Yours truly,

Me Academia

Wednesday, September 16, 2020

Selamat Hari Malaysia - Cuti-cuti di rumah saje


Salam,

Selamat Hari Malaysia. Bila hari Malaysia diisytiharkan? Haaa mesti ramai yang tak tau kan. Sey pun agak-agak tahu, mujur hari ini nampak poster nie. Haa boleh lah baca. Ingat tarikh penting ini, 16 September 1963.




Tahun ini, sambutan Hari Malaysia jatuh pada tengah minggu, iaitu hari Rabu. Maka kami memang rancang duduk di rumah sahaja. My other half pun standby untuk ziarah pakciknya yang sedang tenat. Lepas zuhur tadi meninggalnya. 

Maka duduk di rumah masak sahaja. Lagipun stok makanan banyak yang nak dihabiskan. Bawang merah pun ada 2 buntil. Telur itik, telur asin. Allahuakbar. Telur itik tu sey beli sebelum hari merdeka haritu. Baru harinie dapat menggulai. Tapi dah tak fresh, jadi tak cantik kejadiannya. Haritu beli 10, 3 biji dimasak dengan nasi goreng, masa tu cantik lagi. Tinggal 7 biji nie, tadi pecah semua, semua pecah sebab dah tak fresh. Dapat 3 aje yang kuning dia ok sikit. Yang tak cantik tu sey simpan, esok2 boleh buat telur dadar atau pecah dalam mee atau nasi. Simple je lauk tengahari kami harinie.



Lepas settle solat, sey pun rajin nak baking. Mula-mula ingat nak buat Taisan chiffon cake. Tapi teringat yang sey ada lagi 1 tub sour cream. Baik habiskan tu dulu. Maka, apa lagi nak ku buat, sour cream butter cake lah.


Oh ya, periuk Crofton yang order dah sampai. Akhirnya, alhamdulillah. 3 bulan tunggu. Itupun ambil sendiri kat PS sebab tak sabar dah, tak sanggup nak tunggu lama-lama. Alah lagi pun dekat je rumah PS nie. So sey rasmikan dengan masak maggi....hahahahahha.... kan main gah peristiwa perasmian itu. Jadilah kan, sebab dapat pun dah petang. nie pun nak masak petang. Nanti satu hari sey masak casserole.


Tengahari tadi miss t ada discussion dengan classmate dia, jadi petang sikit sey gi jemput dia. Tapi sebelum tu sey singgah lah family mart dekat rumah nie. Nak beli onigiri untuk makan malam, dan beli Sofuto basque burnt cheese cake nie. Alahai, rasa macam brown sugar aje nie. 




Sedap lagi yang cokelat punya.


Spread the love

yours truly,

No comments:

Post a Comment

what say you?