Yours truly,

Me Academia

Thursday, May 7, 2020

MCO Day 51: 14 Ramadhan Bandung la Luna

Salam,

Sekarang ketua keluarga boleh tersenyum senang kerna ditemani suri membeli barang dapur (read kurang tekanan). Harinie keluar beli barang dapur. Kalau datang awal, tak perlu beratur dah, ambil temperature kalau ok boleh terus masuk. Tak perlu nak cepat-cepat dah beli barang, take ur time, janji jaga jarak. Yang paling best, boleh pergi berdua dah sekarang, lega my other half. 


Untuk berbuka harinie, sey buatkan Bandung Soda la Luna, nama kuberi. Pekena dengan roti gulung sardin. Perghhh.... Lauk harinie dimasak di dapur orang...hahahahah

Al kisah nak membuat bandung nie tadi, gigih tawaf rak air kat giant tadi mencari sebotol ais krim soda. Nan ado. Yang ado tin je, itupun ngam-ngam untuk kite. Ramai betul org buat soda musim Ramadhan nie. Yolah, memang sodap minum air macam nie di bulan puasa.




Aku tak faham betul dengan manusia yang suka menyeksa haiwan, mahupun manusia. Ko rasa hidup kau besar agaknye. Mana pergi nilai insan kau weii...empati kau.... hati kau takde kot. Selalu orang macam nie tak payah tanyalah ada otak ke tak, sure kepala tu kosong seperti tin kosong. Bila otak dah takde, hati pun takde, tak payah jadi manusia lah. Kau lagi teruk daripada haiwan. Eiiii geram betul aku.


Spread the love

yours truly,

Wednesday, May 6, 2020

MCO Day 50: 13 Ramadhan menangkap burung

Salam,

Sebenarnya sey dah kurang idea menulis, bila dah sibuk balik dengan keje, otak hanya fokus dengan keje je. Harinie pun menyiapkan bahan untuk mengajar minggu nie. Tapi sey cuba juga lah menulis, kasi aktif sikit blog nie.

Harinie our cat Didi, berjaya menangkap burung, bukan kali pertama, dan tak ingat dah entah untuk ke berapa kali. Malang sekali burung tu, atau memang burung tu kamikaze. Tak tau lah macamman burung-burung boleh termasuk dalam balcony rumah, sebab boleh katakan 90% ditutup dengan dawai. Tujuannya tak nak bagi kucing kami terlepas keluar balcony. Tak tau juga apa yang menarik perhatian burung-burung nie sehingga nak masuk dalam balcony nie. Apa-apa pun burung yang sesat menjadi rezeki anak bulu kami.


Didi



Blessing semasa musim PKP nie, my other half imamkan solat sunat terawih kami. Sebelum-sebelum nie sey berjemaah dengan anak-anak je. Jarang sekali dapat berjemaah di surau atau masjid, itupun hujung minggu sahaja.



Macam nie gaya imam kami membaca surah untuk solat sunat terawih. Kreatif tak?


Spread the love

yours truly,


Tuesday, May 5, 2020

MCO Day 49: 12 Ramadhan cabaran 2020

Salam,

Harinie genap 7 minggu PKP. Tak sangka PKP dah lebih sebulan. Kalau fikir pre n post keje, bulan April lenyap, kena telan dek tahun 2020. Tahun 2020 nie macam-macam cabaran dan dugaan buat sey, mula dengan bilik banjir, dinding berkulat, trip Jepun yang batal, PKP, UPSR batal, ujian mak dengan bibiknya, Allahuakbar macam-macam dah berlaku, baru 1/3 tahun. Allah sebaik-baik perancang.

Harinie masak sup tulang je, yang lain beli. Minggu nie agak sibuk sikit. Nak mengatur semula kerja.

Asyik menunggu barang yang tak sampai, courier pun jam musim PKP nie.


Spread the love

yours truly,

Monday, May 4, 2020

MCO day 48: 11 Ramadhan Tauhu Sumbat

Salam,

Here comes Monday. Am busy with class preparation. Harinie ramai yang dah mula bertugas. Sudah ada sedikit kelonggaran. InshaAllah tak lama lagi tamat lah PKP nie. Aamiin. Tapi kalau nak suh sey ke pejabat, kalau boleh lepas raye lah....hahaha...


Harinie masak simple je. Biasa-biasa. Yang luar biasa sikit, tauhu sumbat. Tauhu nie berair sikit, jadi lembik sikit lepas goreng. Tauhu sumbat nie kegemaran arwah abah. Baru sey perasan dah 11 Ramadhan, 9 Ramadhan baru nie genaplah 9 tahun pemergian arwah abah.

Spread the love

yours truly,

Sunday, May 3, 2020

MCO Day 47: 10 Ramadhan Soto Kaki Ayam

Salam,

Harinie ada projek menanam. Ada sahabat bagi coaching dari jauh. Thanks sahabat 😍. Semoga membuahkan hasil aamiin.

Esok korunk dah kena pergi ofis ke? Take care aaa...kita jaga kita. I stay at home still. Dah lame tk memandu lebih 10 km nie... 5 km pun tak smpi rasanya.



Dengar Pasar Besar Seremban ditutup? Kenapa ekk? Ada kes ke? Teringat zaman kecik-kecik dulu teman mak gi pasar lepas balik sekolah. Kalau ingat balik best ooo gi pasar masa tu. Satu Malaysia berniaga dalam tu. Those were the days.

