Yours truly,

Me Academia

Saturday, September 26, 2020

Masak Shakshuka guna periuk baharu

Salam,

Beberapa harinie hujan sebelah petang bawa ke malam. Malam pun rasa sejuk je. Dah lame rancang nak panjat bukit melati, tapi sebab dah hujan je nie, takut licin. Jadi kita postpone dululah sehingga cuaca panas semula. Harinie nak cerita tentang periuk baharu ku. My first cast iron pan. Asyik berangan aje nak beli le creuset, tapi tak mampu. Kalau simpan duit pun, berkira juga nak beli. Dah lah mahal, kau masak pun jarang. Pakai periuk dan kuali besi aje yang selesanya, nak sental pun tak takut. Pulak tu cast iron nie ada pantang larang dia, sebab bukan stainless steel, jadi boleh karat kalau salah jaga. Tapi kalau masak memang superb lah, jimat gas. From stove to oven, pakai satu periuk aje.

So masa PKP tu, oleh kerana banyak masa kat rumah hehehe, sey pun banyak lah terjerumus dengan page PS yang ada. Jadi ada sorang PS nie, dah lame sey perasan dia. Kak Lea, dia bawa masuk barang-barang dari Australia. Corelle, pyrex, noritake, you name it. Kitchen aid pun ada. Terliur aje lah sey tengok. Masa PKP haritu, dia iklan periuk Crofton nie. Sey pun buat research. Eh asal masa kat sana tak perasan periuk nie? Retailer dia ALDI pulak tu. Tengok rupe paras macam le creuset, warna pun banyak pilihan. Harga pun boleh tahan murah lah untuk cast iron. Sebenarnye sey dah rancang nak beli aje periuk cast iron IKEA. Tapi manjang lah takde stok. Baik online, atau kat kedainya. Jadi bila nampak iklan kak lea nie, sey pun apa lagi. Ah beli aje lah satu. Kang nyesal, lagipun harga RM250 aje. Tapi kena tunggu 5 bulan juga lah, sebab shipping lambat masa PKP haritu. Dengan kak lea juga sey beli my buah hati SSODD ijau tu.



Haaa...segakkan atas stove sey. Tapi berat dia boleh tahan. Kena angkat guna 2 tangan tau. Boleh naik muscle sey hahahahaha...Dah nie aje lah sey beli, dah takde tempat kat dapur sey. Oh ye sey beli periuk nie dengan remekin 4 bijik. Dua-dua jenama Crofton.


Haritu sey dah test dah, sey masak maggi asam laksa. Masa tu tak nak makan heavy, tapi sebab nak rasmikan periuk nie, sey masak maggi dalam tu...hahahahah...lawak2.

So harinie sey masak Shakshuka. Recipe boleh pergi ke page nie, Shakshuka (Eggs Poached in Tomato Sauce).






Sejuk-sejuk nie sedap makan panas-panas. Cicah roti Arab, atau roti biasa pun ok.



Spread the love

yours truly,

No comments:

Post a Comment

what say you?