Yours truly,

Me Academia

Sunday, August 16, 2015

Mandikan anak-anak bulu

Budak-budak bulu nie me mandikan mereka 3 atau 4 minggu sekali. Takdelah kerap sangat tu kan. Me kena mandikan sebab budak-budak bulu nie suka lepak atas katil dan sofa. Terutama si Didi tu. Kang kalau kita baring atas katil, tetiba aje dia memanjat katil dan naik atas badan, kemudian massage. Me pun OK je mandikan budak-budak nie, because it is consider an exercise for me. Bukan ape, diorang nie mandi bukan gheti duduk diam. Kalau tak wrestling dengan mereka nie memang tak sah. Buatlah macam mana cara pun, peganglah macam mana cara pun, hata pegang kat tengkuk diorang tu pun boleh lagi meronta. Punyalah tak suke air mereka nie.

Thursday, August 13, 2015

Projek kraf saya: Kad Ulang tahun


Besok harijadi en. e. Minggu nie semua sibuk, miss t nak exam minggu depan, miss y pulak sibuk dengan homework dan tugasan sekolah. Dari awal minggu memang dah ingat, eh minggu nie birthday en. e, I must remind the kids to do something. Lepas tu tenggelam semua niat dan harapan, sebab sibuk. Pagi tadi baru teringat balik, alamak belum bagitau budak-budak nie lagi, adoiii (panic).

Penyudahnya, kenalah me juga yang buat sesuatu. Jadi habis aje meeting tengahari tadi, berlari kejap ke MPH, hajat nak beli kad sahaja, malam nie minta miss y dan miss t tulis aje kat dalam kad tu. Tetapi, aduh tidak bernasib baik, MPH kat Bangi Gateway tu tak jual kad. Jadi me pun mundar mandir dalam MPH, tengok kertas, tengok pen, tengok apa-apa barang kraf yang ada kat situ dan *ting* ok buat kad sendirilah. Dah settle beli kertas warna, marker sikit, me lari ke bawah (just figure of speech aje) beli kek untuk jamuan raya miss y, kemudian terus balik. Untuk lunch tak payah risau, sebab ada nasi lemak daun pisang ada orang belanja untuk ahli meeting tadi yang me simpan untuk lunch. So sampai bilik, time lunch hour tu, dalam gelap, dalam kesunyian ofis, makan cepat-cepat, kemudian me keluarkan tools, gam, gunting, pen, kertas dan bermulalah projek kad ulang tahun en. e 


Wednesday, August 12, 2015

[Dapurkuofiskeduaku] Sotong goreng kunyit bajet.

Hujung minggu lepas beli stok makanan untuk seminggu. Me tengok kat Giant Nilai tu ikan dan sotong dia segar, jadi me beli ikan tenggiri bunga dan sotong. Alahai kociknya ikan tenggiri dia, kenalah beli dua ekor. Seekor masak lomak cili api, seekor lagi masak berlada. Eh bukan sekali masak tu, hari lain-lain. Sotong pulak, masak tempura dan sotong goreng kunyit. Eh sama jugak, masak untuk hari lain-lain.

Tuesday, August 11, 2015

Tudung sekolah tiga jenis

Salam satu hati satu jiwa. Chewah. Sekarang dah pakai tagline baru dalam pembuka bicara rupenya. Dah takde Salam 1 Malaysia dah.

Kasi blanjer gambar dulu....

Sunday, August 9, 2015

I baked Oreo Cheesecake

Dah lama rasanya tak buat cheesecake. I can't remember when was the last time I baked a cheesecake nor I remember the type of cheesecake I last baked. Yup, pretty damn longggg time ago, maybe I was still in Brissie. Anyway, with the new kitchen, and new kitchen organisation, I feel 'hungry' to bake.


Oreo cheesecake

Working mom have to think and work smart

Oh dear, dah lama betul tak menulis di sini. My last post was a year ago. Teruk betul.

OK better not talk about why I didn't update this blog.

Dan, sudah semestinya, a year has past and there are many things happened during that period. And the big turning point was, we have moved to a new place. New house, new environment, new life and a lot of new stories, cuma tak sempat, or rather, hilang idea and skill untuk mengarang. I tell you, since I had stop writing the thesis, I have practically lost that writing skill. My bad.

But I still have that urge to write in here.

Semalam dan hari nie semangat dah kembali. And I have a lot of idea and story to write in here. So hari nie, kasi warm up sikit. Today I will share a story about food.

Friday, August 7, 2015

I missed....writing

I missed.
I missed writing.
I missed writing something.
I missed writing about my family.
I missed writing about my cats.
I missed writing about my favourite books.
I missed writing about my favourite recipe and cooking.
I missed writing about that mundane stuff.
I missed writing stuff.
I missed writing.
I missed.


Spread the love

yours truly,