Spread the love

yours truly,

Saturday, May 2, 2020

MCO Day 46: 9 Ramadhan Tepung Pelita

Salam,

Harinie sey cuba buat kuih yang tak sangka rupanya mudah nak buat. Biasa beli je. Lepas nie boleh selalu buat lah. Kuih apo yang sey masukkan? Nie haaa kuih tepung pelita. Sey bayangkan sebelum nie kuih nie rumit nak buat. Memang sey nie kalau benda yang berlapis terus otak compute jadi rumit....hahahaha... sey juga bayangkan kuih ini perlu dikukus. Sey takdo steamer yang besar kat rumah nie, dulu kat rumah lamo ado, tapi bila pindah sey tinggalkan yo, sobab takdo tompek nak lotak. Steamer kecik yg tenggek ateh periuk biasa ado lah, cukuplah nak steam kan bondo kocik macam pau ka, sosej ka, dimsum ka. Sebab tu tak ponah sey masak ikan masak steam. Oleh itu, takdo la sey nak study caro buek tepung polito nie...sebab memikirkan iyo polu di steam.

Skali ado kawan share dio buek kuih nie, dan dio cito lah caro buek. Lahai, kacau ateh dapur yo haaaa.... So bila dah ado daun pandan nie, sey pun apo lai....buek lah.... Sey guna resepi yang ado kek FB orang nie. Mokasih lah pado yg share resepi. Sey tempek sini yo lah, kot2 esok nak rujuk sonang.

Bahan hijau:
- 1 cawan gula
- 1 cawan tepung beras cap apa sahaja selain 5 gajah (katonyo cap 5 gajah tu untuk buat mee laksa)
- 4 cawan air
- 1 sb pewarna hijau epal (sey pakai daun pandan)

Caranya: satukan semua dalam periuk, kacau dulu bagi sebati, masak dengan api sederhana sampai pekat. Terus masukkan panas2 dalam acuan kecil2 untuk makan.

Bahan putih:
- 4/5 sb tepung beras (sey pakai 4 sudu, cair, pas nie letak 5 sudu lah)
- 200-250 ml santan kotak (sey pakai 200ml santan kara)
- 3 cawan air
- 1 sk garam

Caranya: sama seperti di atas. Bila dah pekat/ada buih besar meletup, blh tuang atas lapisan hijau. Tuang panas2. Dah siap.

Nie tips yang tuan tanah bagi:
Blendkan 2 sudu gula pasir sampai jadi gula hancur. Tabur rata di setiap bekas sebelum letak bahan hijau. Jadi sedap bila gula tu cair bila acuan hijau yg panas diletak.


Jadi pun tepung pelita




Mujur ado bokeh kocik2 nie, dulu rajin buat puding, miss t suka makan. Semalam dapat 16 bokeh kocik, 1 bokeh bosa (bokeh taufu fa). Kalau sukat betul-betul sey raso boleh dapek 20 bokeh kocik2 tu.

Harinie juga statistik covid naik baik ko 3 angko. Raso dah seminggu 2 angko yo. Adoiyaaaiii... dah la haritu PM announce PKPB, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, maksudnya dah longgar sikit PKP nie. Isnin banyak ofis dah bukak, dah boleh keluar 2 satu kenderaan. Plus kodai pun dah banyak dibolehkan operasi macam biaso, iaitu sampai 10 malam. Jakel pun dah iklan baju rayo. Adoi....takut sey raso haaaaa.... kan main oghang kito nie kalau diberi longgar sikit, takut tolucut yo. Kang muncul pulak kluster baharu: kluster shopping baju raya, kluster masuk keje, kluster lepak kedai sampai malam. Kang sio-sio yo 46 hari sey berkurung.


Spread the love

yours truly,

Friday, May 1, 2020

MCO Day 45: 8 Ramadhan daun pandan sepokok kau: Gardening part I

Salam,

Selamat hari pekerja semua. Walaupun public holiday sey tetap buat tutorial. Tanya student semalam, diorg ok je. Ada lah 28/49 student je yg hadir, oklah tu. Diorg serius nak belajar. Lagipun bila WFH nie, public holiday ka rasa sama je, sebab semua kat rumah kan. Tak perlu ke mana-mana, on je laptop buat keje. Teruja OL nie bila student bagi komitmen dan feedback.


Lepas kelas ada project meeting. Yang nie libatkan colleague daripada bidang kesihatan.


Since cuti harinie, lepas meeting tadi sey pun masuk dapur. Harinie nak buat kuih bakar. Haritu cari-cari resepi kat blog lama. Dulu pernah buat kuih bakar nie kat sana. Ada beberapa kali juga buat sebab semua suka. Jumpe post kat blog lama tu. Nak buat kuih nie tapi kena tunggu pandan paste sampai dulu. Kat sini jumpa pandan flavour je. Sekali sey gi online carik pandan paste, 2 3 botol sey beli, ada paste, ada esen. Bukan tu aje, beli daun pandan online gak. Sekali datang, 1 pokok pandan tu dia bagi. Ambik ko. Ko nak berniaga ke atau buat bunga rampai nie 🤣. Ini pun dah kerat-kerat daun, ada yang simpan dalam freezer. Ada yang dah pakai harinie. Esok boleh buat tepung pelita pulak.




Ta daaa... baru keluar oven.



Inilah juadah berbuka kami untuk harinie.


Malam, it's match night. We played Uno and Jenga.


Spread the love

yours truly,