke tempat yang lebih luas lagi dan semai kangkung.
Pokok pandan sey macam tak jadi aje nie. Weekend nie sey kena buang. Daun sup tu memang awal2 tak jadi, rupenya ada pantang larang daun sup nie, tak boleh banyak air dan tak boleh kena panas. Daun bawang pula, awalnye mati, tapi minggu lepas tengok dah keluar yang baru.
OK seterusnya....
Daun kesum nie sey mula tanam minggu sebelum raya. Beli daun kesum banyak sebab ingat nak buat laksa masa raya nanti. So sey google cara tanam kesum. Alhamdulillah setakat ini nampak berjaya. Tapi dapat satu pot aje, yang lagi satu tu mungkin bekas tu besar dan tak cukup dalam macam bekas yang tinggi tu.
Ha nie ahli baru, daun kari, daun kucai dan limau purut, sey ambil dari rumah bonda. Sey korek-korek anak-anak pokok kari dan kucai tu. Yang limau purut tu bonda patahkan ranting, dia kata cucuk je, tengok jadi ke tak. Oh ye, daun kunyit sey dah alih ke pasu kecik. Sebab nye anak bulu sey nie buli pokok nie. Sedap aje dia baring dalam pasu panjang tu. Aduyaii.... pagi kejadian tu juga sey gi cari pasu kecik-kecik tu. Beli kat Eco, tapi tak banyak choice. Nak cari yang empat segi.
OK nie ahli baru juga, sey semai sendiri, daun kucai dan daun sup. Nie pun kena buli kat budak bulu tu, dia gi pijak nye....eeeiiii geram betul sey. Dah lah baru nak bertunas.
Sey gembira betul bila satu haritu, tengah belek2 pokok kunyit kat flower bed luar rumah, nampak anak bawang... Ya Allah perasaan masa tu happy betul, syukur anak bawang nie hidup. Asalnye sey tanam bawang yang berakar, tapi seminggu lepas tu macam mati. Tu ada induk dalam gambar tu, rupanya dia hasilkan anak baru. Nampak tak ada dua tu, haaa...memang dari dua induk pun. Tu sey letak pencancang nak bantu daun bawang supaya tak rebah.
Ini anak halia. Halia yang beli kat Your Grocery Bag, banyak juga halianya walau beli 250gm. Pastu tengok ada yang dah bertunas, sey tanam aje kat flower bed tu. Sekali cepat je dia naik, warna dari pale green jadi dark green macam tu. MashaAllah....
InshaAllah stok daun kunyit nie tak putuslah selepas nie.
Dan akhir sekali, serai. Haa.... pokok nie memang panjang story dia. Mula-mula sey tanam terus dalam flower bed kat luar rumah. Sebab sey tau serai perlu tanah yang banyak dan dalam. First batch 3 cucuk. Lepas tu sey buat 2nd batch pulak. Pastu sey order pasu besar atas nie, dengan tanah hitam. Bila 2nd batch dah cukup panjang akar, sey alihkan 1st batch ke dalam pasu, sekali dengan 2nd batch. So ada total 6 anak serai. Tapi, anak bulu sey gi gigit pulak, tu nampak tak daun dia buruk-buruk tu. Macam-macam sey buat, sembur neem spray tak jalan, buat pagar pakai dawai, dia sungkek pagar tu, dah pendek jadinya daun serai tu. Tengok post awal pasal pokok nie. Demi nak menyelamatkan serai tu, sey alihkan pasu ke depan balik, ke flower bed luar balik, ke tempat asalnya. Harini masa sey siram, dah keluar 1 anak serai. Ya Allah, happy nye sey.
Alhamdulillah. Terima kasih Allah.
Sey tunggu daun pudina dari kawan sey pulak.
yours truly,
No comments:
Post a Comment
what say you?